Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Sunday, October 17, 2010

cherita ttg Perasaan Aku..



Salam..
lamanya tak memblog.. macam tiada semangat nak blogging dan berkongsi2 cerita disini..macam tak reti nak meluahkan isi hati ataupun apa2pun di dalam blog neh.. tak taulah kenapa.. mungkin juga tiada mood nak blogging.. tapi tak mengapalah.. sekarang nih dah posting pun.. tapi tak taulah siapa yang baca kan posting ku ini.. hihi.. apa2 jela..

petang jumaat baru2 ini ke kk sebab ada urusan seatle kan kereta baru yang tak baru tuh.. servis kereta/alingment .. dapat kereta ini time bulan puasa .. sebenarnya ikut kemampuan ku rasa kan mmg tak mampu nak beli kereta import ini tapi ada yang nak sponsor deposit alhamdulillah.. terima kasih mama ku.. walaupun second hand.. tapi monthly bolehlah nak bayar.. sebenarnya dah lama pun mama nak beli kereta tuk aku since aku belajar tp mmg lagilah tak mampu sebab fikirkan belajar banyk benda penting yang nak beli.. buku2.. dan mmg waktu aku belajar buku2 rujukan tak pernah kurang malah terlebey2.. Alhamdulillah.. dan sekarang dah dapat kereta neh pun aku dah rasa cukup bersyukur cumanya aku masih tak berani nak drive since umur 20 dapat lesen now nak masuk 30 ya Allah.. korang jangan kutuk aku ye.. lagilah dapat suami yg willing nak hantar kesana kemari.. walaupun terkadang merajuk juga sebab suami tak dpt fullfill on the time nak antar ketempat yang aku nak pergi.. apapun terima kasih suamiku tersayang... sanggup bersusah payah tuk aku. ;)...

so selama 3 hari 2 malam di tuaran, kg mama serta bermalam drumah my aunty aka rumah mendiang datuk , tiada la yg menarik apa2nya cuma berciter dgn adik sepupu yang akan menamatkan zaman daranya december nanti.. sibuk dan pening dia menguruskan hal2 perkahwinannya.. hihi.. macam tulah kalau boleh nak be perfection, tp biasalah mesti ada juga yg kurangnya... aku cakap kat dia be cool.. everything can be ease ...1st time dlm keluarga nak nikah tu yg gelabah.. aku dsana cuma menurunkan ilmu yg tidak seberapa neh.. sharing is caring kan.. sempat jugalah menjamu keluarga my anty dgn masak laksa penang.. hihi.. puashati .. sebab dah lama tak makan laksa kata sepupu2 ku neh.. syukurlah... next time kami datang bertandang try masak mee rebus lagi kata makcikku.. insya allah.. aktiviti makan2 bersama neh lah cara kami mengikat tali persaudaraan dgn mereka walaupun tidak seagama dengan kami.. tapi alhamdulillah ukhuwah itu tetap ada..

bercerita ttg budget 2011, Alhamdulillah macam ada peluang yg terbaik tuk penjawat sps dan yg paling gembira adalah sahabat2 skerja kami walaupun masih dilanda keraguan sebab belum ada kertas hitam putih yang kontrak akan disambung tahun hadapan. masih punya harapan untuk mencari kerja. cikgu2 disekolah betul2 berharap agar aku dapat disambung kontrak ini.. dan salah satu sebab neh jg aku jadi mood menurun sket, nasib baik suami sentiasa berada disisi dan sentiasa bg sokongan agar sentias berprasangka baik dengan Allah swt.. rezky terbentang luas.. cuma skarang perlu ada doa, usaha dan tawakal.. apapun yg berlaku pasti ada hikmahnya kan.. Amin ya robb..

No comments: