Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Monday, June 11, 2012

Good Morning my love

uhuk2.. terbangun jam 3.00 pagi ini.

terus tak boleh nak lelap, kalau time aku bersih mesti bersungguh2 nak buat solat sunat ini. apapun alhamdulillah sebab aku masih diberikan peluang untuk bangun, mencari ketengangan di 1/3 malam sehinggalah aku berjaya untuk mencuci kain selimut yang tebal akibat ketembusan. memungut manga2 masak dan juga menyiram pokok bunga dan pokok lada ku. kasian ku lihat tanam-tanaman ku semuanya sudah seperti mau layu. itulah pemalas kan.. hehehe

well, mau cerita apa ya di awal pagi ini.?? oklah cerita tentang pertandingan netball hari itu. alhamdulillah berjaya juga. walaupun semuanya dibuat secara last minute tapi syukurlah berkat kerjasama wonder pet, eh bukan power puff girl akhirnya pertandingan tersebut berjalan dengan lancar sehinggalah ke hari penutupan/perasmian. Johan Anak Sabah Junior (1). bagus2 ada peningkatan apa yang penting kerjasama dan semangat sukan itu. main elok2 jangan gaduh2 enda best kan, pertandingan seperti ini juga salah satu untuk merapatkan ukhuwah dan meluaskan network. terutamanya siapa2 yang ada business itu, sila2 lah keluarkan kad buzniz dan boleh di edar kepada teman2 sepermainan dan juga yang lain2. hehehehe.

ok lagi cerita untuk persiapan Pesta Kelapa di Daerah Kudat pada 28-30 jun ini... alhamdulillah sebab dah awal booking tempat meniaga so sekarang ini nak short list keperluan untuk meniaga nanti, dan produk2 yang dijual laksa penang, nasi tomato dan rojak buah minuman2. hehehe. cuma kekangan kakitangan sahaja. harap2lah adik2ku ini mood bagus dan boleh tolong aku. well sesiapa sabahan yang duduk daerah lain, bolehlah datang tengok aktiviti dan program semasa pesta kelapa ini ya.

oklah rasa dah mengantuk, dah jam 6.53 am. nak tidur sekejap sebab hari ini nak masak2 banyak, malam tamu kan.. orait bebeh. till we meet again on my next post.

Monday, June 4, 2012

im back.. cecerita lagi..

Ok im coming back...

2 hari off, sabtu dan ahad balik ke kampung sebab adik sepupu buat kenduri nikah. Alhamdulillah semoga rumahtangganya sentiasa berada dalam sakinah, mawaddah dan warahmah. Amin ya robb. ikutkan hari ini naik rumah pihak lelaki ( belah sepupu kami ), singgah sekejap jak tadik kat rumah sepupu sebab hari ini isnin,. jam 1.00 kena bergerak balik ke kudat. Esok selasa kami nak buka gerai, di pasar tamu kudat. sumber rezeki kami suami isteri. kebetulan stok kopi jantan baru jek sampai.. bzlah sikit nak mengurusnya. rabu kena hantar kepada stokis kami di Kota Marudu. Untung sikit sahaja.. tapi Alhamdulillah, terasa sangat berkat duit perniagaan kami..

ikutkan malam isnin ini aku ada tuition class untuk anak-anak jiran ku tapi terpaksa cancel dulu kerana dek keletihan.. semua last minute nak buat kerja, sandi juga mau asingkan isi ikan dari tulang, blender isi2 ikan kan. nasiblah ada dua pembantu kecil kami, bolehlah nak rehat2kan badan sambil lekatkan sticker kat paket kopi dan juga promote kuih-kuih kering kak ipar ku. tolong menolong orang kampungkan.

sandinya... mau habiskan cerita ini.. oklah here i post my piccas.. sapa2 sabahans yang berminat bolehlah pm saya ya ... hehehe..



kuih kering yang di bungkus harga rm2.00

kopi jantan natural herbs with stevia 13 gram sepaket. kopi gred A+ ini..

Friday, June 1, 2012

Happy Weekend!its holiday..

salam.. I'mBack

lama dah menghilang dari dunia blog, rindu nak mencurahkan perasaan hati diruangan ini.. opss jangan jadikan blog untuk luahan perasaan ye. hehehehe

hari ini, dah sabtu supposed semalam dah kena bertolak balik kampung sebelah bapa sebab anak mama tua ku nak buat kenduri nikah, tapi tak dapat atas masalah kereta ini. tayar dua belah dah nipis sangat tadik pagi sempat lagi suami aku tunjuk bukti tayar kereta dah nipis.. sebelum bugdet diluluskan . hehehehe.. biasalah wife ini kan multi position dalam rumah, aku merangkap menteri kewangan bila dah tengok dan juga boleh membahayakan keselamatan kami terus approved budgeting negara. ok suami pon dok senyum2 sebab boleh tukar tayar ( itupun cari tayar budget tapi berkualiti ye ).

Tadik awal pagi dah terjaga sebab terdengar alunan zikr Hafiz Hamidun best sangat dengar dan suami kejut aku suruh packing barang apa2 yang patutu dan barang pertama yg aku packing iaitu kain baju kotor. hehehe.. cuci jekkat kampung besttt..air banyak bukan macam kat daerah aku ini.. tekanan air rendah.. huhuhu..budget air nanti susah pulaktime aku nak berniaga. banyak nak guna air.

klaa.. nak jalan dah.. tata..