Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Thursday, April 14, 2011

Sambal Isi Ikan Bakulan Bakar

Salam

hari ini hari cuti atau pun hari berehat buat kami, almaklum since isnin bekerja keras menyediakan bahan2 jualan.. penat dan letih perkara biasalah tu kan, ada resam bekerja..eh bukan berniaga letih sebab 3 hari tido lewat, pulun habislah kan.. alhamdulillah terima kasih ya Allah berikan kami rezeki ini, terlalu berharga bukan setakat duit yg didapati tetapi masa yang diisi bersama dengan suami. :) oklah nak ringkaskan resepi ikan bakulan ataupun tongkol ini saya dpt dari majalah rasa, makanan dari brunei, sambal ikan bakulan, kebetulan ada budak jual ikan bakulan rm5.00 ada 4 ekor, murahlah kan.. so terus pegi buka insang dan bakar dan terus teringat nak buat resepi tu. Alhamdulillah thumbs up from my hubby.. ;) yo.. then check it out..

RESEPI IKAN BAKULAN ( IKAN TONGKOL)

BAHAN-BAHAN
( DIKISAR )
- 4 ULAS BAWANG PUTIH
- 2 BIJI BAWANG MERAH
- 1 INCI KUNYIT, HALIA, LENGKUAS, SERAI
- KIUB IKAN BILIS
- SEDIKIT GARAM, MADU DAN CUKA BERAS

CARA-CARANYA
- PERAMKAN IKAN DENGAN PERENCAH DALAM BEBERAPA MINIT
( KALAU PERAM LAMA, MAYBE SEDAP SIKIT )
- DAN IKAN SEDIA UNTUK DIBAKAR



SAMBAL ISI IKAN BAKULAN

BAHAN-BAHAN
1 IKAN BAKULAN YANG DIBAKAR
( IKAN YANG DIBAKAR TAK PERLU LETAK PERENCAH , CUMA GARAM )
GULA MERAH
GARAM
KICAP MANIS, SOS TIRAM, TAUCU

BAHAN YANG DIKISAR
6 BATANG CILI KERING
5 BATANG CILI MERAH ( KALAU NAK PEDAS LETAK CILI PADI)
1 BIJI BAWANG BOMBAY
1 INCI HALIA
4 ULAS BAWANG PUTIH
2 BIJI BUAH KERAS

CARA MEMASAK
- IKAN TONGKOL DIBAKAR SEHINGGA MASAK, ASINGKAN ISI IKAN DARI TULANG
- PANASKAN KUALI, LETAK MINYAK, DAN TUANGKAN BAHAN DIKISAR
- GAUL SEBATI SEHINGGA TERBIT MINYAK LETAK ISI IKAN TADI
- LETAK GARAM, GULA MERAH, SATU SUDU CAMPURAN KICAP MANIS, TAUCU DAN SOS TIRAM.
- ENAK DIMAKAN DGN IKAN BAKAR.. ;)

Thursday, April 7, 2011

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API NENAS

Salam..
Selamat petang semua, haiyaa.. hari ini cuaca redup dan mendung. saya asyik dengar ayam berkokok sahaja. agaknya ayam2 tu fikir dah nak maghrib ye terus saya teringat sewaktu gerhana matahari di daerah kudat pada tahun 1995 tak silap saya, punyalah ramai pelancong luar dan dalam neger/ negara datang melawat kudat neh, bukan setakat manusia sahaja yang datang , haiwan sekali pun didatangkan ke kudat neh agaknya dorang nak kaji sifat haiwan tu kut..

Oklah neh nak letak resepi Masak Lemak versi saya, simple jek tapi beza sket dr masak lemak yg pernah saya masak sebelum neh, saya ubah2 sket mengikut bahan-bahan yang saya ada di dalam peti. dan hasilnya .. thumbs up from my hubby.. kekeke, alhamdulillah syukurlah hubby suka kan.


BAHAN-BAHAN

**5 Ulas bawang putih
**3 bawang merah
**15 biji cili padi hijau ( ikut kepedasan korang la ye)
**1 cm hirisan bunga kantan
1 cm kunyit
**5 batang daun kesom
**2 biji asam belimbing( **di tumbuk hingga lumat)
1 batang serai ( di ketuk )

1 kg ikan tenggiri
nenas potong kiub2
2 keping asam keping
1 kotak santan ( lagi sedap guna santan original )

CARA MEMASAK
- PANaskan minyak , letak bahan yang ditumbuk dan serai
- masukkan santan pekat 2 gelas
- masukkan ikan, kacau dan sebati
- letak garam, sedikit gula dan stok ikan bilis dan nenas
- sedia untuk dihidangkan



ASAM PEDAS TENGGIRI
( RESEPI CHECK DALAM ENTRY SEBELUM INI YERR )

nota kaki : masak lemak ini ada aroma wangi sebab campur dengan hirisan bunga kantan dan kesom.. sedap jek rasanya. boleh try nanti ye. ;)

Wednesday, April 6, 2011

Business mind ;)

SALAM...

