Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Saturday, March 26, 2011

Resepi Laksa Nyonya Melaka

Salam dan selamat malam

baru jek tadik siap ber'Earth Hour" walaupun cuma switch off the light.. tv dan lappy sambil di terangi candle light menjadikan suasana yg lebih romantik bagi kami berdua suami isteri sambil menghayati dinner kami, alahai bertambah2 kecintaan saya kepada suami.. ic man, itulah indah berkasih sayang dengan ikatan yang halal toyibb.. ekekeke.. alamak merapu pulak aku, well ini pulak aku nak letak gambar kew tiaw Laksa Nyonya Melaka, dan kew tiaw neh sebenarnya yg jenis kering yang cuma ada dijual kat sabah sebab saya tak pernah nampak di semenanjung pernah jg cari waktu belajar kat sana kan, tp taktaulah kalu dah ada sekarang kan..

Resepi ini dah lama saya buat cuma sekarang jek baru merajinkan diri tuk letak resepinya, terkenang2 pulak keenaknya laksa nyonya melaka yang selalu menjadi santapan di Cafe Apple 1B Kota kinabalu, sebab dah jauh sangat saya pun cubalah buat tuk lepas gian .. Alhamdulillah bolehlah.. kekeke, sapa2 yang nak buat tu leh lah try resepi neh ye..



RESEPI LAKSA KEW TIAU NYONYA MELAKA


BAHAN A:
1 bungkus kew tiaw kering ( boleh digantikan dgn apa jenis mee yang anda suka)
35ml minyak masak
**3 ulas bawang putih
**1/2 inci halia muda
** 2 biji bawang merah
** 2 batang serai
**1/2 inci lengkuas
** 1 t/s serbuk kunyit
**1 t/s serbuk cili
** 1/2 t/s serbuk kari
10 kuntum daun kesom
setengah batang hirisan daun kantan
( ** dikisar bersama )

BAHAN B:
200ml air
20gm pes asam jawa
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa

HIASAN:
Lobak merah yang dipotong
Jeruk Lobak
Sayur sawi
isi ayam | dikukus dan dihiris
4 biji cili merah
Tauge
Udang
Tauhu
Kek ikan secukupnya | dicelur dan dihiris
1 biji telur rebus
Bawang goreng secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan A kecuali mihun sehingga wangi
2. Selepas itu masukkan air dan kacau rata sehingga 10 minit.
3. Masukkan santan, asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan Kew Tiau ke dalam mangkuk bersama bahan hiasan.
5. Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.

Ok ini adalah Mee Kew tiau kering ye, dalam pinggan tu saya dah rendam dgn air panas dan letak kicap cair soya



nota kaki** resepi ini ada yang saya modify sedikit mengikut citarasa saya.. minta maaf ye ;)

No comments: