Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Monday, September 19, 2011

Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan

Im back.

kali ini cerita pasal gerai atau tapak berniaga kami setiap hari maksudnya sini kami akan berniaga tiap-tiap hari itupun kalau nak duit, tak nak duit cuti la ye.. ekeke., adakah patut cakap macam tu memang tak patut. sebenarnya kami suami isteri bercadang nak menjual laksa setiap hari di Medan selera Pasar malam di tempat saya, yg ini pun atas permintaan pelanggan, selama ini kami cuma menjual setiap petang selasa sehingga produk habis dijual. cuma jual laksa penang, sambal udang dan bilis serta nasi tomato, lauk ayam masak merah dan acar timun. Alhamdulillah setakat ini jualan memberangsangkan walaupun ada ketikanya produk tak habis biasalah berniaga kan.

Sewa rm150 sebulan, tapi owner tuh minta 2 bulan deposit macam sewa bangunan jek padahal gerai kecil yang dimiliki oleh Lembaga Bandaran seja punn, dah cukup baiklah tu syukur jeklah tapi aku minta tempoh percubaan selama sebulan tengok kalau2 dapat sambutan kami akan bayar lumpsum, haarap2lah dipermudahkan urusan berniaga dalam cuaca yang tak berapa nak semangat ini almaklum baru lepas raya, duit2  pon berkurang ramai yang mengeluh sebab duit gaji dah berkurangan.. hihi.. yang gaji bulanan pon dah terasa sangat ini kan mcm kami. tapi alhamdulillah setakat ini boleh bernyawa lagi.

Harap2 dipermudahkan segala urusan, kita hanya mampu merancang, strategi A hampir2 tercapai dan sekarang untuk merealisasikan prosesnya sahaja. untuk permulaan cuma jual laksa sahaja sebab ini sahaja yang dapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Insya allah. doakan kami. pelan2 akan submit produk sampingan. hihi aku nih cakap macam nak buka buzniz besar sejalaa..

wokeylah.. best cerita pasal cita-cita ini.. nanti aku update lagi.. pepun tawakal dan usaha. rezeki ada dimana dan sumber rezeki tu 9/10 dari berniaga kan.. janji niat berniaga kena betul. Amin ya robb.





2 comments:

~izan~ said...

semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya..sedapnya laksa. adehh lapar plak walaupun baca perkataan laksa aje hehe

Good Wife, Mom to my family. said...

mytwins izan, thank u so much for your true support, insya allah moga2 buzniz kita berjalan lancar ye. ;)