Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Gulai Ikan Kayu/Bakulan

Abaikan Hiasan tu ye..

 Bahan A ( blender)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inchi halia, kunyit, lengkuas
15 batang cili kering
2 sudu besar kelapa parut.
(boleh juga dicampur dgn serbuk kari ikan blend sekali : yg ini versi tongkol ganu)

Bahan B
1 ekor ikan kayu / bakulan
5 keping asam keping
1 biji timun ( dipotong )
2 batang cili merah (buang biji)
1 biji capsicum hijau ( belah dadu)
air santan

Cara Memasak:
*Terlebih dahulu ikan direbus dengan air dicampur asam keping, cili hijau, garam dan gula melaka ( mau sedap biarkan semalaman)
* tumis bahan blender dikuali sehingga naik bau. Air santan direbus terlebih dahulu sehingga terbit minyak dgn api yg kecil, selepas itu bolehlah diletakkan bahan tumis dan gaul sebati, pastikan api kecil dan sehingga air santan mendidih
*masukkan ikan yang telah direbus, letak timun, capsicum dan cili merah akhir sekali letak air rebusan ikan tadi dan baki santan sehingga masak.

Selamat memasak ;)





Tuesday, November 8, 2011

TERIMA KASIH SILENT BLOGGERS

SELAMAT HARI RAYA IDULADHA & KORBAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM, DAN SEMOGA UMAT ISLAM YANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI MENDAPAT HAJI MABRUR. AMIN YA ROBB.

selamat pagi, setelah lama tidak mengupdate kan content blog ini sudah bersawang2, sebenarnya tiada idea tapi alhamdulillah bila tengok ada juga bloggers yang rajin  ke blog saya mungkin terjumpa blog ini dari google. ataupun kawan2 facebook saya yang melihat resepi. terima kasih kerana memeriahkan dan menaikkan trafik blog saya. hehehehe.. takpe saya halalkan perkongsian ilmu. resepi tuh pun resepi kampung2 sahaja. tiada yang special.

Memang susah juga nak cari idea untuk memblog, sebenarnya nak letak gambar2 masakan saya yang tak seberapa ini supaya kawan2 senang nak cari dan berkongsi. kawan-kawan yang ada blog jangan lupa tinggalkan jejak anda ya teringin juga nak melawat blog anda dan nak berkawan2.. :) hihihi

Letih betul hari ini sebab semalam tamu, ingatkan hari ini ada Program Rakyat 1Malaysia di dataran tomborungus, pa lagi saya dan suami pulunlah tambah2 produk jualan tapi tak jadi lah pulak. alhamdulillah produk habis juga terjual. Rezeki dari Allah SWT. Program itu di tunda selasa hadapan.harap2 ramailah pengunjung dan para peniaga pon murah juga rezekinya yelah dah dipertengahan bulan. faham2 sajalah. :)

Raya iduladha tahun ini pulak kami decide raya di kudat sahaja, parent dan adik beradik balik kampung. Suami ada program yang padat tahun ini, jadi tukang sembelih korban. rezeki daging korban pun melimpah2. ya Allah. dah beberapa hari asyik masak daging korban. hari ini pulak nak masak sup tulang lembu special. Specialnya tu sebab bumbu/perencah mak mentua ajarkan.. hehehe MIL memang niaga bakso jadi buat sup2 ini memang dah kepakaran dia la. nasib baiklah sempat belajar. tu belum sambal kicap special dia lagi.. meletoppsssss laaa. hehehe.

oklah yg ini tak tau lagi bila nak memposting,... selamat berblog dan berblog walking.. jangan lupa tinggalkan jejak kawan2 ye. terima kasih datang lagi ;)


Tuesday, October 4, 2011

kisah Aku dan Gerai


Opps seminggu menyepi kan.. Almaklum bzlah katakan minggu pertama berniaga pulak tu ... ;)

Last week start meniaga hari rabu, selasa tu pasar malam di pekan tomborungus tapi ada tragedi ribut taufan yang berlaku kat filipina baru2 ini, kami didaerah kudat ni pun dapat tempias taufan ,alhamdulillah tiada apa2 yang tidak baik menimpa tapi yang kasihannya terkena betul di tapak peniaga, habis jualan berterbangan, meja dan khemah koyak disebabkan angin yang kuat. suami sempat juga tolong menyelamatkan barang2 jualan peniaga yang lain. nasib baiklah waktu tu kami lambat meniaga, sampai jek kat tapak tengok semua penjual dan pelanggan belarian cari tempat untuk berlindung dari hujan. kalau tak memang tak tau lah kejadiannya periuk ntah ke mana, tutupnya terbang ke mana..

terkeluar tajuk pulak, hihi iklan kan so back to the content kami start berniaga rabu minggu lepas, mula2 berniaga memanglah tak habis sebab orang baru kan.. jiran2 niaga sebelah pun cakap macam tuh takpe pelan2 lagipun tempohari tak sempat nak promote kat return customer di pasar malam selasa gara2 angin taufan tu.. dan semalam dah edar flyers.. ( guna flyers tueee jual kat pasar malam ) hihihi , customer pun tak perlu tunggu malam selasa nak makan. datang je tapak lokasi baru untuk menikmati laksa kami.


Gerai kami :)
ribut di pekan tomborungus

tutup gerai
oklah nak siap2 dulu.. kejap lagi nak turun gie buka gerai.. get readyyyy... :)