" Amacam dah ada isi ke ? " .... " Blum ada rezky lagi, tengah berusaha .. insya Allah ".. itu lah selalu yg aku jawab bila ada yang tanya... tahun nih ada 6 orang sepupu sebelah mama dan bapa ku yg menikah.. dan kesemua mereka.. Alhamdulillah dah berisi dah yg lainya dah ada yg sudah melahirkan dan ingin melahirkan... ada yang bunting pelamin.. so tak heranlah kan... cuma aku lagi yg belum ada lagi..
tadik chat dgn sahabat merangkap adik angkat aku yang menikah bulan end of june lalu, skrg dah nak masuk 9 minggu.. tu pun rasanya dia bunting pelamin juga.. mula2 pun dia dok risau sebab semua tanya2 kat dia kan... tapi Alhamdulillah dah ada isi.. semoga diberikan kesihatan yang baik padanya..
dan sekrg neh berbalik pada aku jek lagi, kadang2 aku rasa bersyukur mungkin ada hikmahnya juga belum ada berisi neh.. sebab kadang2 aku rasa aku belum bersedia walaupun umur dah nak masuk 30++an tahun hadapan mmg berisiko tinggi tapi aku berserah segalanya pada Allah swt. mungkin ada perasaan cemburu + sedih sebab kengkawan dan sepupu semuanya bakal menjadi seorang ibu.., tapi tak mengapalah kan.. ada hikmahnya... Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.. aku redho dan pasrah.. mungkin masih awal menerima seseorang ahli baru dalam keluarga kami.. dan mungkin Allah swt mahu memberi aku rezky yang lain kan.. ku pujuk diri ku untuk menerima segalanya.. tak nak tension2.. sebab sekarang pun ada dah dilanda bnyk permasalahan yang mana Allah swt sahaja tempat aku mengadu masalah..
tapi aku dah semakin jauh dariNya.. sedihnya.. kenapa aku tidak sekuat dan setabah dahulu.. oh teman2 tolong daku.. ?? sedih mode plak dah..
well tak mau sedih2.. tak mau tense2.. nak happy2 kan diri.. moga2 Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran..
kalu dapat baby kembar pon best juga kan.. Amin Ya Robb
2 comments:
Eizann..
Relax la eizann..kawan aku 3 taun kwen x der gak anak..kesian la jugak.. tp aku cakap.. saber jer ngan aku nehh.. org dok tanya bila nak kawen..HAHA..
kesimpulannya..abaikan mulut orang..
Salam ukhuwah fillah... :-D
Semoga didlm redha Allah selalu..
Ana juga sama spt ukhti, dah berkahwin hampir 2 thn. Masih blm ada zuriat lagi.
Alhamdulillah ayat dibwh ni memberi kekuatan pada ana supaya ana tidak risau lagi dgn kata-kata org.
"Apakah mereka mengira bahwa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahwa),
Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka?
Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar". (Al-Mu'minuun: 55-56)
"Sesungguhnya harta benda dan anak-anak hanyalah ujian (bagimu)": (At-Taghabuun: 15)
"Harta dan anak-anak hanyalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan saleh adalah lebih baik di sisi Tuhanmu....".(Al-Kahfi:46)
Bukanlah kesenangan dan kemewahan hidup itu adalah krn kita insan yg mulia disisi Allah tetapi ia sebenarnya merupakan ujian kpd kita.
Malah Rasulullah saw sendiri tidak khuatir jika umatnya miskin tetapi Rasulullah saw lebih khuatir jika umat kaya dan mewah.
Rasulullah saw bersabda:
"Demi Allah, bukanlah kemisknan yang aku khuatirkan atas kalian.
Tetapi aku khuatir akan dibentangkannya dunia untuk kalian sebagaimana telah dibentangkan terhadap umat-umat sebelum kalian,
sehingga kalian pun berlumba-lumba meraihnya sebagaimana mereka dulu berlumba-lumba,
dan akhirnya kalian dibinasakan sebagaimana mereka dahulu dibinasakan."
Dgn itu La Tahzan (jgn bersedih)..
Ana sendiri cuba mencari hikmah disebalik ujian ini. Kenapa doa ana utk mdpt zuriat blm dimakbulkan?
Diantaranya, ana rasa sgt bersyukur, mgkin Allah SWT sedang mrancang sesuatu yg lebih baik utk ana didunia dan akhirat.
Wlupun bekerja ana masih ada ruang yg byk menuntut ilmu agama (yg mana anak masih dhaif ttg agama) dgn selesa dan amat tenang sekali.
Alhamdulillah.. berpeluang menemani suami terlibat dlm aktiviti2 dakwah, disamping dapat memperbykkan amal ibadat sementara masih blm mempunyai zuriat lagi.
Kwn2 ana ramai juga yg merungut pd ana, "Jgn risau soal anak, honeymoon puas2 dulu dgn hubby. Jgn jadi mcm kami nak pergi berjln2pn susah. Haneymonn pn blm puas lagi. Malah penat juga nk menjaga dan melayan kerenah anak kecil seharian wlupun hanya seorang anak".
Dengan itu, utk peringatan utk ana sendiri, sementara masih ada waktu lapang dan blm ada tanggungjawab yg lebih berat, baiknya diperbykkan menuntut ilmu dan melakukan amal ibadah.
Agar diri ini dpt menjadi hamba, isteri, anak dan ibu yg solehah serta berilmu.
Maaf ana tulis pjg2 ni... ini sekadar perkongsian dari ana insan yg kerdil dan dhaif ini.
Allahu'alam....
P/S: Jemputlah ziarah blog ana yg dhaif ini. Syukran. :-D
Wasalam...
Post a Comment