Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Sunday, March 27, 2011

Sotong Masak Kicap Taucu Pedas

Salam dan selamat Petang

Sejak semalam dan hinggalah hari ini hujan turun tak henti, kejap2 berhenti turun renyai2.. kejap lagi hujan turun dengan lebat, jiran sebelah rumah dah banjir.. agak2 kalu air hujan naik ke jalan besar, mmg kawasan lot rumah saya pun mesti banjir jg, semenjak tsunami di jepun hari itu kawasan daerah saya asyik dilanda hujan sahaja dan kadang ada angin yang kuat.. tapi alhamdulillah air bah cepat turun.. dan kadang2 kalau hujan dan reda, matahari memancar seperti biasa..

Oh yang ini lauk simple kami yesterday.. saya dan suami bergabung tenaga masak, menu yang simple sahaja, sotong tu beli daripada budak yg bapanya kerja nelayan. harga sotong cuma rm2.00 adalah dalam 8 ekor dalan saiznya yang sedang2 sahaja. so teringin pulak masak sotong kicap taucu pedas, sebenarnya saya ada letak lebihan acar buah yang saya jual dan kacangkuda, sedap pulak rasanya.. hehe.. masak kena kreatif kan.. tidak elok membazir.. alhamdulillah oklah enjoy this lauk pauk dan boleh cuba masak ;)

Resepi Sotong Masak Kicap Taucu Pedas

Bahan A ( dikisar )
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah besar
1/2 halia
1/2 lengkuas
1/2 kunyit
1 batang serai
1/2 t/s lada putih

Bahan B
8 ekor sotong
1 t/s taucu
rempah sos (2 sudu cili boh, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, kicap pekat, kicap cair )
3 biji tomato
1 biji bawang holland dihiris
5 batang cili padi thai di potong


Cara Memasak
- bersihkan sotong, potong sotong dan rendam dalam 15 minit dengan cuka
- selepas tu cuci sotong dan letak sedikit garam dan tepung beras
- Panaskan kuali , letak minyak masak, masukkan bahan kisar
- setelah bahan kisar naik wangi, masukkan rempah sos dan sedikit gula merah
- Masukkan sotong gaul mesra letak sedikit cuka, garam, gula sedikit air, sos namla sotong
- biarkan sotong masak, dan letak 3 biji tomato, bawang holland dan cili padi thai dan taucu
- Agak2 kuah dah pekat, boleh angkat masakan dan sedia untuk di hidangkan


**- sotong direndam dgn cuka : petua supaya sotong tak kecut bila dimasak
**- sotong letak tepung beras: mengelakkan sotong meletup, dan kuah kicap nampak lg pekat dan hitam.

Inilah menu kami semalam, telur dadar+kucai+kacang panjang+ bawang merah, Ikan kembung Masak tepung dan sotong taucu pedas tidak ketinggalan sambal udang kering yang saya jual.. nyum.. nyum..


No comments: