Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Monday, January 28, 2013

Assam laksa mariee

10.00 pm
isnin..

wow dah jam 10 rupanya, lewat hari ini hubby balik mesti lapar sekarang ini tengah tunggu suami yang dok praktis marhaban kat masjid. confirm dah sampai rumah ini makan macam orang kebulur setahun. Ampoon suamiku jangan mare ye.

so esok adalah "tamu"atau pun pasar malam istilah untuk orang melaya,memang hot spot untuk peniaga seperti kami ini, jual assam laksa sahaja, tapi berbungkus-bungkus kekadang sampailah dalam seratus lebih jualananya. dan semoga  Allah murahkan rezeki kami berdua untuk hari esok pulak, Aamin ya robb. suami adalah orang kuat atau tulang belakang pembantu terbaik ku di dapur.walaupun kekadang berperang juga. perkara biasa lah kan. so rasa masakan tu pun meriah juga.

orait suami dah sampai, nak prepare makanan dulu.. sup ayam dengan labu putih, ikan masin dan telur goreng jeklah lauk pauk hari ini. daaaa sambung esok ye.


Saturday, January 26, 2013

Happy weekend ..sunday :)

Assalamualaikum
12.52 PM
Sunday 27 Januari

selamat tenghari.. hari ini lepak2 kat rumah ingatkan nak pergi "tamu Ahad Di pekan sikuati"" rupanya terlajak tido pulak dah tu suami dok sibuk bersihkan kereta. so lepak kat rumah ajelah masak nasi, sarapan pagi teh tarik dan roti dengan telur dadar. dilayan...

lepas tu suami pulak dok layan bersihkan joran, then taraaaaa suami dah beli kan joran tuk saya. murah aje tu nak tangkap anak2 ikan kat tepi2 tu jek bukan yg leh lempar kat tengah laut tuh.. yelah sambil temankan dia baik saya layan memancing juga kan manale tau dapat ikan nanti.. ikan nemo ke.. kekeke banyakler ko punya ikan nemo.


okcay yg ini gambar mangga yang telah masak, i jeruk kan sahaja ye .. sedappp okcay makan tengahari ini macam orang mengidam pulak aku ye. Aamiin. ya robb. mangga ini hubby yang kutip, pokok dia kat belakang pelik juga sebab tengok takde pulak buah mangga tetiba  dah jatuh. dia tak bagi kita makan buah dia yang mentah kut. hahahha.. 

Beautiful sunset Mengkabong Tuaran
oklah nak rehat dulu kejap lagi nak masak lauk pauk tengahari,

Kiulu River , Tamparuli
Anyway tuk en suami. i love u so much. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kita suami isteri,

Sandy beaches The Tip of Borneo, Simpang Mengayau
hehehe puji2 suami dulu sebab dia dah tolong saya bersihkan dapur dan tandas. dan saya sertakan sedikit gambar yang saya ambil sepanjang jalan-jalan very beautiful scenery.. subhanallah.







VARIETY OF MY LAKSA ( tangkap lelehhh )

Assalamualaikum
7.51 PM
sengaja nak melewat2kan solat isyak apadaaa ko ini izan..

sebenarnya tengah tunggu waktu tapi dah terlajak waktu i means nak solat lah awal waktu kan, di sabah ini lebih lebih di area kudat, waktu solat memangler awal ye. heavenler aku kalu time bulan ramadhon. kekekee mengada2. sempat lagi. 

oppss.. sebenarnya nak mempost sahaja gambar2 versi laksa yang aku dah pernah buat. nyum2 ingat nak buat laksa kari lagi tapi memandangkan kami suami isteri dapat jemputan makan-makan di rumah parent anak mengaji dia so pergilah ye, cuma sekarang ini sambil dok tunggu suami balik daripada prektis marhaban dia sempena perarakan Maulud nabi 9 febuari. oklah saja nak bagi kawan-kawan terliur dengan koleksi gambar saya takdanya sedap gambar jak yang sedap. hehehe tapi alhamdulillah suami saya cakap dia suka masakan saya walaupun saya akui ummi aka mak mertua saya punya masakan lagi palinggg sadappppp macam di KK, orang sabah bilang. hehehehe.. ( takde unsur jealous tauu , ini lah kehebatan mak mertua saya )

citer saya hari ini, saya seharian temankan suami saya meng'TAN" kan kulit dengan memancing ikan, hehehe pree je kan, that why foreigner suka sangat kat malaysia ini sebab matahari dia sungguh ceria, alhamdulillah dapatlah ikan kerapu dan ikan batu kita orang panggil kecil jek pon baru nak belajar mengoratt.. alahai goreng pon sodap. oklah tu je pon yg saya nak hebohkan.. kekeke .. so enjoice the laksa.. ;)

my laksa penang

My Laksa Nyonya 
Assam Laksa with Telur mata kerabau

KEW TIAU CELUP 

lAKSA JOHOR ( TAKDE NENAS ULAMNYA TAPI SAJA TAMBAH2) 
MEE REBUS ( PEKAT SKET KUAHNYA I LOIKE )
KUE TIAU LAKSA MELAKA
Inilah hasil-hasil air tangan saya, syukur alhamdulillah penambat selera suami. so janganlah terkejut ye tengok perut suami saya nampak meriah sket, almaklumler makanan pun meriah sedikit. hehehe. oklah dah 8.21 pm. nak solat isyak dulu.. tatata...hehehe ;)

KOPI JANTAN STRONG MAN NATURAL HERBS


KOPI JANTAN STRONG MAN NATURAL HERBS TERHEBAT 2013

KOPI JANTAN NATURAL HERBS COFFEE

Natural Herbs Coffee Tongkat Ali adalah  campuran kopi eksotik yang di adun dari kopi terpilih dan diperkayakan dengan estrak Tongkat Ali, krimmer bukan tenusu dan stevia. Kopi yang penuh kelainan dan kelebihan. Nikmatilah Natural Herbs Tongkat Ali setiap hari dan rasailah perbezaannya.

KOPI JANTAN STRONG MAN NATURAL HERBS, INI ADA DUA JENIS YE. YANG MENGGUNAKAN GULA STEVIA SO KEBAIKAN DIA BERGANDA, YANG GAMBAR KAT BAWAH INI MEMPUNYAI STEVIA, YANG SATU LAGI TANPA GULA. SO RASA DIA ADALAH PAHIT SIKIT, UNTUK PENGGUNA PERTAMA KALI DI CADANGKAN MENGGUNAKAN SEPARUH PAKET DAN KESAN YANG PALING BAIK SEKALI MINUM PADA WAKTU ANDA NAK TIDUR. IN SHAA ALLAH. 

KOPI JANTAN NATURAL HERBS STRONG MAN STEVIA, 13 GRAM, 25 PAKET
MACA
  1. Menambahkan tenaga dan daya ketahanan diri
  2. Menambahkan stamina
  3. Membantu mengurangkan sindrom keletihan yang kronik
  4. Meningkatkan fungsi seksual lelaki / perempuan
  5. Meningkatkan kadar kesuburan bagi manusia
  6. Mengurangkan kesan ketidak seimbangan hormone ketika menopos dan andropos
  7. Membantu melancarkan fungsi hormone
  8. Membantu mengatasi  kemurungan dan memberikan ketenangan
  9. Mengurangkan stress dan kebimbangan
  10. Bertindakbalas terhadap sistem perjalanan darah, membuatkan kulit kelihatan muda
  11. Membantu mengatasi anemia, masalah tulang, osteomalacia dan kanser perut
  12. Baik untuk gigi dan tulang yang sihat
  13.  Bertindak sebagai pembasmi kulat dan bacteria
  14. Merupakan alternative kepada anabolic steroid, membantu pertumbuhan otot
  15. Tidak mengakibatkan ketagihan

GUARANA
  1. Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat
  2. Memerangi Radikal Bebas
  3. Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf
  4. Memperbaiki sistem penghadaman
  5. Mengaktifkan sel-se hati untuk mencegah keracunan makan, keracunan Alkohol
  6. Merendahkan kolestrol dan asid lemak
  7. Menguatkan sistem imunisasi
  8. Awet muda
  9. Melawaskan kencing, menguatkan keupayaan seksual
10.  Mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan
11.  Menghilangkan rasa lapar dan menguatkan badan

KOPI JANTAN STRONG MAN NATURAL HERBS, 25 GRAM, 20 PAKET.

PRODUK KOPI HERBA ASLI ( NATURAL HERBS COFFEE )
  1. Menambahkan tenaga
  2. Meningkatkan keupayaan seksual
  3. Meningkatkan kecergasan
  4. Mengurangkan tahap tekanan
  5. Membantu pesakit diabetes
  6. Mengurangkan kelesuan
  7. Merawat Menopos
  8. Mengurangkan sakti sendi
  9. Melancarkan pengaliran darah
10.  Membantu perkembangan sel otak
11.  Meningkatkan metabolism
12.  Melambatkan kesan penuaan

TIDAK SESUAI UNTUK : ( SILA AMBIL PERHATIAN YE )
  1. Individu yang mempunyai masalah jantung
  2. Wanita hamil
  3. Kanak-kanak
  4. Orang yang sensitive terhadap kafien
KHASIAT DAN FUNGSI :
  1. Melancar edaran darah
  2. Minuman kesihatan
  3. Menstabil status darah tinggi dan rendah ( Gandingan Guarano dan Ekstak TOngkat Ali )
  4. Mencuci Buah pinggang ( Ekstrak Macca Roots )
  5. Ransangan Seks untuk lelaki
PANTANG : AIR KELAPA, ARAK , ALKOHOL DAN ASAM LIMAU
CARA MENGAMBIL :
  1. 1 Jam selepas makan nasi
  2. Pastikan air betul2 panas
  3. Lepas minum , akan rasa panas dalaman atau pening ( ini adalah kebiasaan )

HUBUNGI :
MARKETING OSRAH ENTERPRISE
MUHAMMAD SUFYAN
0198604974
EMAIL : shiezanshop@gmail.com 

Teruskan meminum, sekurang-kurangnya 2 paket seminggu. Lagi banyak lagi bagus kerana akan memperbaiki urat saraf kita.

----> ZASSS iklan sekejap produk suami saya jual, sesiapa yang berminat boleh menghubungi dia ye. ini iklan berbayar tau sebab promote kat blog saya. hehehe

Friday, January 25, 2013

posto posto lagi...

Assalamualaikum 1.48 AM sabtu

Awal pagi dah ini mata tak leh lelap.. ya Allah ini lah penangan kopi RadiX Ping/ Ais . tadik malam temankan suami pergi memancing di Dataran Esplanad Kudat tepi laut, disinari sang rembulan 13 rabiualawal. Subhanallah.. romantik gue dating memancing dengan suami. kekeke walaupun cuma anak2 ikan dan ikan kerapu sebesar tapak tangan ku sahaja yg paling besar telah membuat suamiku kembang idung sekejap. hehehe.. syukurlah dapat jugalah nak goreng pon sodapppp.

SAYUR kampung, dalam plastik tuh ada pucuk ubi, bunga betik, sayur labu merah, labu putih aroma pandan, lada  hijau, dan pisang hijau yang sungguh sedap.

gambar diatas tuh, sayur2 yang saya beli dari pasar tamu rabu, buy one free one, beli labu putih free labu merah, beli pisang dapat lada hijau.rezeki kan alhamdulillah . Labu putih itu ada aroma bau pandan, bukannya letak daun pandan tau memang dah aroma dia macam tuh harga pun dah jatuh rm2.00. syukurlah selalunya harga dalam rm4.00 juga mungkin sebab penjual tak nak bawak jualan dia balik ye tak. bagi harga runtuh jek. pisang tu pulak besok nak buat cucur pisang sebab dah lembut sangat isi sebab dah masak sangat. 


ini pulak lauk pauk untuk hari ini for our dinner, hehehe cuma sup ayam dan labu putih, aiyaarrk harum semerbak pandan sup aku, air rozelle homemade, dan makan sekuali dengan suami hehehe sunnah ini. dan ikan kerapu yang suami aku pancing fuhhhh manis lagi isinya dan juga ikan terubuk masin dan wowww paling sadapppp orang sabah bilang tuang segala baki2 sambal pedas belacan tuh. bertambah2 suami aku makan. alhamdulillah. janji suami makan.


oppaaaa ... hahaha ini pulak gambar supper suami aku, balik2 dari memancing dia nak lagi menjamah sup ini nasiblah masak lebih kalau tidak, bertungkus lumus lagi lah saya ke dapur memasak sup ini, tapi mudah jek masak main campak je, oleh kerana buah labu air ini dia dah ada aroma pandan semula jadi so mudahlah saya nak memasak. hehehehe nak resepi tak?.. 

RESEPI SUP AYAM DAN LABU AIR AROMA PANDAN

BAHAN-BAHANNYA
LABU PUTIH POTONG 
3 INCHI HALIA
4 ULAS BAWANG PUTIH
BAWANG GORENG
SERBUK LADA PUTIH/HITAM
1 CAMCA MINYAK BIJAN
SERBUK PERASA
GARAM

CARA MEMASAK
REBUSKAN AIR, LETAK HALIA DAN BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH GORENG
BILA MERENEH AIR TERSEBUT TABURKAN SERBUK LADA PUTIH/HITAM
LETAK AYAM TUNGGU DAH MASAK LETAK
HIRISAN LABU PUTIH. CHICKEN BALL
BAHAN PERASA, GARAM DAN MINYAK BIJAN
KACAU HINGGA SEBATI 
DAN SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN.. 


TADA.... SIMPLE JEK KAN. OK PREN MATA DAH MENGANTUK. UARGHHHH.. BYE2 PREN. 






Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MAULUD NABI

Alamak rajin pulak ku memposting, sebenarnya a bit tense dlm 9/100 jer hehehe sebab picture dalam blog tidak appear, oh sedeynya gue.. kenapa? kenapa ? kenapa ?.. ada yang boleh membantu ke? kedua-dua gambar dalam blog saya tidak keluar.. adakah perlu membuat blog baru?? aiyarkk

sebenarnya hari ini we off berbusiness, sempena maulud nabi dan suami pergi jemputan kenduri. so pegi lah memenuhi  jemputan daripada jiran, saya pulak stay at home sebab ada cik bisul tumbuh oh tidakkk.... tapi sempat juga membuat projek jeruk jambu dan jeruk lada

Jeruk Jambu


dan yang paling penting nyum nyum pekena dengan bee hoon goreng black pepper.. fuhhh makan tengahari yang paling marbeles untuk saya. hahahaha sang suami kata dia pun nak  makan beehon goreng tu walaupun dah makan tengahari. huhu tamaha ( tamak ) betul...takpelah untuk kekanda pujaan hati hehehe.

Beehon Blackpepper Goreng

seharian dirumah, alhamdulillah dapat juga rezeki jual seaweed, murah-murah aja yang purple gred AAA saya jual rm55 termasuk postage dan yg kuning keemasan iaitu gred AA Rm45 jg termasuk postage. sesambil itu kononnya nak develop dan design website, cadangnya lah malangnya idea stuck . esok2 ajelah aku buat... klah ini rehat jap

Tuesday, January 22, 2013

ciceter lagi

Assalamualaikum...
selamat tengahari. hehehe letih semalam masih lagi terasa, tp alhamdulillah syukur sangat2 sold out lagi semalam disamping tempahan dari Maybank. Rasa macam tak larat sudah apa taknya since sabtu meeting dan isnin pula. malam isnin tu juga kena balik hometown rehat sekejap terus berperang di dapur. uhuk..uhuk kerana mencari sesuap nasi. sedih den..  apanya lah mau sedih kan. cari rezeki yang halal macam itulah. dan yang paling KEBERKATAN sesuatu rezeki itu yang paling penting untuk sebuah keluarga dan juga anak-anak dalam perut ini. Aaminn.. hehehhee.

Dipendekan cerita, sabtu tu bertolak dari kudat jam 8 pagi stuck sekejap di Kota Marudu ya Allah banjir nasib baiklah dapat limpas juga, hehehe dan terus ke Kota Kinabalu, jumpa kawan sat ke meeting Stokis Catalyst Product, alhamdulillah dapat jumpa dengan stokis2 yang selama ini cuma berhubung dan bersua muka di alam maya iaitu facebook. akan datang lah pelbagai program dan strategi bersama- sama dan akan bertemu lagi 23 Feb ini.. yeahhh tak sabar berkongsi passion dengan rakan2.


Ahad pulak, rehat di rumah, memandangkan hotel pree jek iaitu bertamu drumah my late grandpa dan my beloved aunty dengan sepupu.( Ampuun ) sempat juga  bertamu di Tamu Tuaran, macam-macam ada disitu. sempatlah merembat Gado2 dan Bakso.. aiyoyo.. sadap maaa macam rasa di Indo sahaja.. kekeke

Isnin.... awal pagi sudah bertolak ke kota kinabalu, sebelum tu sempat lagi merembat goreng cempedak dgn ubi keladi...memang fullblast bah perut..syukur alhamdulillah.. my aunty yang masak sambil borak dan menganyam ketupat... hahahaha.. banyakler ketupat yang dibuat.

oklah pren.. nanti kita jumpa lagi yer... next posting


Friday, January 18, 2013

Selamat Tahun 2013

Assalamualaikum Buat kawan-kawan blogger, punyalah letih membersihkan sawang-sawang yang berlambak-lambak dalam rumah blog.hehheehe ye2 je kan.. tiap kali dah dok taip2 mesti hilang semua kata-kata saya dalam blog ini. alahai sabar sejalah dan yg menyedihkan semua gambar dalam blog ini dah hilang. sedih betul lah. kenapa ye??.. oppss esok saya nak ke kota kinabalu, sebab ada meeting dengan Distributor Catalyst dengan kawan kawan stokis yang lain dan isnin nih pulak perjumpaan persatuan usahanita sabah dengan pengerusi usahanita sabah, datuk Azizah binti Dun. rasanya macam dah tukar pengerusi ini.. harap2 selasa ini dapatlah bertamu di Tamu Kudat, sumber rezeki kami berniaga beginilah terkejar sana sini mencari rezeki yang halal. OPpss lagipun nak kumpul duit nak join seminar berani 2013 Mei ini, oh Ya Allah permudakanlah. sedih juga sebab suami tak dapat join sama. itupun kalu i dapat join ler kan. Lepas balik ini pulak nak buat AGM dengan persatuan Netball.. Ya Allah permudahkanlah urusan2 ku... pening kepala jap pegang jawatan setiausaha2 di persatuan ini, tapi takpalah ilmu dan pengalaman baru untk saya.. :) oklah daaa

 psstttt---ok tak gambar ini.. ;)