Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Thursday, November 10, 2011

111111--nice date... ;)

cantek date tuh.. dan tengok dalam blog, kebanyakkan tajuk utama yang sama macam aku..itu belum lagi shout out dalam twitter dan facebook, meriahhnya makcik. hehehe tak kisah lah bah masing2 punya blog kan. jadi aku pon tumpang juga mau letak tajuk ini tiada yang istimewa pon cuma yang berkatnya jatuh hari jumaat. masing2 nikah dan melahirkan anak amek berkat jumaat.. mudahan-mudahan kita diberi keberkatan oleh Allah SWT. Amin ya robb.

tadik bangun pagi jak terus shout out pasal tarikh ini, lepas tu rasa bersyukur2 sangat dengan Allah swt sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat dan kurnian dariNya. yalah biasa manusia tidaklah semaksum nabi, kadang2 ada rasa putus asa menguasai perasaan sedangkan baru diuji sedikit sudahlah mengeluh, tak cakap sesiapa pun aku cakap untuk diri aku sendiri. padahal apa sahaja yang diberi itu adalah sebab Dia masih prihatin kepada kita. Ya Allah terima kasih banyak2. walaupun keadaan sekarang tidak seberapa tapi aku masih ada Mu untuk bersama aku.

Tadik sempat juga ke pasar, beli mee kuning, tauhu, fishcake, sayur taugeh tempe dan specialnya durian. rezeki hubby aku lah ini. memang hantu durian, peniaga tu dah cop muka hubby terus offer rm10 for 4, tanpa tawar menawar terus bungkus. haiyaaaa fahamilah kehendak suamimu wahai isteri terchenta..degup jantung suami ku bilang. hihi.. tu tak termasuk lagi bahan2 niaga yang lain dibeli.. terbang duit... hari ini jak tau.. esok stop shopping just window shopping jak.


planning hari ini, nak tambah produk terbaru, since ikan dah naik harga sempena cuti2 ikan sebab dah 15hb kalendar arab, so takde bahan untuk buat kuah laksa, ikan yang lain ada tapi pembeli dah imun dengan rasa kuah isi ikan kembung takkanlah kita nak tipu pulak kan, jadi cadangnya nak buat mee rojak dan laksa nyonya melaka, yang terbaru bubur ayam ala2 Mekdi mendapat sambutan. Alhamdulillah. kawan2 blogger yang lain bagilah saya idea yg penting simple2 dan kira komersial dan mampu beli oleh pembeli daripada pelbagai lapisan. ewah2.. ;)


oklah nak stop dulu... nak prepare bahan jualan dulu, selamat menjamu selera di tengahari jumaat. gambar ini lauk pauk semalam. hari ini baru nak masak. neway enjoy your lunch.

daging kentang goreng kunyit, sup daging acar timun bertelur.

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Sup daging + air isi kelapa



Bahan A BUMBU sup( blender)
5 biji bawang merah
4 ulas  bawang putih
2 inchi halia, lengkuas
3 batang serai
2 biji sup bunjut ( buka kain )
1 s/k jintan manis
1 sudu besar biji lada hitam
2 sudu besar serbuk lada putih
1 paket serbuk sup
1 s/k kerisik
2 sudu besar gula merah
garam

Bahan B
* 1 kg tulang lembu
* 3 batang serai
* 2 inci halia 
* 3 biji kentang
* 2 biji kelapa muda ( ambil isi dan air)
*daun sup / bawang
* 1 paket kecil bawang goreng

Bahan C ( sambal kicap )
* 20 biji cili padi ,3 ulas bawang putih, 3 biji bawang merah, belacan, gula dan garam dan kicap manis 
( blend sekali dan masak sekijap sehingga terbit minyak )

Cara memasak
* sementara itu, masukkan minyak dan tumis bahan A hingga terbit minyak matikan api
* tumis juga bahan C sehingga terbit minyak.
* rebus tulang dan isi lembu dengan serai dan halia sehingga lembut, masukkan kentang , masukkan separuh bumbu ( 1/2bahan A yg telah dimasak ), sedikit bawang goreng , daun sup, daun bawang , letak garam dan serbuk perasa dan letak air kelapa dan juga isi kelapa. masak dalam 20 minit dan boleh dimakan. ;)

