Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, June 8, 2011

Ikan pari & terung masak kicap kantan

Sorry untuk sahabat fb saya yang dah request resepi ini since monday lagi.. maaf ya almaklum selasa saya berjualan so isnin memang saya bz2 yg tersangat tetapi apapun saya tetap online sebab internet lah tempat saya memasarkan produk dan bermarketing.. kekeke.. so yang ini masakan mmg pelik sikit.. yakah?? janji sedap dan menawan orang yg dsayangi kan. lagipun saya fikir masakan ini mudah.. sekaligus main campak sesuaiii sgtlah untuk mereka yang berkerja. cuma aroma dan rasa tu lain sedikit sebab penambahan bunga kantan. sekali sekala kenalah kasi lain2 sket rasa lidah tu kan.. kekeke so .. check it out.. ;)

IKAN PARI DAN TERUNG MASAK KICAP KANTAN


BAHAN-BAHAN
ikan pari dipotong
terung potong 1 inci bulat

BAHAN A
1 inci halia ( dihiris)
i biji bawang bombay ( hiris)
3 ulas bawang putih ( hiris)
2 inci kantan ( dihiris halus2)

BAHAN SOS
1 tbspn kicap pekat
1 tbspn kicap manis
1tbsp sos tiram
garam
gula

CARA MEMASAK
IKAN PARI diperam dengan serbuk kunyit, serbuk perasa maggie, dan sedikit cuka dalam 15 minit
selepas tu bolehla digoreng hingga garing, dan diikuti dengan terung yang dipotong digoreng separuh masak,
dan guna minyak menggoreng tadi, kurangkan minyak sekiranya banyak.
masukkan hirisan bawang, halia, b.putih hingga naik bau, dan masukkan hirisan bunga kantan,
masukkan bahan sos tadi.. sedikit air tepung dan boleh dimasukkan terung dan ikan pari akhir sekali letakkan lah bahan hiasan seperti tomato :).

nota kaki: penggunaan garam dan gula tu korang pandai2lah adjust ye sebab bahan2 sos tadi dan ada perasa2 dan tersebut, manalah tau nak rasa masin, manis atau seimbang rasanya boleh tambah2 dan kurang2kan. janji kita gumbira sihat sejahtera kan ;).selamat mencuba resepi saya ini.. terima kasih daun keladi.. len kali boleh cuba lagi.. hehehe


resepi ikan 3 rasa

Assalamualaikum & hai..

lamanya tak memblog.. hehehe.. sorry sahabat semua sebab sejak akhir2 ini ada big problem yang perlu diselesaikan dan alhamdulillah semuanya dah selesai. Apapun itu lah dugaan dan cubaan kehidupan yang mematang kan fikiran. oklah mau posting resepi dari masakan yang tidak seberapa ini semoga sahabat2 surirumah, bakal2 isteri dan tunangan orang dapat manfaat masakan dari tempat saya ini. masakan yang simple dan sedap. paling tak pun boleh mengenyangkan orang yang anda sayangi kan. so check it out! ;)





RESEPI BAWAL 3 RASA

BAHAN-BAHAN
ikan dibersihkan
1 camb tepung jagung
1 biji telur putih

BAHAN A
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang bombay ( bawang merah besar)
1 biji bawang holland ( yg warna kuning )
3 batang lada merah besar
1 tin nenas
( semua ini hiris2, ikut yg anda suka , potong kiub pon boleh )

BAHAN UNTUK SOS
1 camb sos tomato
2 camb sos cili
1 tbs camb cili boh
1 camb sos tiram
1 camb kicap cair
1 tbs sos ikan
gula dan garam
2 tbspn perahan limau kasturi/nipis
( boleh juga guna sos plum/ lemon sos )

CARA MEMASAK
perapkan ikan dgn tepung jagung, telur dan selama 15 minit
dan goreng hingga garing
panaskan kuali, masukkan bahan2 A tadi, kecuali bawang holland, nenas
bila bau dah naik, masukkan bahan2 sos kecuali jus limau , gaul hingga sebati
masukkan nenas , hirisan lada merah dan bawang holland
masukkan air bancuhan tepung gandum dan kacau sekejap dan perahan jus limau
kuah tadik bolehlah di tuangkan ke ikan2 tersebut.

nota kaki: leh juga kalu nak letak lada benggala, timun kiub, tomato dan boleh tabur dengan hirisan daun sup/ ketumbar.. lagi satu, selain ikan kita boleh juga ganti ayam dan seafood yang lain, tak perlu risau sebab kita masak untuk keluarga kita kan, cuma kalu seafood jangan masak terlalu garing nanti isi tak sedap nak rasa ;) selamat mencuba kawan2 semua ..

Saturday, May 21, 2011

Resepi Assam Laksa

Assalamualaikum...

selamat bertemu lg... druangan masak memasak, kali ini nak post resepi Assam Laksa Penang, yang ini atas permintaan kawan2 facebook.. jadi saya postkan tp yang ini saya copy resepi dari Myresepi kepunyaan junjs11@myresepi.com, sama jek resepinya tapi mungkin ada perbezaan dari segi kepekatan, yg macam saya jual untuk berniaga so ingredient mestilah banyak sikitkan, berbeza untuk bagi makan sendiri., so kengkawan enjoy the receipi hujung2 minggu bolehlah buat, tapi kalu susah2 jek pegi beli kat gerai saya sahaja di setiap Tamu Rabu, setiap petang di Dataran Tomborungus kudat.. kut2lah sapa2 yang nak datang ke kudat jangan lupa ke gerai kami. Terima kasih :).


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang
Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
  5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas)



Assam Laksa siap untuk customer



Kuah Laksa yang still hangat dalam periuk


Kuah yang terakhir, yg ini kami yg makan.. hihi

p/s--> sesiapa yang ingin mengenali dan membeli produk kami di sekitar yang berdekatan area kudat jangan lupa contact kami ya. :)