Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Friday, December 31, 2010

BYE2 2010, WELCOME 2011

salam korank..
buat apa detik menjelang tahun baru neh? aku ddk jek kat depan laptop neh, tak larat nak kuar malam2 neh.. dah memang duduk kampung kan..
ntah apa2 ku google.. tapi mmg minat surfing internet kan.. nak wat camne..
nasib baik ada hobi neh. takdelah aku bosan sangat...
Apa azam baru korank? azam tahun 2010 ada ke yg tercapai?
So.. perkemaskanlah azam anda ye?
oklah nak sharing sket info tentang azam...
harap2 dapat panduan dan tips untuk meletakkan azam baru anda.. tata.. titi.. tutu..




Sepanjang 2010 ni, mesti Anda ada keinginan mahu mencapai sesuatu, kan? Itulah azam.

Azam ni Anda dah set pada hujng 2009 ataupun pada pertengahan tahun 2009. Tak semua orang berjaya mencapai azam pada tahun 2010 ni. Berikut adalah 3 sebab utama kenapa azam 2010 Anda gagal dicapai.

1. Anda Didepani Masalah.

Anda berdepan masalah dari berbagai arah misalnya masalah kewangan (duit asyik tak cukup), masalah perhubungan dengan kawan-kawan (tak ngam tune), kesibukan di tempat kerja, kesibukan mengurus keluarga, strategi Anda tidak mendatangkan hasil seberapa, usaha menemui kegagalan.

2. Anda Malas Lalu Hilang Semangat.

Ada sesetengah orang meletak azam mahu memiliki sesuatu seperti kereta baru, rumah baru, kerjaya baru, gaji baru, sumber pendapatan baru, bini baru (opss!). Uuntuk mendapatkan sesuatu, dah menjadi lumrah dunia Anda akan melalui kesusahan terlebih dahulu. Setelah berdepan kesusahan serta bermacam rupa masalah, tiba-tiba Anda rasa malas, tertekan dan hilang semangat. Akhirnya Anda berhenti berusaha. Azam cuma tinggal azam. Sekadar bermain di fikiran.

3. Anda Tidak Ada Mentor Atau Sumber Ilham

Kata orang-orang berjaya kata, apa saja yang Anda lakukan, perlu didahulukan dengan dua perkara iaitu ILMU dan MINDA. Bila ilmu Anda sudah ada, minda anda sudah positif, Anda perlu perkara ketiga iaitu seorang sebagai SUMBER ILHAM atau seseorang yang memahami azam Anda.

Orang inilah yang akan memberi semangat buat Anda, memberi sokongan serta dorongan. Dia adalah isteri Anda, kekasih Anda, ibu dan bapa, adik beradik, mungkin juga kawan rapat. Anda tidak boleh berseorangan. Anda perlukan seseorang untuk menjadi ‘booster’ semangat Anda.

Walau apapun azam Anda untuk tahun 2010, pastikan Anda tulis dan baca setiap hari untuk membuat minda Anda terfokus ke arah azam itu, bukannya kepada perkara-perkara lain. Minda Anda akan menarik orang-orang tertentu, situasi, benda dan perkara ke dalam hidup anda untuk membantu Anda mencapai cita-cita Anda, walau apapun ia.

info ( klik here )

No comments: