Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, March 30, 2011

Resepi Ikan Manyung Asam Pedas Nenas

Salam dan selamat tengahari

Alhamdulillah.. hari ini terang bederang di daerah saya walaupun tadi turun hujan sekejap dengan lebatnya tapi sang mentari tetap terus keluar tanpa malu-malu ya menyinari bumi kudat ini, subhanallah.. itulah hikmahnya pancaran sang mentari sebab tumbuhan begitu dahaga untuk membesar dengan sihat, bukan kita sahaja ye.. hihi.. alamak apasal ayat aku puitis sangat neh, pe salahnya kan sekali sekala.

2 hari saya tak posting kat dalam blog ini.. sunyi sepi je kan takpelah bagi berehat, petang selasa dan pagi rabu saya dan suami buka gerai laksa, almaklum ini lah rutin peniaga seperti kami, berjualan pada pagi rabu tu pulak nak test market tuk jual pasar tamu rabu, alhamdulillah ada juga lah yg membeli dan produk habis dijual .. syukur sangat pada Nya sebab murahkan rezeki kami. Oklah yang ini saya nak post resepi untuk perkongsian bersama2 ;) check it out peeps ;)

Ikan Manyung Masak Asam Pedas

BAHAN A

1 KG isi ikan manyung ( lumur isi ikan dengan sedikit tepung dan kicap soya cair )
1 gengam daun kesom
1 batang bunga kantan
1 helai daun limau purut
secubit halba
300gram nenas separuh masak
1 cawan air asam jawa

BAHAN B ( DIKISAR )
10 batang cili kering
2 batang cili merah** ( optional )
SECUBIT LADA HITAM
1 Biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia, lengkuas,kunyit
1 batang serai
secubit jintan manis

CARA MEMASAK
- Masukkan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik wangi
- masukkan daun limau purut, dan cili boh
- secubit halba
- biarkan sampai terbit minyak, letak ikan manyung gaul sebati dalam kuali
- Masukkan air asam jawa
- letak daun kesom dan bunga kantan
- letak garam dan sedikit gula



DAN SEDIA UNTUK DIMAKAN -->JEMPUT MAKAN


Sayur Kailan+ isi ikan masin putih masak osyter, Telur masak Merah
dan Ikan Manyung Masak Asam Pedas

Nota Kaki : teringat pulak asam pedas emak kawan saya kat johor, terbaek seh..pepun janji suami puashati danleh thumbs up time makan ;)

Monday, March 28, 2011

Nasi Goreng Kam Fung

Alamak, rajin pulak aku memblog neh.. ok yang ini request from my friend MAI yg stay di US, dia nak resepi ini. it is just a simple resepi seja mai, harap2 ada kangkung jg di US tuh ya dang.. hihi

NASI GORENG KAM FUNG

BAHAN A

3 cawan nasi putih
**1 bawang merah
**2 ulas bawang putih
**1/2 t/s udang kering + bilis (tumbuk lumat)
3 batang cili padi
sedikit isi ikan masin tenggiri
5 Batang sayur kangkung
REMPAH SOS (1 sudu sos ikan,kicap manis,cili boh,Sos Tiram )

CARA MEMASAK

- tumis bahan yang telah ditumbuk dan letak REMPAH SOS
- masukkan cili boh- letak isi ikan tenggiri, cili padi
- Masukkan Nasi dan kangkung sebatikan semua
- Siap untuk dijamah
- Lagi sedap letak Sambal MELETOP
( hihi sempat promote sambel lg aku neh )

nota kaki : kalau nak nasi goreng tu sedap, time goreng nasi tu penyet2kan nasi keatas bahan2 tumis bagi sebatikan rasa dengan bahan tumis . :)

Sambal Lokan

Salam..

selamat malam kengkawan semua.. aktif pulak saya memposting kali ini, posting resepi lah katakan, saya posting resepi neh sebab nak sharing dengan kawan2 di facebook tapi tak kisahlah kat mana2 blogger pun boleh join baca dan ambil resepi.. kalu nak ambil gambar resepi saya tu tolong minta izin copy dulu ye..

Tengahari tadi saya dan suami makan asing2.. eh bukan sebab gaduh, sebab saya dah lapar awal so saya minta izin nak makan dulu lagipun saya kena sediakan bahan2 jualan untuk esok, kebetulan suami saya pun masih kenyang ... tengahari saya tetido sekejap sebelum asar, tiba2 suami dah kejutkan saya untuk makan, syukur alhamdulillah suami rajin pulak ye hari ini tengok kat dalam almari ada lauk sambal lokan, masya allah suami saya dah masak awal, dan just now baru jek siap makan malam berlaukkan sambal lokan , wallaaaa... memang sedap.. Alhamdulillah. ok sini saya letak resepi sambal lokan air tangan suami saya.. ( susah nak pujuk suami neh nak minta resepinya )

Sambal Lokan
Bahan A
( dikisar )
3 ulas bawang putih
1 biji bawang holland
4 batang lada merah
1 biji tomato
1 sudu bilis halus
1 t/s gula

Bahan B
1 kg Lokan
1 helai daun limau purut
1 sudu bilis halus
secubis garam
kicap cair
sos tiram

Cara Memasak
- Masukkan minyak, gorengkan bilis hingga kekuningan
- Masukkan bahan A,
- tumis hingga naik bau, letak daun limau purut
- masukkan sedikit kicap cair dan sos tiram
- setelah terbit minyak letak secubit garam sebatikan
dan sedia untuk dihidang

Nota kaki : seeloknya lokan yang telah dibersihkan direndam seharian untuk menghilangkan pasir, dan rendam dalam 15 minit dengan air cuka, setelah tu cuci dan peram sekejap dgn tepung dan cuci sehingga bersih. tujuannya untuk mengelakkan bau hanyir lokan yg berbau lumpur ;)

Sunday, March 27, 2011

SAMBAL MIXED Tempe Tauhu

salam semua..

Hari ini dilaporkan cuaca kudat mendung, dan sang mentari nampaknya begitu malu2 untuk memancarkan cahayanya.. by the way hari ini adalah hari yang paling sesuai untuk menjemur kain diluar rumah, ya ambil kesempatan selagi sang hujan tak turun kan. Alhamdulillah, Subhanallah terima kasih ya Allah atas limpah air hujan kepada hambamu..semoga kami mendapat keberkatan dari air hujan ini.. amin ya robb..

hehe.. sebelum memposting resepi, mesti kena bagi intro dulu kan.. hari ini kami suami isteri bz membuat kuah laksa sebab esok nak jual kat pasar malam selasa ataupun orang sabah cakap "Malam Tamu", sejak december lalu kami dah start niaga laksa penang, sambal bilis dan udang dan kadang2 tambah produk makanan yang lain. tu bergantung sempat atau tidak tukang masaknye. Bercakap dengan sambal neh resepinya pun ada kait rapat dengan sambal saya ( SAMBAL MELETOP) juga ye... hihi, yang ini saja masak untuk hubby.. mungkin tak sesedap mak mentua yang masak tapi janji ada rasa pedas2 sambal tu kan, yang penting hubby bg tumbs up tengah makan pon boleh wat tumbs up.. sedaplah tueee.. hihi..

RESEPI SAMBAL MIXED TEMPE TAUHU

BAHAN A

2 LABU BAWANG MERAH
2 ULAS BAWANG PUTIH
1 Keping daun limau purut
5 cili padi thai yang dipotong
2 KEPING TEMPE ( POTONG DADU)
3 KEPING TAHU ( POTONG DADU )
1 SUDU IKAN BILIS
1 KEPING ISI IKAN MASIN PUTIH ( DIPOTONG DADU KECIL)
6 BATANG SAYUR KACANG PANJANG


BAHAN B

Sambal MELETOP
10 biji cili padi merah ( ditumbuk lumat)
2 serbuk cili
Rempah sos (1 t/s sos tomato,1 t/s sos tiram ,1 t/s sos cili ,3 titik kicap cair soya)
1 t/s gula merah
secubit garam
secubit gula
( satukan sekali dalam satu bekas )

CARA MEMASAK
- Gaulkan tempe, tauhu, ikan bilis dan masin dgn serbuk kunyit
- Masukkan minyak , goreng tempe, tauhu dan masukkan bilis dan ikan masin
- bila bahan yang digoreng telah kekuningan letak di tepi kuali
- letak minyak di tengah kuali, masukkan bawang putih, daun limau purut ,cili padi hijau Thai
- Kacau sekali dgn bahan yang digoreng,
- Masukkan sambal MELETOP DAN REMPAH SOS
- masukkan sayur kacang panjang dan bawang merah
- sebatikan rempah dan bahan goreng
- Sedia untuk di hidangkan.

