Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Friday, January 25, 2013

posto posto lagi...

Assalamualaikum 1.48 AM sabtu

Awal pagi dah ini mata tak leh lelap.. ya Allah ini lah penangan kopi RadiX Ping/ Ais . tadik malam temankan suami pergi memancing di Dataran Esplanad Kudat tepi laut, disinari sang rembulan 13 rabiualawal. Subhanallah.. romantik gue dating memancing dengan suami. kekeke walaupun cuma anak2 ikan dan ikan kerapu sebesar tapak tangan ku sahaja yg paling besar telah membuat suamiku kembang idung sekejap. hehehe.. syukurlah dapat jugalah nak goreng pon sodapppp.

SAYUR kampung, dalam plastik tuh ada pucuk ubi, bunga betik, sayur labu merah, labu putih aroma pandan, lada  hijau, dan pisang hijau yang sungguh sedap.

gambar diatas tuh, sayur2 yang saya beli dari pasar tamu rabu, buy one free one, beli labu putih free labu merah, beli pisang dapat lada hijau.rezeki kan alhamdulillah . Labu putih itu ada aroma bau pandan, bukannya letak daun pandan tau memang dah aroma dia macam tuh harga pun dah jatuh rm2.00. syukurlah selalunya harga dalam rm4.00 juga mungkin sebab penjual tak nak bawak jualan dia balik ye tak. bagi harga runtuh jek. pisang tu pulak besok nak buat cucur pisang sebab dah lembut sangat isi sebab dah masak sangat. 


ini pulak lauk pauk untuk hari ini for our dinner, hehehe cuma sup ayam dan labu putih, aiyaarrk harum semerbak pandan sup aku, air rozelle homemade, dan makan sekuali dengan suami hehehe sunnah ini. dan ikan kerapu yang suami aku pancing fuhhhh manis lagi isinya dan juga ikan terubuk masin dan wowww paling sadapppp orang sabah bilang tuang segala baki2 sambal pedas belacan tuh. bertambah2 suami aku makan. alhamdulillah. janji suami makan.


oppaaaa ... hahaha ini pulak gambar supper suami aku, balik2 dari memancing dia nak lagi menjamah sup ini nasiblah masak lebih kalau tidak, bertungkus lumus lagi lah saya ke dapur memasak sup ini, tapi mudah jek masak main campak je, oleh kerana buah labu air ini dia dah ada aroma pandan semula jadi so mudahlah saya nak memasak. hehehehe nak resepi tak?.. 

RESEPI SUP AYAM DAN LABU AIR AROMA PANDAN

BAHAN-BAHANNYA
LABU PUTIH POTONG 
3 INCHI HALIA
4 ULAS BAWANG PUTIH
BAWANG GORENG
SERBUK LADA PUTIH/HITAM
1 CAMCA MINYAK BIJAN
SERBUK PERASA
GARAM

CARA MEMASAK
REBUSKAN AIR, LETAK HALIA DAN BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH GORENG
BILA MERENEH AIR TERSEBUT TABURKAN SERBUK LADA PUTIH/HITAM
LETAK AYAM TUNGGU DAH MASAK LETAK
HIRISAN LABU PUTIH. CHICKEN BALL
BAHAN PERASA, GARAM DAN MINYAK BIJAN
KACAU HINGGA SEBATI 
DAN SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN.. 


TADA.... SIMPLE JEK KAN. OK PREN MATA DAH MENGANTUK. UARGHHHH.. BYE2 PREN. 






No comments: