SELAMAT HARI RAYA IDULADHA & KORBAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM, DAN SEMOGA UMAT ISLAM YANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI MENDAPAT HAJI MABRUR. AMIN YA ROBB.
selamat pagi, setelah lama tidak mengupdate kan content blog ini sudah bersawang2, sebenarnya tiada idea tapi alhamdulillah bila tengok ada juga bloggers yang rajin ke blog saya mungkin terjumpa blog ini dari google. ataupun kawan2 facebook saya yang melihat resepi. terima kasih kerana memeriahkan dan menaikkan trafik blog saya. hehehehe.. takpe saya halalkan perkongsian ilmu. resepi tuh pun resepi kampung2 sahaja. tiada yang special.
Memang susah juga nak cari idea untuk memblog, sebenarnya nak letak gambar2 masakan saya yang tak seberapa ini supaya kawan2 senang nak cari dan berkongsi. kawan-kawan yang ada blog jangan lupa tinggalkan jejak anda ya teringin juga nak melawat blog anda dan nak berkawan2.. :) hihihi
Letih betul hari ini sebab semalam tamu, ingatkan hari ini ada Program Rakyat 1Malaysia di dataran tomborungus, pa lagi saya dan suami pulunlah tambah2 produk jualan tapi tak jadi lah pulak. alhamdulillah produk habis juga terjual. Rezeki dari Allah SWT. Program itu di tunda selasa hadapan.harap2 ramailah pengunjung dan para peniaga pon murah juga rezekinya yelah dah dipertengahan bulan. faham2 sajalah. :)
Raya iduladha tahun ini pulak kami decide raya di kudat sahaja, parent dan adik beradik balik kampung. Suami ada program yang padat tahun ini, jadi tukang sembelih korban. rezeki daging korban pun melimpah2. ya Allah. dah beberapa hari asyik masak daging korban. hari ini pulak nak masak sup tulang lembu special. Specialnya tu sebab bumbu/perencah mak mentua ajarkan.. hehehe MIL memang niaga bakso jadi buat sup2 ini memang dah kepakaran dia la. nasib baiklah sempat belajar. tu belum sambal kicap special dia lagi.. meletoppsssss laaa. hehehe.
oklah yg ini tak tau lagi bila nak memposting,... selamat berblog dan berblog walking.. jangan lupa tinggalkan jejak kawan2 ye. terima kasih datang lagi ;)
No comments:
Post a Comment