Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Monday, October 18, 2010

Resah bila tidak bersamaMU

Nitey Nite.. salam

nampak tajuk macam lain jek mood malan neh tapi aku lebih berserah kepada Pencipta seluruh Alam... sebenarnya banyak keresahan dan juga ketidakpastian dikalangan sahabat penjawat SPS ini. masing-masing dengan gaya luahan emo nya kerana belum ada kata putus tentang kontrak jawatan SPS kami akan disambung atau pun diberhentikan begitu sahaja mengikut perjanjian bertulis. Macam2 perasaan yang bermain di dalam diri ini.. dan aku lebih berserah kepadaNya. Aku yakin dengan rezky dari Allah swt. dan apapun yang berlaku pasti ada hikmahnya. Janji ada usaha doa dan tawakal. Amin ya robb.

Kebanyakkan penjawat SPS juga merupakan sumber pemberi rezky kepada keluarga, kena hantar duit kepada orang tua, adik beradik yang masih belajar dan sebagainya, dan macam2 bil dan pinjamam yang patut dibayar bila menjelang tahun baru nanti.. Ya Allah.. terasa juga nak posting ayat2 kerisauan tapi memandangkan ramai sgt sahabat yang posting ayat2 macam tuh aku jadi ikut sedih sebagai yang lebih senior patut aku beri ayat2 yang lebih memberi sokongan tuk mereka. Begitu mendalam sekali impak budget 2011 dan nampak peluang yang cerah namun selagi belum ada kata putus daripada Majikan KPKK, makanya dengan tu juga perasaan para penjawat FS semakin dilandai kerisauan.




Yakinlah kepadaNya.. apapun keputusan.. Allah swt tidak akan memberi permasalahan yang tidak tertanggung oleh hambanya.. Apapun manusia cuma perantaraan.. dan Allah swt yang Maha Pengasih, Peyayang.. soal rezky semuanya dari Dia. teruskan berdoa ya sahabat semua dan sentiasa lah berprasangka baik moga2 Allah swt beri yang lebih baik buat kita semua.. Amin ya Robb..

ok tak mau sedih2.. malam ini nak buat plan B nak cover isu kerja.. hihi.. apa2pun doakan kami ya .. amin ..amin ya robb

No comments: