Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Friday, December 31, 2010

WHEAT KRUNCH MUNCHYS

SALAM AND SAYS..
HI2 TO 2011, AND BYE2 TO 2010.. ADAKAH AZAM 2010 TERCAPAI.. HMM ADALAH SIKIT2 KAN.. TAPI YANG PENTINGNYA WEIGHT AKU STILL MAINTAIN.. NAIKNYA CEPAT.. TURUNNYA MAK OII.. NAK MATI AKU DIET .. TAPI DIET SECARA SIHATLAH. APAPUN AZAM UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN AKAN SENTIASA BERSAMA. HIHI

OKLAH NAK KONGSI SIKIT, OLEH KERANA BANYAK DR TIDAK TERLATIH MEMBERI ADVICE PADAKU SURUH KURANGKAN BERAT BADAN, SO AKU KENA KURANGKAN LAH PENGAMBILAN MAKANAN YG TIDAK SEPATUTNYA WALAUPUN AKU SUKA MAIN MASAK2. ALHAMDULILLAH BERKAT KITA MASAK INI SEBENARNYA .. NAFSU MAKAN AKAN MENURUN. TAPI ITULAH AKU PULAK SUKA NAK MAKAN LUAR, DAHLE DUIT DAH KOPAK.. HAIYA TAKPERLAH SEKALI SEKALA BOLEHLAH MINTA BELANJA DGN HUBBY KAN.. KEKEKE


mula2 beli sebab suka kumpul bag2 free dalam tuh. tp lama suka plak.. ngee

OPPSS TERUSKAN INFO NEH.. TAK TAULAH SAPA2 YANG DAH PERNAH MAKAN WHEAT KRUNCH NEH.. TAPI DAH HAMPIR 6 PACKET AKU BELI .. DAN YANG AKU PERASAAN SANGAT BILA AKU LAPAR DAN BALUN INI TIME MALAM LER KAN.. AKU DAH KERAP MASUK DAN KELUAR TANDAS.. DALAM ERTI KATA LAIN PEMBUANGAN TAIK KU SUNGGUH LAWAS .. KEKEKE, DAN JUGA SEDIKIT INFO YANG KU DAPAT DARI BERITA ONLINE. KORANG BACALAH YE INI DARI MARKETER COMPANY WHEAT KRUNCH KUT. SILAKAN RAJIN2LAH MEMBACA YEW.


sentiasa berada dalam handbag ku.. abaikan gambar2 yg lain tuh. keke


Elak lapar dengan Wheat Krunch
2010/12/09
Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd.

SIBUK? Terkejar-kejar dengan urusan seharian sehingga tidak sempat makan? Usah bimbang. Dengan Wheat Krunch serat tinggi baru dari Munchy’s, anda tidak lagi perlu terkejar-kejar dan berlapar. Anda kini boleh `krunch’ pada bila-bila masa, di mana saja!

Lebih utama, produk terbaru dalam rangkaian Krunch Munchy’s berserat tinggi ini bukan saja lazat malah menyediakan khasiat yang diperlukan badan. Diperbuat daripada tepung dan bijiran gandum, Wheat Krunch tampil dalam bentuk yang menyeronokkan, angka 8, yang enak dikunyah di mana saja, pada bila-bila masa.

Memasuki pasaran November lalu, bentuk Wheat Krunch yang unik ini memudahkan ada menikmati keenakannya. Ia ideal untuk dicicah ke dalam secawan kopi atau teh panas dan ia juga snek yang ideal dari senja sehingga fajar.

Wheat Krunch baru ini sesuai untuk individu yang sentiasa sibuk ke sana-sini dengan pelbagai mesyuarat kerana ia membekalkan keperluan tubuh badan. Sama ada anda sedang menunggu kereta api, di persimpangan trafik atau berjalan ke kenderaan, Wheat Krunch adalah makanan tambahan terbaik untuk gaya hidup aktif.

“Gaya hidup sibuk yang diamalkan wanita dan lelaki hari ini lazimnya bermakna mereka sentiasa kesuntukan masa untuk makan. Di Munchy’s, kami sentiasa mencari cara baru untuk menangani kelaparan pengguna dengan snek yang sihat dan berkhasiat.

“Wheat Krunch adalah penambahan terbaru kami kepada rangkaian Krunch ini . ‘Anda boleh ‘Krunch’ pada bila-bila masa, di mana saja!, bermakna anda boleh mengunyah di dalam kereta dalam perjalanan ke tempat kerja, sebelum anda ke gimnasium atau pada bila-bila masa anda terasa ingin mengunyah sesuatu yang lazat dan berkhasiat,” kata Pengurus Besar Pemasaran, Munchy’s, Edward Chen.

2 comments:

❤As time passed by....❤ said...

Salam zan..
Sama ler kita...
aku pon suka makan wheat krunch nih...
kadang kesibukan waktu kerja membuatkan aku tiada masa mo makan...so bila makan krunch nih..terasa perut kenyang...hopefully bole turunkan berat badan....hehehe...

Good Wife, Mom to my family. said...

tu la kan kak.. besttt makan biskut neh.. hihi