Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Saturday, September 12, 2009

Luahan rasa .. Part 2


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Again.. luahan rasa hati.. bukan maksud aku untuk mengingat kembali memori semalam lebih memori pahit ku.. tapi rasa terpanggil adakah kita kerana memori semalam kita menjadi yg terbaik pada hari ini.. kadang2 manusia tidak pernah insaf, tidak pernah takut sebab kenangan pahit semalam yang banyak mengajar kita menjadi orang yg lebih baik dari semalam, kadang-kadang aku sendiri tidak faham kenapa manusia tidak pernah sedar.. tidak pernah ingin menjadi terbaik untuk dirinya dan keluarga.. tapi ini cuma luahan rasa hatiku tidak berkait rapat dengan sesiapa..dah mohon kemaafan dari lubuk hati yg mendalam, kadang2 kesilapan kita ini adalah untuk pengajaran kita agar kita tidak lupa akan DIA, kadang2 kita terlalu ego dan mendabik dada sampai kita lupa yang DIa adalah yang Paling Maha Berkuasa.. Yang Mengetahui Segala CiptaanNYa.. dan aku sendiri pun makluknya yang paling lemah dan serba kekurangan...

Aku ingin jadi seorang yg pemaaf dan redho atas kejadian semalam, walaupun hati ini teramat berat untuk merelakannya.. tapi kerelaan itulah yg akan buat diri aku tenang, aku mengharapkan kasih sayang mu Ya Allah .. dan aku mohon kemaafan dia untuk kami, dan juga moga kemaafan yang ikhlas datang dari hatinya juga bisa membuat hatinya tenang dan redho dan moga2 dia menjadi insan yang berjaya dalam segala dugaan dan cabaran yang datang dariNya.

Aku mohon padaNya, agar Allah swt Ampunkan dosa-dosa kami, walau sebesar zarah sekalipun.. dan aku tidak malu untuk mengakui dosa-dosa yang pernah aku lakukan.. aku insan dhoif penuh dengan kelemahan..Ya Allah hanya Engkau yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui...

Ya Allah, Aku mohon padamu.. jadikanlah hamba2 mu ini seorang yg pemaaf, jauhkanlah aku dari sifat sombong dan riak, jadikanlah aku hambamu yg sentiasa mengharapkan cinta dan kasih sayang serta rahmat darimu.. Aku mohon padamu.. jauhkanlah bakal zuriat2ku dengan kejahatan lalu kami.. jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, yang menghormat orang tua dan menjadi mujahid/mujahidah islam.. Amin.. Amin Ya rabb..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments: