Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Thursday, April 7, 2011

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API NENAS

Salam..
Selamat petang semua, haiyaa.. hari ini cuaca redup dan mendung. saya asyik dengar ayam berkokok sahaja. agaknya ayam2 tu fikir dah nak maghrib ye terus saya teringat sewaktu gerhana matahari di daerah kudat pada tahun 1995 tak silap saya, punyalah ramai pelancong luar dan dalam neger/ negara datang melawat kudat neh, bukan setakat manusia sahaja yang datang , haiwan sekali pun didatangkan ke kudat neh agaknya dorang nak kaji sifat haiwan tu kut..

Oklah neh nak letak resepi Masak Lemak versi saya, simple jek tapi beza sket dr masak lemak yg pernah saya masak sebelum neh, saya ubah2 sket mengikut bahan-bahan yang saya ada di dalam peti. dan hasilnya .. thumbs up from my hubby.. kekeke, alhamdulillah syukurlah hubby suka kan.


BAHAN-BAHAN

**5 Ulas bawang putih
**3 bawang merah
**15 biji cili padi hijau ( ikut kepedasan korang la ye)
**1 cm hirisan bunga kantan
1 cm kunyit
**5 batang daun kesom
**2 biji asam belimbing( **di tumbuk hingga lumat)
1 batang serai ( di ketuk )

1 kg ikan tenggiri
nenas potong kiub2
2 keping asam keping
1 kotak santan ( lagi sedap guna santan original )

CARA MEMASAK
- PANaskan minyak , letak bahan yang ditumbuk dan serai
- masukkan santan pekat 2 gelas
- masukkan ikan, kacau dan sebati
- letak garam, sedikit gula dan stok ikan bilis dan nenas
- sedia untuk dihidangkan



ASAM PEDAS TENGGIRI
( RESEPI CHECK DALAM ENTRY SEBELUM INI YERR )

nota kaki : masak lemak ini ada aroma wangi sebab campur dengan hirisan bunga kantan dan kesom.. sedap jek rasanya. boleh try nanti ye. ;)

2 comments:

Tanakwagu said...

ikan jenis lain boleh ka? tuna ka,salmon

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. said...

BULE BAH KALU KO TANAK WAGU.. TP DMANA JG KO NEH.. ??? SBB GUNA IKAN SALMON.. ?? HIHI.. KALU KO GUNA IKAN SIAKAP.. ADUIIIHH WALAWEH.. SADAPPP