Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Saturday, March 26, 2011

Resepi Laksa Nyonya Melaka

Salam dan selamat malam

baru jek tadik siap ber'Earth Hour" walaupun cuma switch off the light.. tv dan lappy sambil di terangi candle light menjadikan suasana yg lebih romantik bagi kami berdua suami isteri sambil menghayati dinner kami, alahai bertambah2 kecintaan saya kepada suami.. ic man, itulah indah berkasih sayang dengan ikatan yang halal toyibb.. ekekeke.. alamak merapu pulak aku, well ini pulak aku nak letak gambar kew tiaw Laksa Nyonya Melaka, dan kew tiaw neh sebenarnya yg jenis kering yang cuma ada dijual kat sabah sebab saya tak pernah nampak di semenanjung pernah jg cari waktu belajar kat sana kan, tp taktaulah kalu dah ada sekarang kan..

Resepi ini dah lama saya buat cuma sekarang jek baru merajinkan diri tuk letak resepinya, terkenang2 pulak keenaknya laksa nyonya melaka yang selalu menjadi santapan di Cafe Apple 1B Kota kinabalu, sebab dah jauh sangat saya pun cubalah buat tuk lepas gian .. Alhamdulillah bolehlah.. kekeke, sapa2 yang nak buat tu leh lah try resepi neh ye..



RESEPI LAKSA KEW TIAU NYONYA MELAKA


BAHAN A:
1 bungkus kew tiaw kering ( boleh digantikan dgn apa jenis mee yang anda suka)
35ml minyak masak
**3 ulas bawang putih
**1/2 inci halia muda
** 2 biji bawang merah
** 2 batang serai
**1/2 inci lengkuas
** 1 t/s serbuk kunyit
**1 t/s serbuk cili
** 1/2 t/s serbuk kari
10 kuntum daun kesom
setengah batang hirisan daun kantan
( ** dikisar bersama )

BAHAN B:
200ml air
20gm pes asam jawa
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa

HIASAN:
Lobak merah yang dipotong
Jeruk Lobak
Sayur sawi
isi ayam | dikukus dan dihiris
4 biji cili merah
Tauge
Udang
Tauhu
Kek ikan secukupnya | dicelur dan dihiris
1 biji telur rebus
Bawang goreng secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan A kecuali mihun sehingga wangi
2. Selepas itu masukkan air dan kacau rata sehingga 10 minit.
3. Masukkan santan, asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan Kew Tiau ke dalam mangkuk bersama bahan hiasan.
5. Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.

Ok ini adalah Mee Kew tiau kering ye, dalam pinggan tu saya dah rendam dgn air panas dan letak kicap cair soya



nota kaki** resepi ini ada yang saya modify sedikit mengikut citarasa saya.. minta maaf ye ;)

Sotong Bakar Ala Portugis

Salam..
Selamat Petang.. Dilaporkan kudat mendung dan hujan renyai2 dari semalam hinggalah ke sekarang, sungguh heaven tido time2 sekarang ini takpun layan makan kuih panas dan layan kopi atau pun teh.. adoii asyik nak makan jew.. tadi tengahari saya dan suami bergabung masak tuk tengahari ingat nak upload tapi memandangkan laptop senior neh tak support, terpaksa ditangguhkan dulu.. Alhamdulillah sungguh sedap bila suami dan isteri masak.. insya allah nanti di upload. .menunya simple sahaja tapi bila masak dengan penuh kasih sayang dan chenta mmgler meletup kan.. kekeke..

ok neh resepi sotong Bakar ala portugis, teringat pulak dulu2 time kerja kat subang jaya, kalu balik lewat mesti singgah kat giant seksyen 13 tu dan pegi makan kat medan selera dalam tuh selalu jek order nasi putih dgn sotong bakar neh dan layan pulak sup utara pulak tu time lapar2.. takyah nak cakap orang yg lapar jek tau yek.. ok bnyk pulak melalut aku neh.. so layanzz this piccas and the resepi.. ye..


Bahan2 ( dikisar )
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1/2 bunga kantan
5 batang cili kering ( yg sudah direndam dgn air panas/ di didihkan, takpun guna cili boh yg siap dijual )

Bahan B
4 helai daun kesom
5 batang bendi ( campurkan sekali sayur dalam sotong tu bila di bakar ) * optional
2 helai daun limau purut

cara memasak
- panaskan kuali dan tumiskan bahan2 kisar hingga wangi
-letak garam, jus limau nipis, sos namla sotong sedikit gula dan serbul perasa
-- Lumurkan bahan tersebut dengan sotong, letak sayur bendi -
dan bungkuskan dgn daun pisang /foil
- siap untuk dibakar.

" Selamat Mencuba "

nota kaki: check label Masak2 ye sapa2 yang nak resepi masakan dalam my album di facebook ;)

Friday, March 25, 2011

Kew Tiaw Celup

Salam..
oppss.. ini kali upload gambar Kew Tiaw Celup, ini gara2 mengidam nak makan kew tiaw celup dan terus google resepi kat internet, Alhamdulillah dapatlah merasa dan melantak walaupun tak sama macam kat restoren Kat Subang time2 belajar kat shah alam dulu.. Oklah just sharing this pic and simple resepi sebab dah mengidam sangat nak makan.. so korang layanlaa ye.. hihi..


Kew Tiaw Celup

Bahan A (Untuk Sup)

3 bawang putih
2 bawang merah besar
1/2 Halia
1/2 Lengkuas
1 batang serai
Sup bunjut ( koyakkan dan ambil isi)
1 batang kiub ayam
( Kisarkan bahan ini )
Masukkan daging ayam,rangka ayam, perut daging, daging
setelah sup mendidih
masukkan bawang goreng dalam 3 sudu,
hirisan daun sup
daun bawang

Bahan B

Kew Tiaw
Jeruk lobak
Taugeh
Daun bawang
sayur kangkung
Celupkan dalam sup
- taburkan Kacang hancur, bawang putih goreng, crispy chili prawn

hehehe.. ini dia kew tiaw celup versi orang sabah.. selamat mencuba.. ;)