Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Sunday, May 15, 2016

Alhamdulillah.. Aku memblog lagi 2016 im come back

Assalamualaikum

hi selamat malam semua, punyalah lama tidak memposting kan.. since 2013 semenjak aku kehilangan orang yang paling aku sayang iaitu almarhum ayahanda ku. bukan senang melupai memori lama. apa lagi aku yang anak sulung, tiap kali menaip air mata turun macam air paip juga, boleh2 aku sibukan diri waktu kenduri almarhum ayahanda ku dengan apa seja aktiviti.. tau ramai yang mengata, anak apa tinggalkan kenduri tapi mereka sendiri tidak merasa apa yang aku rasa, tiap kali habis berniaga di pasar tamu. seolah olah aku terlihat arwah bapa sedang menunggu dihadapan pintu tanya "habiskah jualanmu".... alamak menaip ini menangis..Al Fatihah. bapa kolah sumber kekuatan ku..

2 mei 2014 pulak kisah hitam kami suami isteri dan anak angkat kami.. aduii ini pun payah mau cerita, eksiden berlaku.. ya Ampun.. Allah swt masih sayang kat kami tapi, anak angkat meninggal semasa perjalanan ke hospital.. sewaktu melalui fasa kehilangan kami diuji dengan tidak dipeduli kan, Allah sahaja tempat kami meletak pengharapan, di uji dengan kehilangan orang tersayang, di uji dengan kasih sayang tempat mengadu dan juga diuji dengan kasih sayang suami. masya Allah, memang indah kasihNya Allah kepada ku.

disember 2015, kami kehilangan orang yang tersayang lagi.. ibu mentua ku, nasiblah dengan izin Allah sempat juga bertemu denganya kali kedua sewaktu bercuti raya korban di medan. Allah cantik sungguh aturan mu walapun waktu tu kewangan ibarat cukup cukup makan tapi niat kerana berukhuwah itu ko permudahkan urusan kami. berjumpa lah dengan sanak saudara ahli keluarga adik beradik suami berkumpul beramai ramai, dan tarikh keramat itulah juga ibu mentua telah meninggalkan kami semua. alhamdulillah suami sempat menabur bakti sebelum mentua meninggal. dan Allah permudahkan aturan perjalanan suami dengan kewangan yang ciput. Allah Maha Suci Engkau Maha Pemurah dan Pengasihani. Kun Fa Ya Kun. mungkin agaknya kuasa visual dan niat itu yg dipermudakan oleh Nya.

apapun masa berlalu dengan pantas 2016. azam baru semuanya serba baru spendet pon baru.. hehehe..

oh ya. alhamdulillah 4 bulan kami stop berniaga. apapun satu peningkatan dalam hidup kami, orang rajin yang sentiasa berusaha meningkatkan kehidupan orang lain memang pintu rezeki sentiasa ada. itukan sudah janji Allah ya pastinya. banyak asam garam selama 4 bulan ini dan biarlah Allah swt sahaja maha mengetahui. dan yang pasti orang berilmu itu sentiasa move on secara positif, eh bukan aku yang cakap DR Azizan dan  itulah tindakan yang aku ambil bersama sang suami. rezeki itu hadir daripada doa, dan hadir  di tempat yang jelas. berniaga itu mengajar kita meletakan harapan sepenuhnya kepada Allah swt. tidak kisahlah berniaga apa.

PROJEK?.. syukurlah kalau ada rezeki melalui projek kan.. tapi biarlah.. harum apapun peluh yg menitis daripada tubuh kami dan berniaga ini biar Allah sahaja yang menilai. tidak perlu takut yang kita takut bila kita diberi kesenangan kita lupa tanggungjawab kita terutamanya 5 waktu kepada Allah SWT.

apapun ok cukup dulu.. start lagi membuat kerja walaupun tidak berbayar tapi adalah bayaran nya nanti.. hehehe..

la tahzan innallaha ma'ana
Man Jadda Wa jadda
Hasbunallah wanikmal wakeel
Rabbi Yassir wala tu assir, Rabbi tammim bi khair.

No comments: