Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Saturday, September 12, 2009

Renungan buat mu hai sang suami


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia
boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan
kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari
cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yang masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak
suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Luahan rasa .. Part 2


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Again.. luahan rasa hati.. bukan maksud aku untuk mengingat kembali memori semalam lebih memori pahit ku.. tapi rasa terpanggil adakah kita kerana memori semalam kita menjadi yg terbaik pada hari ini.. kadang2 manusia tidak pernah insaf, tidak pernah takut sebab kenangan pahit semalam yang banyak mengajar kita menjadi orang yg lebih baik dari semalam, kadang-kadang aku sendiri tidak faham kenapa manusia tidak pernah sedar.. tidak pernah ingin menjadi terbaik untuk dirinya dan keluarga.. tapi ini cuma luahan rasa hatiku tidak berkait rapat dengan sesiapa..dah mohon kemaafan dari lubuk hati yg mendalam, kadang2 kesilapan kita ini adalah untuk pengajaran kita agar kita tidak lupa akan DIA, kadang2 kita terlalu ego dan mendabik dada sampai kita lupa yang DIa adalah yang Paling Maha Berkuasa.. Yang Mengetahui Segala CiptaanNYa.. dan aku sendiri pun makluknya yang paling lemah dan serba kekurangan...

Aku ingin jadi seorang yg pemaaf dan redho atas kejadian semalam, walaupun hati ini teramat berat untuk merelakannya.. tapi kerelaan itulah yg akan buat diri aku tenang, aku mengharapkan kasih sayang mu Ya Allah .. dan aku mohon kemaafan dia untuk kami, dan juga moga kemaafan yang ikhlas datang dari hatinya juga bisa membuat hatinya tenang dan redho dan moga2 dia menjadi insan yang berjaya dalam segala dugaan dan cabaran yang datang dariNya.

Aku mohon padaNya, agar Allah swt Ampunkan dosa-dosa kami, walau sebesar zarah sekalipun.. dan aku tidak malu untuk mengakui dosa-dosa yang pernah aku lakukan.. aku insan dhoif penuh dengan kelemahan..Ya Allah hanya Engkau yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui...

Ya Allah, Aku mohon padamu.. jadikanlah hamba2 mu ini seorang yg pemaaf, jauhkanlah aku dari sifat sombong dan riak, jadikanlah aku hambamu yg sentiasa mengharapkan cinta dan kasih sayang serta rahmat darimu.. Aku mohon padamu.. jauhkanlah bakal zuriat2ku dengan kejahatan lalu kami.. jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, yang menghormat orang tua dan menjadi mujahid/mujahidah islam.. Amin.. Amin Ya rabb..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

masak2 menu berbuka..


hehe.. yg ni post penting yg perlu aku masukkan.. menu time berbuka, well myhusband suka banget kalu isterinya masak sendiri untuk masuk dlm perutnya.. Alhamdulillah.. setakat neh..takde masakan yg hubby tak suka..semua pon dia suka..semua pon dia kata sedap..biasalah kalu perut dah lapar.. apapun leh balun kan abg.. abes la kalu dia baca entry aku kali neh.. hubby pon beriya2 sangat nak snap picture masakan aku neh.. dia kata nak masuk dlm photo FB dia.. nak promote lah tuh.. hinggakan satu ketika hubby cakap.. jomle syg qta wat restoren, biar abg yg jaga, takpun just a small kedai makan mcm kat esplanad tuh, syang just masak nasi ayam, nasi lemak with a little lauk pauk.., aku sendiri ckp.. leh fullfill selera orang kudat neh ke?.. hahaha.. apapun.. aku rasa bila aku masak niat untuk suami aku.. rasanya mesti sedap.. well check it out.. masak2 untuk sendiri bolehlah.. janji hubby bilang sedap.. Alhamdulillah.. kena pandai jaga perut suami kan mama zaliza.. ngeh..ngeh.. ;)
makan time.. hehehe...bnyk giler tuee

puding roti buah.. depan belakang shoot..



Nasi tomato kismis ( tak nmpk kismis dah, nipun lebihan semalam )
Ayam masak merah

Kari ketam ala mamak

luahan rasaku... part 1.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Alhamdulillah.. diberi kesempatan lagi olehNYa.. dan diberi kesempatan untuk membahagiakan orang-orang yang tersayang.. walaupun kadang2 menyakiti hati2 orang yg tersayang.. tak taulah kenapa skrg cepat sangat jadi emosi, cepat sangat terasa, cepat sangat mengeluarkan air mata, lebih2 lagi dengan orang yg tersayang.. moga-moga Allah swt berikan saya kekuatan,kesabaran untuk menghadapi segala dugaan. Amin ya Rabb.walaupun begitu bersyukur sebab diberikan seseorang yg mempunyai kesabaran dan mempunyai pengertian yang teramat mendalam. Alhamdulillah.. rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan ini, setiap manusia ini Allah akan beri ujian yang berbeza, ujian untuk menguji hambanya, adakah hambanya akan makin dekat lagi atau jauh bila diberikan ujian tersebut.. dan Allah tidak akan memberi ujian pada hambanya yang tidak terangkat oleh hambanya.. kerap kali aku berfikir mungkin juga segala kesenangan ini merupakan ujian dariNYa.. takut sebab bila2 masa sahaja Allah akan menarik daripadaku.. adakah aku terus bersamaNYa.. MOga Allah sentiasa bersama aku,.. Amin ya Rabb..

Aku akui sekembalinya aku di bumi dimana aku dilahirkan, jarang sekali aku merasakan kesempitan, jarang sekali aku merasa aku ini kekurangan, malah kesenangan dan kemudahan yg lebih melimpah ruah, Alhamdulillah.. tidak seperti bila aku berada di rantau orang.. semuanya serba kekurangan.. bila aku nak beli sesuatu pun aku terpaksa berfikir berapa kali..??... bukannya kedekut tapi masih ada yang lebih penting perlu aku beli?? dan semuanya memerlukan aku berfikir berapa kali.. aku rasa susah hidup aku diperantauan tapi Alhamdulillah hati aku tenang sebab aku sentiasa merasa dekat padaNYa.. dan waktu tu lah aku dapat menilai mana sahabat waktu senang dan susah.. rindu pada sahabat dan teman aku Atikah, dia lah teman dan sahabat waktu aku susah, kenal siapa diri aku.. baik buruknya diriku.. tapi tetap terima siapa diri aku.. yang sentiasa menasihati aku, mengenalkan aku apa itu usrah..
terkenang kembali detik pertama kali aku join usrah, dikenalkan dengan sahabat2 yang aku rasa berbeza sangat penampilannya dengan diriku.. masya Allah.. betapa waktu tu rasa mcm malu .. tapi mereka semua terima diri aku, tiada pandangan serong.. perbezaan tahap ilmu yg agak jauh, mungkin ya aku punya basic tapi implementasi yang kurang, betullah.. bila kita doa.. jangan lupa.." jadikan aku orang yg beriman, berilmu dan beramal".. moga2 kita beramal dengan ilmu dan iman kita..dan jangan lupa sampai-sampaikan walaupun sedikit..

pengalaman yang tidak akan ku lupakan, bila join satu program, pelajar2 sekolah area lembah klang yang bermasalah.. diberi motivasi, faham2 ajelah perangai dorang... aku rasa sama jek perangai waktu zaman dajal aku dulu, hehehe.. macamana nak approach mereka, nak sampaikan mesej program neh.. nak sedarkan mereka.. dan most of kakak dan adik2 usrah mempunyai pelbagai pendekatan.. dan yang pentingnya adalah kasih sayang dan keikhlasan untuk bantu mereka.. Alhamdulillah sejauh mana program ini berkesan pada mereka, itu terpulang pada individu itu sendiri.. dan i still keep in touch dengan dua dan 3 orang adik2 neh until now.. tanya2kan dorank..hows their life goes on?...

What is in my mind now?

