Alhamdulillah hari ini terang bederang lagi.. lambat memposting hari ini sebab perlu buat kerja rumah dulu nanti petang nak pegi kk fetch my mom yang sudah siap dari berkursus selama 2 minggu, nasib baiklah anak2 dah beso2 kalu tak meroyanlah menangis anak2 dia neh kan.. hihi.. hari ini takdelah resepi yang best, sebab hari ini off memasak. hahaha boleh2lah pulak. lepas tu perut sang suami macamana.. kasihan dia kan.
Awal2 pagi sempat memasak pancake dan nasi goreng oleh kerana ada banyak baki nasi goreng dan juga asam pedas ikan manyung so cukuplah lauk tu nak bagi habis membazir pulak tulah kalu masak macam makan satu keluarga .. macam tak biasa jek masak sikit2. OKlah nak masukkan entry simple char kew tiau sebab takde bahan janji sedappp maa.. dan juga mixed vege yang main campak jek masaknya janji sedap dan semua get ready with his fingers.. yeahhh thumbs up during he is eating.. kembang kecut idong aku.. so check it outtt..
simple char kew tiau
BAHAN- BAHAN
500g kew tiaw
30g sayur taugeh
20g kucai
2 biji telur
**2 biji bawang merah
**3 ulas bawang putih
BAHAN( PERENCAH SOS )
3 t/s cili boh
2 t/s sos cili
2 t/s sos tomato
1 t/s kicap pekat
1 t/s kicap cair
1 t/s petis udang
1 t/s sos ikan
CARA MEMASAK
- panaskan kuali, letak minyak 3 sudu
- letak bawang goreng hingga naik bau, letak perencah sos
- tumis hingga naik bau, letak air masak sedikit
- pecahkan telur, dan letak mee biarkan sehingga mee masak sedikit letak air lagi
- then letak sayur taugeh dan kucai, kacau dan ratakan sayur ke dalam mee
- sedia untuk di hidangkan..
nota kaki : kalau letak udang atau kerang ini mesti sedap.. allergic aku pun mesti meriah jak membesar sebagai johan . ngee
Vege MIXED
BAHAN
3 ulas bawang putih}
1 biji bawang merah } di tumbuk dan dicincang
2 batang cili merah
20g sayur kobis
10g sayur kucai
sayur lobak di sagat
bawang holland di potong2
5 biji bebola daging
3 btg hotdog
isi ikan putih masin
1 t/s sos tiram , kicap cair,
setengah gelas air campuran cornflour
CARA MEMASAK
- TUMIS bawang, naik bau
- letak sos tiram dan kicap cair
- masukkan isi ikan masin, bebola daging dan hotdog
letak sedikit air, gaul sebati.. agak2 dah masak
- letak sayur2an, sebatikan perasa sedikit garam
- dalam 5 minit, sedia untuk dihidang..
nota kaki : vege mixed simple, tak perlu masak lama2 nanti sayur layu.. tak sedap, dan pastikan jg air campuran cornflour guna air masak ye.. nanti nak tunggu air tu mendidih lagi yelah air tak masak kan.. apapun masing2 punya idea tersendiri memasak kan.. enjoy your war in kitchen..
No comments:
Post a Comment