hari ini hari cuti atau pun hari berehat buat kami, almaklum since isnin bekerja keras menyediakan bahan2 jualan.. penat dan letih perkara biasalah tu kan, ada resam bekerja..eh bukan berniaga letih sebab 3 hari tido lewat, pulun habislah kan.. alhamdulillah terima kasih ya Allah berikan kami rezeki ini, terlalu berharga bukan setakat duit yg didapati tetapi masa yang diisi bersama dengan suami. :) oklah nak ringkaskan resepi ikan bakulan ataupun tongkol ini saya dpt dari majalah rasa, makanan dari brunei, sambal ikan bakulan, kebetulan ada budak jual ikan bakulan rm5.00 ada 4 ekor, murahlah kan.. so terus pegi buka insang dan bakar dan terus teringat nak buat resepi tu. Alhamdulillah thumbs up from my hubby.. ;) yo.. then check it out..
( DIKISAR )
- 4 ULAS BAWANG PUTIH
- 2 BIJI BAWANG MERAH
- 1 INCI KUNYIT, HALIA, LENGKUAS, SERAI
- KIUB IKAN BILIS
- SEDIKIT GARAM, MADU DAN CUKA BERAS
CARA-CARANYA
- PERAMKAN IKAN DENGAN PERENCAH DALAM BEBERAPA MINIT
( KALAU PERAM LAMA, MAYBE SEDAP SIKIT )
- DAN IKAN SEDIA UNTUK DIBAKAR
SAMBAL ISI IKAN BAKULAN
BAHAN-BAHAN
1 IKAN BAKULAN YANG DIBAKAR
( IKAN YANG DIBAKAR TAK PERLU LETAK PERENCAH , CUMA GARAM )
GULA MERAH
GARAM
KICAP MANIS, SOS TIRAM, TAUCU
BAHAN YANG DIKISAR
6 BATANG CILI KERING
5 BATANG CILI MERAH ( KALAU NAK PEDAS LETAK CILI PADI)
1 BIJI BAWANG BOMBAY
1 INCI HALIA
4 ULAS BAWANG PUTIH
2 BIJI BUAH KERAS
CARA MEMASAK
- IKAN TONGKOL DIBAKAR SEHINGGA MASAK, ASINGKAN ISI IKAN DARI TULANG
- PANASKAN KUALI, LETAK MINYAK, DAN TUANGKAN BAHAN DIKISAR
- GAUL SEBATI SEHINGGA TERBIT MINYAK LETAK ISI IKAN TADI
- LETAK GARAM, GULA MERAH, SATU SUDU CAMPURAN KICAP MANIS, TAUCU DAN SOS TIRAM.
- ENAK DIMAKAN DGN IKAN BAKAR.. ;)
3 comments:
bagus la ada lg dikerjakan. ada kemasukan. kalau tiada, pengeluaran ja terus menerus
fuhh...sedappp rasa nak habiskan ikan tu
saSA@ alhamdulillah setakat ini mmg ada kemasukan jak.. tp tulah ibaratnya gali lubang tutup lubang bah.. hehehe
tanakwagu@ mmg sadap bah lagi2 kalu dibakar seja.. naa kasi cicah air asam.. perghhh.. menitis air liur.. kekeke
Post a Comment