Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, June 8, 2011

Ikan pari & terung masak kicap kantan

Sorry untuk sahabat fb saya yang dah request resepi ini since monday lagi.. maaf ya almaklum selasa saya berjualan so isnin memang saya bz2 yg tersangat tetapi apapun saya tetap online sebab internet lah tempat saya memasarkan produk dan bermarketing.. kekeke.. so yang ini masakan mmg pelik sikit.. yakah?? janji sedap dan menawan orang yg dsayangi kan. lagipun saya fikir masakan ini mudah.. sekaligus main campak sesuaiii sgtlah untuk mereka yang berkerja. cuma aroma dan rasa tu lain sedikit sebab penambahan bunga kantan. sekali sekala kenalah kasi lain2 sket rasa lidah tu kan.. kekeke so .. check it out.. ;)

IKAN PARI DAN TERUNG MASAK KICAP KANTAN


BAHAN-BAHAN
ikan pari dipotong
terung potong 1 inci bulat

BAHAN A
1 inci halia ( dihiris)
i biji bawang bombay ( hiris)
3 ulas bawang putih ( hiris)
2 inci kantan ( dihiris halus2)

BAHAN SOS
1 tbspn kicap pekat
1 tbspn kicap manis
1tbsp sos tiram
garam
gula

CARA MEMASAK
IKAN PARI diperam dengan serbuk kunyit, serbuk perasa maggie, dan sedikit cuka dalam 15 minit
selepas tu bolehla digoreng hingga garing, dan diikuti dengan terung yang dipotong digoreng separuh masak,
dan guna minyak menggoreng tadi, kurangkan minyak sekiranya banyak.
masukkan hirisan bawang, halia, b.putih hingga naik bau, dan masukkan hirisan bunga kantan,
masukkan bahan sos tadi.. sedikit air tepung dan boleh dimasukkan terung dan ikan pari akhir sekali letakkan lah bahan hiasan seperti tomato :).

nota kaki: penggunaan garam dan gula tu korang pandai2lah adjust ye sebab bahan2 sos tadi dan ada perasa2 dan tersebut, manalah tau nak rasa masin, manis atau seimbang rasanya boleh tambah2 dan kurang2kan. janji kita gumbira sihat sejahtera kan ;).selamat mencuba resepi saya ini.. terima kasih daun keladi.. len kali boleh cuba lagi.. hehehe


2 comments:

~izan~ said...

sedapnyer..izan tak pernah plak masak macam ni..thanks share resipi nie..yummy!~

Good Wife, Mom to my family. said...

hi twinname.. ehehe.. ya bolehlah cuba nanti izan,sekali sekala create resepi lain plak.. sorry gambar tak chantek hehehe guna kamera cap ayam jek neh.. ngee