nota kaki : penyediaan sambal telah dimudahkan dengan adanya sambal MELETOP saya. :)



tinggal baki minyak dan bawang je.. sambal MELETOP mesti ada ye..

ini dia sambal MELETOP


Sotong Masak Kicap Taucu Pedas

Salam dan selamat Petang

Sejak semalam dan hinggalah hari ini hujan turun tak henti, kejap2 berhenti turun renyai2.. kejap lagi hujan turun dengan lebat, jiran sebelah rumah dah banjir.. agak2 kalu air hujan naik ke jalan besar, mmg kawasan lot rumah saya pun mesti banjir jg, semenjak tsunami di jepun hari itu kawasan daerah saya asyik dilanda hujan sahaja dan kadang ada angin yang kuat.. tapi alhamdulillah air bah cepat turun.. dan kadang2 kalau hujan dan reda, matahari memancar seperti biasa..

Oh yang ini lauk simple kami yesterday.. saya dan suami bergabung tenaga masak, menu yang simple sahaja, sotong tu beli daripada budak yg bapanya kerja nelayan. harga sotong cuma rm2.00 adalah dalam 8 ekor dalan saiznya yang sedang2 sahaja. so teringin pulak masak sotong kicap taucu pedas, sebenarnya saya ada letak lebihan acar buah yang saya jual dan kacangkuda, sedap pulak rasanya.. hehe.. masak kena kreatif kan.. tidak elok membazir.. alhamdulillah oklah enjoy this lauk pauk dan boleh cuba masak ;)

Resepi Sotong Masak Kicap Taucu Pedas

Bahan A ( dikisar )
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah besar
1/2 halia
1/2 lengkuas
1/2 kunyit
1 batang serai
1/2 t/s lada putih

Bahan B
8 ekor sotong
1 t/s taucu
rempah sos (2 sudu cili boh, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, kicap pekat, kicap cair )
3 biji tomato
1 biji bawang holland dihiris
5 batang cili padi thai di potong


Cara Memasak
- bersihkan sotong, potong sotong dan rendam dalam 15 minit dengan cuka
- selepas tu cuci sotong dan letak sedikit garam dan tepung beras
- Panaskan kuali , letak minyak masak, masukkan bahan kisar
- setelah bahan kisar naik wangi, masukkan rempah sos dan sedikit gula merah
- Masukkan sotong gaul mesra letak sedikit cuka, garam, gula sedikit air, sos namla sotong
- biarkan sotong masak, dan letak 3 biji tomato, bawang holland dan cili padi thai dan taucu
- Agak2 kuah dah pekat, boleh angkat masakan dan sedia untuk di hidangkan


**- sotong direndam dgn cuka : petua supaya sotong tak kecut bila dimasak
**- sotong letak tepung beras: mengelakkan sotong meletup, dan kuah kicap nampak lg pekat dan hitam.

Inilah menu kami semalam, telur dadar+kucai+kacang panjang+ bawang merah, Ikan kembung Masak tepung dan sotong taucu pedas tidak ketinggalan sambal udang kering yang saya jual.. nyum.. nyum..


Saturday, March 26, 2011

Resepi Laksa Nyonya Melaka

Salam dan selamat malam

baru jek tadik siap ber'Earth Hour" walaupun cuma switch off the light.. tv dan lappy sambil di terangi candle light menjadikan suasana yg lebih romantik bagi kami berdua suami isteri sambil menghayati dinner kami, alahai bertambah2 kecintaan saya kepada suami.. ic man, itulah indah berkasih sayang dengan ikatan yang halal toyibb.. ekekeke.. alamak merapu pulak aku, well ini pulak aku nak letak gambar kew tiaw Laksa Nyonya Melaka, dan kew tiaw neh sebenarnya yg jenis kering yang cuma ada dijual kat sabah sebab saya tak pernah nampak di semenanjung pernah jg cari waktu belajar kat sana kan, tp taktaulah kalu dah ada sekarang kan..

Resepi ini dah lama saya buat cuma sekarang jek baru merajinkan diri tuk letak resepinya, terkenang2 pulak keenaknya laksa nyonya melaka yang selalu menjadi santapan di Cafe Apple 1B Kota kinabalu, sebab dah jauh sangat saya pun cubalah buat tuk lepas gian .. Alhamdulillah bolehlah.. kekeke, sapa2 yang nak buat tu leh lah try resepi neh ye..