*letak separuh Bumbu / perencah yang dimasak, bakinya boleh digunakan untuk memerap daging, ayam dan boleh di panggang / disalai atau digunakan semula untuk dijadikan bumbu sup. 
* untuk sup daging kelapa bakar, bakar kelapa sehingga hangus, keluarkan isi dan air dan letak dalam periuk yang berisi daging tadik. dan tak dicampur bumbu yg banyak mcm yang saya letak ini.
* tapi saya prefer sup daging kelapa tanpa dimasak. :)


Selamat mencuba



Resepi Gulai Ikan Kayu/Bakulan

Abaikan Hiasan tu ye..

 Bahan A ( blender)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inchi halia, kunyit, lengkuas
15 batang cili kering
2 sudu besar kelapa parut.
(boleh juga dicampur dgn serbuk kari ikan blend sekali : yg ini versi tongkol ganu)

Bahan B
1 ekor ikan kayu / bakulan
5 keping asam keping
1 biji timun ( dipotong )
2 batang cili merah (buang biji)
1 biji capsicum hijau ( belah dadu)
air santan

Cara Memasak:
*Terlebih dahulu ikan direbus dengan air dicampur asam keping, cili hijau, garam dan gula melaka ( mau sedap biarkan semalaman)
* tumis bahan blender dikuali sehingga naik bau. Air santan direbus terlebih dahulu sehingga terbit minyak dgn api yg kecil, selepas itu bolehlah diletakkan bahan tumis dan gaul sebati, pastikan api kecil dan sehingga air santan mendidih
*masukkan ikan yang telah direbus, letak timun, capsicum dan cili merah akhir sekali letak air rebusan ikan tadi dan baki santan sehingga masak.

Selamat memasak ;)





Tuesday, November 8, 2011

TERIMA KASIH SILENT BLOGGERS

SELAMAT HARI RAYA IDULADHA & KORBAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM, DAN SEMOGA UMAT ISLAM YANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI MENDAPAT HAJI MABRUR. AMIN YA ROBB.

selamat pagi, setelah lama tidak mengupdate kan content blog ini sudah bersawang2, sebenarnya tiada idea tapi alhamdulillah bila tengok ada juga bloggers yang rajin  ke blog saya mungkin terjumpa blog ini dari google. ataupun kawan2 facebook saya yang melihat resepi. terima kasih kerana memeriahkan dan menaikkan trafik blog saya. hehehehe.. takpe saya halalkan perkongsian ilmu. resepi tuh pun resepi kampung2 sahaja. tiada yang special.

Memang susah juga nak cari idea untuk memblog, sebenarnya nak letak gambar2 masakan saya yang tak seberapa ini supaya kawan2 senang nak cari dan berkongsi. kawan-kawan yang ada blog jangan lupa tinggalkan jejak anda ya teringin juga nak melawat blog anda dan nak berkawan2.. :) hihihi

Letih betul hari ini sebab semalam tamu, ingatkan hari ini ada Program Rakyat 1Malaysia di dataran tomborungus, pa lagi saya dan suami pulunlah tambah2 produk jualan tapi tak jadi lah pulak. alhamdulillah produk habis juga terjual. Rezeki dari Allah SWT. Program itu di tunda selasa hadapan.harap2 ramailah pengunjung dan para peniaga pon murah juga rezekinya yelah dah dipertengahan bulan. faham2 sajalah. :)

Raya iduladha tahun ini pulak kami decide raya di kudat sahaja, parent dan adik beradik balik kampung. Suami ada program yang padat tahun ini, jadi tukang sembelih korban. rezeki daging korban pun melimpah2. ya Allah. dah beberapa hari asyik masak daging korban. hari ini pulak nak masak sup tulang lembu special. Specialnya tu sebab bumbu/perencah mak mentua ajarkan.. hehehe MIL memang niaga bakso jadi buat sup2 ini memang dah kepakaran dia la. nasib baiklah sempat belajar. tu belum sambal kicap special dia lagi.. meletoppsssss laaa. hehehe.

oklah yg ini tak tau lagi bila nak memposting,... selamat berblog dan berblog walking.. jangan lupa tinggalkan jejak kawan2 ye. terima kasih datang lagi ;)