Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Saturday, February 19, 2011

Oh la la...


Describe of me for what i am feel now..


Assalamualaikum..
aduhai lamanya tak memposting.. gitulah.. bila dah posting mesti posting banyak2.. minta maaf kengkawan semua, tak sempat nak fikir apa nak posting yang neh pon posting ikut apa yang terlintas dalam kepala, hihi..

minggu ini minggu yang meletihkan juga.. letih yang macam baru habis buat senaman kat gym tu.. Ya Allah.. tapi alhamdulillah.. letih cuma kat fizikal jek.. mental takdelah letih sampai jadi jiwa kacau. hihi.. mungkin ada hikmah juga bila kontrak kerja tak disambung tapi tak bererti kita duduk relaks dan bila dah dekat kontrak habis december hari tu , saya dan suami dah start buat jualan di pasar2 malam selasa.. syukurlah dan sekarang dah genap 3 bulan, dan syukur alhamdulillah sebab rezky murah bila berniaga neh walaupun sehari dalam seminggu sahaja dan sekarang neh dah start buat katering untuk tempahan yang kecil2 sahaja.. walaupun bukannya profesional dalam bab masakan tapi sedikit2 mana yang dipelajari secara teori memasak dan juga minat dapatlah juga menjana pendapatan..

hihi.. korang kalu tak faham ayat2 neh minta maaflah ye.. memang express menaip neh. jari jemari jgn cakap mmg dah lenguh2 neh pon dok taip just nak buat senaman jari jemari guna alat senaman keyboard pulak.. kekkee..

by da way.. rindu kat sekolah, kemeriahan sekolah.. dan mungkin sekarang neh pelajar sekolah dah sibuk buat latihan sukan.. sedihnya tak dpt jadi jurulatih netball kat sek lama bukannya tak nak tapi sebab dah sibuk dgn post baru neh so kena betul fokus lah kan sbb ini lah sumber rezky dan pendapatan tuk bayar apa2 yang patut..

oklah sahabat semua, doakan buzniz kami berjalan lancar... nanti2 sambung balik.. nak ZzzzZzz kumpul tenaga .. ngeee

Monday, February 7, 2011

GOOD BYE! RIP CHOKI


Salam
Hari ini bersamaan 7 Feb, Kucing kesayangan family kami mati lagi kerana sakit + stress agaknya la.. memang sedey sebab setakat ini 4 ekor kucing kesayangan dah mati. :( , tak taule kenapa, agaknye terlebey makan ikan kut, korang semua ada tips penjagaan kucing yg lebih efektif tak sebab kucing kami neh cuma kucing kampung jek takde pon kacuk baka2 yang lain. Agaknyela mungkin family kitaorang tak boleh pelihara kucing then lebih bagi kasih sayang kut sebab mesti kucing tu akan mati. takpelah mmg takde rezeki nak jaga kucing, kalau ada kucing lepas neh tak nak bagi kasih sayang lebih2 dah.. memang serik!!.. apapun enjoy your monday.. tomorrow buka buzniz jual laksa penang pulak. yeahh

Sunday, February 6, 2011

Menu Sihat ke neh?

Salam..
Haiya.. mau post menu makan sihat guna magic cooker my mom, very simple kalu cukup bahan bolehlah try ye .. hihi

oleh kerana siang tadi saya langsung tak makan cuma awal pagi just makan 3 ketul pisang goreng then terus keluar pegi beli barang2 untuk mejual laksa malam selasa, amazing pulak rasanya inilah penangan sakit demam+ cirit birit aku semalam.. yelah apapun, sungguh berkhasiat rasanya makan nasi halia dengan fragrant ayam madu spicy yang aku main campak ikut bahan yang sedia ada dan diserikan pulak air roselle sejuk, buah roselle tu dapat daripada makcik yang dia tanam kat belakang rumah mmg heavenlah makcik dan anak2nya hari2 minum roselle yang kaya dengan khasiat anti penuaan , anti stress , anti cancer dan macam2lah boleh tanya MR GOOGle..

ok sini, aku sertakan sekali resepi nasi halia & fragrant ayam madu spicy versi aku.. very simple kalau ko orang nak masak leh try.. tupun sape2 yang rajin masaklah tiada paksaan,.. ok choww.






Resepi Nasi Halia
BAHAN

11/2 inci Halia
2 ulas bawang putih
1 tbsp minyak jagung

CARA MEMASAK
- Tumbuk halia & bawang putih hingga lumat
- cuci beras , ambil pati halia dan bawang putih
- letakkan air, minyak dan sukat air dalam periuk
- kalu letak hampas halia dan bawang putih pun ok boleh menyihatkan badan.

RESEPI FRAGRANT AYAM MADU SPICY
BAHAN
- 4 helai daun kesom
- 4 helai bunga kantan
- 3 ulas bawang putih ( ditumbuk dan dicincang )
- 1 inci halia ( tumbuk dan cincang)
- 1 biji bawang merah besar ( 1/2 ditumbuk hingga lumat )
- 3 biji cili padi ( ditumbuk hingga lumat )
- 3 biji lada merah besar

CARA MEMASAK
- tumis bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau
- letak daun kesom dan bunga kantan, cili padi
- letakkan sos tiram, kicap cair, serbuk perisa ayam,
- sedikit air, letak ayam
- masukkan 2tspn Madu, sos plum & juici lime
- Bila ayam dah masak, letak bawang merah, lada merah
dan sedikit minyak bijan, biarkan sekijap dan angkat..
sedia untuk dihidangkan.

p/s-- tips : sebenarnya rasa setiap bahan2 yang dikisar bersama, berasingan ditumbuk lumat, ditumbuk kasar tu akan mengeluarkan rasa yang berbeza, you tryle ye.