RESEPI LAKSA KEW TIAU NYONYA MELAKA


BAHAN A:
1 bungkus kew tiaw kering ( boleh digantikan dgn apa jenis mee yang anda suka)
35ml minyak masak
**3 ulas bawang putih
**1/2 inci halia muda
** 2 biji bawang merah
** 2 batang serai
**1/2 inci lengkuas
** 1 t/s serbuk kunyit
**1 t/s serbuk cili
** 1/2 t/s serbuk kari
10 kuntum daun kesom
setengah batang hirisan daun kantan
( ** dikisar bersama )

BAHAN B:
200ml air
20gm pes asam jawa
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa

HIASAN:
Lobak merah yang dipotong
Jeruk Lobak
Sayur sawi
isi ayam | dikukus dan dihiris
4 biji cili merah
Tauge
Udang
Tauhu
Kek ikan secukupnya | dicelur dan dihiris
1 biji telur rebus
Bawang goreng secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan A kecuali mihun sehingga wangi
2. Selepas itu masukkan air dan kacau rata sehingga 10 minit.
3. Masukkan santan, asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan Kew Tiau ke dalam mangkuk bersama bahan hiasan.
5. Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.

Ok ini adalah Mee Kew tiau kering ye, dalam pinggan tu saya dah rendam dgn air panas dan letak kicap cair soya



nota kaki** resepi ini ada yang saya modify sedikit mengikut citarasa saya.. minta maaf ye ;)

Sotong Bakar Ala Portugis

Salam..
Selamat Petang.. Dilaporkan kudat mendung dan hujan renyai2 dari semalam hinggalah ke sekarang, sungguh heaven tido time2 sekarang ini takpun layan makan kuih panas dan layan kopi atau pun teh.. adoii asyik nak makan jew.. tadi tengahari saya dan suami bergabung masak tuk tengahari ingat nak upload tapi memandangkan laptop senior neh tak support, terpaksa ditangguhkan dulu.. Alhamdulillah sungguh sedap bila suami dan isteri masak.. insya allah nanti di upload. .menunya simple sahaja tapi bila masak dengan penuh kasih sayang dan chenta mmgler meletup kan.. kekeke..

ok neh resepi sotong Bakar ala portugis, teringat pulak dulu2 time kerja kat subang jaya, kalu balik lewat mesti singgah kat giant seksyen 13 tu dan pegi makan kat medan selera dalam tuh selalu jek order nasi putih dgn sotong bakar neh dan layan pulak sup utara pulak tu time lapar2.. takyah nak cakap orang yg lapar jek tau yek.. ok bnyk pulak melalut aku neh.. so layanzz this piccas and the resepi.. ye..


Bahan2 ( dikisar )
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1/2 bunga kantan
5 batang cili kering ( yg sudah direndam dgn air panas/ di didihkan, takpun guna cili boh yg siap dijual )

Bahan B
4 helai daun kesom
5 batang bendi ( campurkan sekali sayur dalam sotong tu bila di bakar ) * optional
2 helai daun limau purut

cara memasak
- panaskan kuali dan tumiskan bahan2 kisar hingga wangi
-letak garam, jus limau nipis, sos namla sotong sedikit gula dan serbul perasa
-- Lumurkan bahan tersebut dengan sotong, letak sayur bendi -
dan bungkuskan dgn daun pisang /foil
- siap untuk dibakar.

" Selamat Mencuba "

nota kaki: check label Masak2 ye sapa2 yang nak resepi masakan dalam my album di facebook ;)

Friday, March 25, 2011

Kew Tiaw Celup

Salam..
oppss.. ini kali upload gambar Kew Tiaw Celup, ini gara2 mengidam nak makan kew tiaw celup dan terus google resepi kat internet, Alhamdulillah dapatlah merasa dan melantak walaupun tak sama macam kat restoren Kat Subang time2 belajar kat shah alam dulu.. Oklah just sharing this pic and simple resepi sebab dah mengidam sangat nak makan.. so korang layanlaa ye.. hihi..


