Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Thursday, December 30, 2010

20TIP KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK


TAHUKAH ANDA? bahawa lemak tepu yang berasal dari sumber berasaskan haiwan seperti daging, susu dan keju boleh menyumbat saluran darah dan menimbulkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, angin ahmar, penyakit jantung dan banyak lagi.

Sebenarnya ada teknik mudah yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda. Berikut tip yang boleh anda jadikan panduan.

1. Jika mahu makan roti, jangan menyapu mentega pada roti tersebut, namun jika mau sapukan sedikit dan nipis sahaja.

2. Elakkan makanan yang diproses seperti daging burger dan sosej.

3. Amalkan makan salada tanpa campuran mayonis.

4. Hindari makanan yang dimasak menggunakan minyak yang banyak.

5.Pelbagaikan cara Penyediaan makanan seperti dengan cara memanggang, membakar atau merebus.

6. Gunakan 2 biji putih telur untuk menggantikan 1 biji kuning telur.

7. Bataskan pengambilan makanan dari kekacang.

8. Gunakan produk berasaskan susu rendah lemak seperti yogurt atau keju rendah lemak.

9. Elak makan buah-buahan dalam tin. Amalkan makan buah segar. Juga kurangkan makan buah dalam bentuk pastry seperti pai.

10. Jika boleh, elakkan memasak ikan, daging dan sayuran menggunakan santan. Gunakan rempah ratus segar dan daun-daun segar seperti lengkuas, halia dan sebagainya. Gunakan sos rendah lemak.

11. Gunakan sos rendah lemak pada pasta atau mentega rendah lemak.

12. Tumis dengan menggunakan minyak zaitun adalah lebih baik kerana kurang kolesterol.

13. Makan buah sebagai ganti kudapan.

14. Makan yogurt sebagai hidangan pencuci mulut.

15. Gunakan perahan limau nipis sebagai dressing.

16. Pilih susu rendah lemak. Elakkan susu penuh Krim.

17. Pilih Keju jenis yang rendah lemak.

18 Bila memasak ayam, pastikan segala kulitnya sudah dibuang terlebih dahulu. Kulit ayam mengandungi kolesterol yang tinggi.

19. Bila memasak sup, buang terlebih dahulu lapisan lemak pada kuah sup sebelum dihidangkan.

20. Buang lemak yang terdapat pada daging sebelum dimasak.

Info from magazine Diet & lansing.

2 comments:

rlyza said...

diet jgn nda diet ijan...azam 2011...lucu pla gmbr ko 2 jan

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. said...

long.. ko cakap seja bah yg aku cute.. kekeke.. nasib baik lucu.. jgn lucah sudahlah.. along2.. keep blogging! chaiyo2...