ALhamdulillah.. masih diberi peluang lagi untuk membuat posting, semenjak isnin dan tadi hujan turun sahaja..apapun semoga membawa rahmat kepada kita semua, walaupun di laporkan ada daerah yang telah banjir, tahun ini cuaca tidak begitu menentu, kalau ikutkan seperti tahun yang lalu dalam bulan ini cuaca dah panas... takpelah.. ada hikmahnya kan.. dan syukur sebab hujan2 begini laksa penang habis terjual..

sebenarnya kami baru jak test market menjual pada waktu pagi di Pasar Tamu, minggu pertama .. Alhamdulillah walaupun cuaca hujan jualan tetap habis, di samping laksa penang jualan sampingan Nasi TOmato,lauk ayam Merah dan Acar Timun. dan Pagi tadi produk jualan sampingan Nasi tomato , beehoon goreng , semuanya habis kecuali Laksa, tapi sudah menjadi ada resam perniagaan mesti ada turun dan naik kan. yg penting usaha kena terus.. dan business kena ada strategi tak kisahlah dr segi pemasaran danlain2.. hehe sila rujuk kepada yang pakar ye..

Citer pasal business neh, kami pun baru genap 4 bulan menjual sekali seminggu sahaja,bukan senang nak berniaga neh dan perlu ada "passion" and Desire diikuti dengan effort, hehehe parent ada juga kata nak sponsor modal tapi terpaksa tolak dulu sebab bagi kami biarlah merasa dulu susahnya. tapi itu terpulang pada individu itu sendiri kan.. ini dia sebahagian produk2 kami.enjoy.. ;)

ASAM LAKSA PENANG

NASI TOMATO LAUK AYAM MASAK MERAH DAN ACAR TIMUN

NASI AYAM
( aksesori masih kurang dlm nasi tu )


( sambil2 tunggu pelanggan, si suami self-service sendiri -makan dulu )

nota kaki: nak jadi senang dan mudah bukannya susah, tapi apapun kena susah2 dahulu .. betul kan... hihi

Friday, April 1, 2011

Simple Resepi Char Kew Tiau and mixed Vege

Salam semua kengkawan blogger dan facebook..

Alhamdulillah hari ini terang bederang lagi.. lambat memposting hari ini sebab perlu buat kerja rumah dulu nanti petang nak pegi kk fetch my mom yang sudah siap dari berkursus selama 2 minggu, nasib baiklah anak2 dah beso2 kalu tak meroyanlah menangis anak2 dia neh kan.. hihi.. hari ini takdelah resepi yang best, sebab hari ini off memasak. hahaha boleh2lah pulak. lepas tu perut sang suami macamana.. kasihan dia kan.

Awal2 pagi sempat memasak pancake dan nasi goreng oleh kerana ada banyak baki nasi goreng dan juga asam pedas ikan manyung so cukuplah lauk tu nak bagi habis membazir pulak tulah kalu masak macam makan satu keluarga .. macam tak biasa jek masak sikit2. OKlah nak masukkan entry simple char kew tiau sebab takde bahan janji sedappp maa.. dan juga mixed vege yang main campak jek masaknya janji sedap dan semua get ready with his fingers.. yeahhh thumbs up during he is eating.. kembang kecut idong aku.. so check it outtt..

simple char kew tiau

BAHAN- BAHAN
500g kew tiaw
30g sayur taugeh
20g kucai
2 biji telur
**2 biji bawang merah
**3 ulas bawang putih

BAHAN( PERENCAH SOS )

3 t/s cili boh
2 t/s sos cili
2 t/s sos tomato
1 t/s kicap pekat
1 t/s kicap cair
1 t/s petis udang
1 t/s sos ikan

CARA MEMASAK
- panaskan kuali, letak minyak 3 sudu
- letak bawang goreng hingga naik bau, letak perencah sos
- tumis hingga naik bau, letak air masak sedikit
- pecahkan telur, dan letak mee biarkan sehingga mee masak sedikit letak air lagi
- then letak sayur taugeh dan kucai, kacau dan ratakan sayur ke dalam mee
- sedia untuk di hidangkan..

nota kaki : kalau letak udang atau kerang ini mesti sedap.. allergic aku pun mesti meriah jak membesar sebagai johan . ngee

Vege MIXED
BAHAN
3 ulas bawang putih}
1 biji bawang merah } di tumbuk dan dicincang
2 batang cili merah
20g sayur kobis
10g sayur kucai
sayur lobak di sagat
bawang holland di potong2
5 biji bebola daging
3 btg hotdog
isi ikan putih masin
1 t/s sos tiram , kicap cair,
setengah gelas air campuran cornflour

CARA MEMASAK
- TUMIS bawang, naik bau
- letak sos tiram dan kicap cair
- masukkan isi ikan masin, bebola daging dan hotdog
letak sedikit air, gaul sebati.. agak2 dah masak
- letak sayur2an, sebatikan perasa sedikit garam
- dalam 5 minit, sedia untuk dihidang..

nota kaki : vege mixed simple, tak perlu masak lama2 nanti sayur layu.. tak sedap, dan pastikan jg air campuran cornflour guna air masak ye.. nanti nak tunggu air tu mendidih lagi yelah air tak masak kan.. apapun masing2 punya idea tersendiri memasak kan.. enjoy your war in kitchen..