Kew Tiaw Celup

Bahan A (Untuk Sup)

3 bawang putih
2 bawang merah besar
1/2 Halia
1/2 Lengkuas
1 batang serai
Sup bunjut ( koyakkan dan ambil isi)
1 batang kiub ayam
( Kisarkan bahan ini )
Masukkan daging ayam,rangka ayam, perut daging, daging
setelah sup mendidih
masukkan bawang goreng dalam 3 sudu,
hirisan daun sup
daun bawang

Bahan B

Kew Tiaw
Jeruk lobak
Taugeh
Daun bawang
sayur kangkung
Celupkan dalam sup
- taburkan Kacang hancur, bawang putih goreng, crispy chili prawn

hehehe.. ini dia kew tiaw celup versi orang sabah.. selamat mencuba.. ;)



Thursday, March 24, 2011

Myanmar Earthquake 2011: 7.0 Magnitude Temblor Hits Near Thailand

YANGON, Myanmar -- Two strong earthquakes struck northeastern Myanmar less than a minute apart Thursday night. They could be felt as far away as Bangkok, but a tsunami was not generated.

The first 7.0-magnitude quake was just six miles (10 kilometers) deep, according to the U.S. Geological Survey. It was followed by another of the same strength but far deeper: 140 miles (230 kilometers).

The quakes struck along Myanmar's borders with Thailand and Laos, about 70 miles (110 kilometers) from the northern Thai city of Chiang Rai.

Buildings swayed in Bangkok, 500 miles (800 kilometers) south of the epicenter.

The Pacific Tsunami Warning Center says it was located too far inland to create a destructive wave.


source info : click here

Resepi Ikan Putih Masak Steam Halia bercili


salam
Hari ini takde idea pulak nak memposting.. so just ambil gambar resepi dari album masak kat facebook.. apapun nak wish kat adik sepupu saya yang cantek manis tu miss patricia lynette yang dah lulus SPM dengan cemerlang. Apapun saya tetap bangga dengan dia. fighting.. chaiyo2.. ok apa2pun layan resepi ini.. yg biasa sahaja.. ;)

Bahan- Bahannya
2 ekor ikan putih siap di siang
1/2 kicap cair soya
1/2 sudu sos tiram
1 bawang holland di potong2
sedikit garam dan gula


Bahan-bahan dikisar
5 batang cili merah
satu sudu cuka
2 batang serai
5 biji cili padi
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 sudu lada putih
3 batang daun selasih

cara memasak.
Letakkan ikan dalam foil
Peramkan ikan tadi dengan sos dan bahan kisar dalam 15 minit
Letakkan bawang holland
setelah masak letak sedikit air perahan limau
sedia untuk di steam

Wednesday, March 16, 2011

Lamanya terperam

hi2... eh not bye2

hehe.. lamanya tak memposting.. nak buat mcmana penyakit Malas menyerang..
dan pulak laptop kecil neh dah pandai datang2 pulak penyakitnya memang nak kena bawak gie klinik.. tu belum owner blog neh yg kena penyakit dengan sakit giginya, demam akibat tonsil bengkak, sakit kepala.. sakit perut.. alamak macam2 pulak penyakit ye.. mungkin ada hikmah disebalik sakit2 neh.. takpelah kan dah takde keje neh elok sangatle penyakit neh datang satu package.. jgn time dah keje penyakit serang pulak ye.. banyakle aku punya teori.. kekeke

Banyak cerita juga time menyepikan diri dalam blog neh, sebabnya menyepi lebih fokus kepada dunia perniagaan, icman macamlah buzniz besar2an ye.. kecil jek pun, fokus pada dunia housewife, fokus pada dunia apa lagi ye.. macam2lah dunia sekarang neh kan.. sebab gempa bumi dan tsunami yang baru2 berlaku kat JEPUN pun mengundang kefokusan aku untuk bersiapa sedia, memandangkan KUDAT ini memang dah dekat dengan JEPUN so terkena juga bahang2nya gempa bumi tersebut, aku sempat jugalah packing barang penting bila dengar yg kudat akan terima sipi2 tsunami.. menakutkan tapi apa yang penting semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya kan.. Allah swt Maha Mengetahui.. yang penting persediaan buat diri kita. :)

Oklah korang.. idea masih tak boleh dikembangkan lagi.. alahai adakah aku dah ketandusan idea ini.. insya allah pasti update walaupun 2 bulan sekali.. kekekeke.. cukuplah tuk update orang mcam aku yg tak pemes neh kan.. kekeke..


Pantai Simpang Mengayau ( The Tip Of Borneo )