Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Gulai Ikan Kayu/Bakulan

Abaikan Hiasan tu ye..

 Bahan A ( blender)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inchi halia, kunyit, lengkuas
15 batang cili kering
2 sudu besar kelapa parut.
(boleh juga dicampur dgn serbuk kari ikan blend sekali : yg ini versi tongkol ganu)

Bahan B
1 ekor ikan kayu / bakulan
5 keping asam keping
1 biji timun ( dipotong )
2 batang cili merah (buang biji)
1 biji capsicum hijau ( belah dadu)
air santan

Cara Memasak:
*Terlebih dahulu ikan direbus dengan air dicampur asam keping, cili hijau, garam dan gula melaka ( mau sedap biarkan semalaman)
* tumis bahan blender dikuali sehingga naik bau. Air santan direbus terlebih dahulu sehingga terbit minyak dgn api yg kecil, selepas itu bolehlah diletakkan bahan tumis dan gaul sebati, pastikan api kecil dan sehingga air santan mendidih
*masukkan ikan yang telah direbus, letak timun, capsicum dan cili merah akhir sekali letak air rebusan ikan tadi dan baki santan sehingga masak.

Selamat memasak ;)





No comments: