Unforgettable Day

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, June 8, 2011

resepi Nasi tomato & Ayam masak merah

Salam,

hehehe, hari ini memang pulun taip resepi sebab saya tak nak menghampakan permintaan customer, tidak mengapa sekali sekala kita boleh berkongsi resepi.. dan ucapan terima kasih banyak2 buat pelanggan saya yang masih tidak jemu2 dan serik membeli nasi tomato dan laksa walaupun kekadang ada rasa kekurangan tapi tetap gumbira rasanya sebab sedikt sebanyak telah menyumbangkan sesuatu kegumbiraan kepada mereka. yelah kenyang perut hatipun suka kan. so sukacitanya saya berkongsi resepi ini.



RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH

BAHAN

Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
2 s/b majerin
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak majerin hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil,bersihkan dan letak kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
2 S/B tomato sos


bawang besar,potong gelang
minyak masak
Garam, gula

Cara:
1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat

nota kaki: selamat mencuba ya.. :)

No comments: