Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Tuesday, October 19, 2010

Resepi Sambal terung pipit + bilis

Salam

Kebetulan tadik pergi ke pergi tamu malam ( pasar malam ) setiap malam selasa, so rasa teringin pulak nak makan sayur- sayuran kampung.. sempatlah juga beli terung pipit, daun kesum, sayur nangka dan sayur labu yang dah siap potong tinggal nak masak je. so esok pagi cadang nak bawak bekal sambal terung pipit+ bilis dan sayur nangka masak lemak+ ikan masin insya Allah esok kalu sempat nak masak sayur nangka tuh..
hihi nanti saya uploadkan pic nya kat blog ye..
saya pun takdelah teror sangat memasak ini tapi bolehlah untuk menjamu selera keluarga. sambal ini sedap kalau makan dgn ikan goreng dan nasi tengah panas2 lagi, hihi. So saya sertakan sekali resepi masakan sambal terung pipit + bilis ala emak mentua saya. sharing is caring.. ;)

Resepi Sambal
Ikan bilis digoreng terlebih dahulu
3 bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 buah keras
3 batang cili hidup / cili padi kalau nak pedas
3 batang cili kering ( renehkan dulu dan buang biji )
1 tomato
1 batang serai
sedikit belacan
bubuh air asam jawa + garam +sedikit gula melaka+ gula
( kisar bahan2 tersebut dan tumis hingga naik minyak letak terung pipit + ikan bilis goreng)

sambal kering terung pipit + ikan bilis

Enjoy da piccas... ;)

3 comments:

Ellen said...

wah sedapnya..ellen minat gila ni...hehee

Hamizah said...

xpenah rasa terung pipit,sedap ke?

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. said...

ellen@ hihihi.. sedapkan terung pipit.. nanti ellen masak sambal terung pipit versi ellen jgn lupa tag saya k.

hamizah@ sedapp tauu.. rasa mcm peas gak. tryler masak nanti.. hihi