  • Apalah atikah tengah wat sekarang, sihat ke dia?ive been callin n sms but just chat a few minutes .. seems like she is very busy since she bcame RA ustaz mantan imam Shah Alam, busy jadi monitoring program2 Nisa, busy dengan kerja HPA dia... im very proud of her, even sometimes jadual dia jadi cincai.. nasib baiklah dah habis MA.. kalu tak confirmlah buat assignment last minute .. hehe.. yang jadi mangsanya aku ngan kak.Azie.. hahaha..

  • ==============================================================

  • hmm kak.azie apa citer plak.. she is always become like our mummy..? since she is senior than us.. always give her warmest hug.. chewaahh... dan yg penting being a supporter any material even we didnt mean it.. but she is kindest woman, moga2 Allah swt permudahkan segala urusanya.. murahkan rezeki dia.. i still got credit with her.. alamak.. pelan2 ye akak azie.. hahaha...

Sunday, September 6, 2009

subhanallah.. Maha Suci Allah..

salam.. lamanya diriku tidak memblog.. terpanggil untuk memblog..ringan jek jari jemari ku menaip ayat2 cinta..chewaah... Alhamdulillah.. mengenang kembali detik2 aku berada di Shah Alam.. teman2 sperjuangan semasa belajar dahulu..terasa rindu.. ikut program dan aktiviti mean terisi juga masa terluang ku.. nih pon gara2 seorang sahabat baikku.. Atikah kebetulan tunangnya juga adalah sahabat baik myhubby.. cuma menunggu detik2 bulan december neh untuk join my club.. insya Allah..

dan at last.. gara2 aku yg rajin melancong ke blog, terjumpa juga jemaah ku disini, harap2 ada pengisian yang berfaedah yg penting untuk anak2 bangsa dan agama.. sahabat baik ku selalu ingatkan.. jgn jauh dr jemaah ye kak bila dah balik sabah, mungkin sbb dia sudah maklum dgn situasi aku bila aku disini dan walaupun kadang2 aku kalah.. ya kan sudah namanya manusia.. :) sbb tu lah kena ada sahabat yg boleh ingatkan kita.. neway thanks to setanggisyurga.. alahai rupa2nya teman seperkerjaan kami, pernah bertegur sapa waktu taklimat hari tu.. dan rupa2nya orang kuat club tue.. hehehe sorry ye dik ( rahsia gitu2) insya Allah.. nanti ada program yg tengah dirancang akan dilaksanakan.. MOga Allah SWT mempermudahkan segala urusan.. " Inna'mal A'malu bin niyat " amin ya rabb.

hmmm... tadik ummi call , tanya kann hubby.. mcmana situasi disini.. waktu tu aku ddk disebelah.. ingatkan ada apa.. . rupa2nya di indonesia dah kelam kabut.. hubby ku bilang.. tengah get ready nak beperang dgn Malaysia.. sabar jeklah kerana isu klon.. semuanya kerana malaysia .. aduh.. isu batik, lagu rasa sayang.. dan etc.. aku pun pelik ... kan sudah namanya juga serumpun.. sebab malaysia declare itu dari malaysia.. BAGI AKU MALAYSIA buat mcm tu sebab nak promosi Malaysia. isu pelancongan itukan salah satu sumber ekonomi ... so nak juga wat kecoh2.. hmm apa2 jeklah mereka neh.. aku kata ngan hubby..cakaple kt member2 tuh.. dont be emosi la..wat a small matter.. takkan isu mcm tu pon nak perbesar2kan.. nak perang.. why not be alert dgn isu mcm palestin tuh ha`ah.. puashati. mati pon mati jihad.. ni nak perang dengan malaysia? orang malaysia pon ada gak saudara mara kat indon.. orang malaysia pon ada gak bangsa jawa, bangsa bugis, bangsa banjar.. ha apalg bangsanya.. ?? ishhh mcm2.. sudah namanya berjiran.. begitulah adatnya.. ada yg kita tak puashati cakaplah elok2.. kalu main serbu lawan gitu.. kan namanya juga seperti orang yg tidak berilmu... so fikir2 kanlah.. :)

hopefully.... anak2ku jiwanya lahir keranamu I