Tahukah anda, Jepun merupakan antara negara yang mempunyai ramai penduduk yang panjang usia. salah satu yang menjadi faktornya adalah gaya pemakanan orang-orang jepun. Kerana itu kebanyakkan wanita Jepun mempunyai tubuh badan yang lansing dan tidak mudah gemuk.
Oleh itu, tidak salah untuk ada menerapkan gaya pemakanan orang Jepun kedalam diet pemakanan orang Jepun ke dalam diet pemakanan anda. Apakah tipnya ? sila semak info berikut.
Kuantiti Orang Jepun selalunya makan dalam kuantiti yang kecil. Kita boleh lihat dari penggunaan mangkuknya yang kecil. Walaupun maka dalam jumlah yang sedikit, namun makanan yang di ambil mempunyai kualiti dari segi sumber nutriennya bermula dari beras, sayur dan ikannya. Elakkan juga makan sehingga kenyang atau hingga perut berasa senak kerana terlalu penuh. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Ikan. Ikan adalah menu utama dalam makanan orang Jepun. Kandungan omega 3 dalam ikan akan membuat jantung lebih sihat dan terhindar daripada penyakit kardiovaskular.
Sayur-sayuran . Dalam menu pemakanan orang jepun, sayuran wajib ada. Sayuran itu haruslah segar kerana ia akan meningkatkan asam folat, vitamin C dan vitamin E yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan sel baru. Malah sayuran juga penting untuk membuat tubuh lebih sihat dan tidak mudah jatuh sakit.
Buah-buahan. LUpakan puding sebagai dessert. Contohi gaya Jepun dimana selepas makan, dessert mereka adalah buah-buahan segar. Manis buah lebih semulajadi dan lebih baik daripada manis puding. malah buah juga kaya dengan mineral yang baik untuk kesihatan tubuh.
Nasi tidak salah anda makan nasi walaupun sedang berdiet seperti orang jepun. Namun, lebih baik juga jika anda memilih beras organik. Jika ingin melancarkan pencernaan, pilihla beras merah kerana kandungan seratnya yang tinggi.
sumber :Majalah Diet dan Langsing,
Tip, info ringkas menurunkan berat badan
No comments:
Post a Comment