Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Monday, September 19, 2011

cerita aku sajee..

Selamat pagi semua...

Bangun pagi tadik, 7.40 pagi.. lewat sikit sebabnya cuti2 malaysia..
sebenarnya dah bangun jam 4 pagi tadik, kejutkan suami sembang2 sat sambil bincang2 keperluan untuk berniaga nanti, solat subuh dan akhirnya suami lewat terjaga. passenger dia dah dok call, yelah dah terlewat nak pergi kerja.

Kali ini mood berblog macam terlebey2 pulak, yelah dah ada mood ini posting entry jeklah dah blog aku kan.. suka hati kita lah kan. :).lagipun selama ini asyik blog pasal makanan dan resepi pulak.. sebenarnya ada perancangan nak buka satu blog khas untuk resepi2 masakan aku je so senanglah kawan2 yang nak resepi takdelah terbaca content merapu2 macam ini. hihihi.

 Semalam suami dah jumpa owner gerai tuh, sambil tu tengah tunggu juga info dari seorang hamba Allah yang nak bantu kami dapatkan tempat untuk berniaga, so we just choose the best for us .. ada choice kenalah pilih yang terbaik kan.. tapi bila dah dapat yang satu ini amek jeklah lagipun trial for a month, yang lain2 tu serah padaNya sahaja. janji usaha dan terus usaha.

Berniaga ini sunnah, bila niat yang betul insya allah akan dipermudahkan.Yakin dengan Allah. tipulah saya kata takde masalah. lebih2 bab kewangan tapi since berniaga di bazaar ramadhan tempohari , alhamdulillah nampak perjalanan berniaga seharian macamana, pengendalian kewangan. bukannya takde basic. mmg ada. tapi yang ini pon bergantung pada disiplin. Ada rasa penyesalan sewaktu bekerja tempohari tak cukup menabung tapi terlebih menabung kat saham shopping complex. hihihi.. its ok laa yang dulu biarlah berlalu. usah dikenang2 jadikan pengajaran kan.

saya rasa memang patut saya letak entry semua ini kat dalam blog, sebagai pemangkin semangat saya dan suami bagaimana payah dan susahnya melalui semua ini, terkejar kesana kemari kejar, i think mmg naik boring jglah orang dek kerana kami. sometimes i asked people a lot who are experience about this business tapi ada jg buat enda tak endah. tak taulah kalau mereka busy atau sebaliknya. berbaik sangka sahajala. i know it is just a small business gerai2 biasa tapi tak salah rasanya nak collect knowledge and people experience.lagipun itulah diri saya. lain orang lain caranya ye tak.

sambil2 itu draft kertas kerja for my future business, the problem is MODAL sahajalah. insya allah kumpul2 modal dahulu. nak minta bantuan PAMA pon dah cukup banyak dah mereka invest kat saya so nak tak nak saya kena cari kerja . just now waiting for my application and the business mungkin my hubby yang akan handle nanti.

So untuk mereka yang bakal2 berniaga dan bakal usahawan2 muda..
Get prepare yourself.. banyak hal mendatang yang tidak disangka2...
Sentiasa positif , rajin , disiplin dan tambah ilmu di dada..
yang penting. Usaha, Tawakal dan doa. ( peringatan untuk saya ye! :)

No comments: