Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Resepi Kon Lou Mein



Oppss... Im Back

nak sharing resepi Kon Lou Mein, mee  ala chinese style dan aku memang suka sangattt makan mee ini.  kalau pegi mana2 restoren atau food court chinese yang ada di iktiraf halal bukan yg serve no pork aku mesti order mee ini.  dan oleh kerana aku memang tergila2 sangat, saya dengan rajinnya mengoogle kat internet, this is not actual receipi but  Alhamdulillah  takdelah nak turun KK semata-mata nak dapatkan makanan. Masak dari rumah pun boleh, dah ada rasa2 sebijik dgn Kon Lou Mein yang selalu saya makan tuh so just on. Resepi kat sini is the full version of kon lou mein, sebab saya takde bahan-bahan so i used the already stock inside my fridge no need to waste money. ngeh..ngeh

MY VERSION OF KON LOU MEIN

BAHAN-BAHAN
Mee Maggie kering / mee tuaran / wantan mee
1 DADA AYAM
3 BTG SAYUR PAK CHOY
BAWANG PUTIH ( DICINCANG)
BAWANG MERAH GORENG
DAUN SUP
DAUN BAWANG
 1 KIUB AYAM
1 SUDU SOS TIRAM
1SUDU SOS SOYA CAIR
SEDIKIT GULA
2 S/K  MINYAK BIJAN 

CARA MEMASAK
MASAK MEE MAGGIE
- DIDIHKAN AIR,MASUKKAN KIUB AYAM DAN DADA AYAM
- ANGKAT AYAM  ( PERAM DGN SOS SOYA+TIRAM ) MASUK DALAM FOIL DAN BAKAR 15 MINIT
- LETAK BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH, DAUN SUP & BAWANG,
- LETAK MINYAK BIJAN
- CELUP SAYUR PAK CHOY
- MASUKKAN SEDIKIT AIR CAMPURAN TEPUNG KANJI, BIARKAN MENDIDIH SEMENTARA AYAM YANG DAH MASAK DI HIRIS 
- TUANGKAN KUAH REBUSAN KE ATAS MANGKUK YANG BERISI MEE, DAN HIASKAN DENGAN AYAM DAN SAYUR PAK CHOY
- SEDIA UNTUK DIMAKAN


P/S--
AYAM saya tukar dengan wantan , dan sayur pak choy saya guna anak jagung muda


Wednesday, June 8, 2011

RESEPI SINAGOL PARI

SALAM dan selamat malam

ok.. Apa itu sinagol?.. hehehe one of sabahan dishes, tapi tak semua sabahan pandai makan makanan dan ikut tempat dan suku kaum tertentu sahaja yang reti nak makan lauk pauk jenis neh.. sinagol neh one of our family favorite dish juga, kalau di daerah kudat, pasti ada gerai makanan di pasar malam yang akan jual lauk ini, dan ikan yang digunakan iaitu ikan pari dan ikan yu, sinagol ini merupakan makanan tradisional suku kaum bajau semporna, dan kalau dikudat di panggil suku kaum ubian yg dimakan dgn putu( ubi kayu yg diparut dan dikukus).

Tetapi untuk masak sinagol kali ini guna ikan pari.. ikan yu tak jumpa dan yg paling expert masak resepi ini iaitu my dad, kalu dulu hampir setiap minggu juga makan lauk sinagol neh. tapi sekarang dah jarang2 dah gambar dalam pic neh pun bapa saya yg masak, a bit yellow sket sebab terlebey kuncit tp mmg sedapkan rempah ratus nya pun yg asli. dan saya pernah juga terbaca yang sinagol ini dipanggil serunding mungkin sebab lauk ini perlu di masak kering,( TAPI TAKDELAH KERING ST) sometimes ada juga saya nmpk yg ada kuah.. hehehe tp mmg tak leh masuk tekakla bg saya yg berkuah neh.. better buat asam pedas pari kan. tp terserah lah pada sesiapa.. eh terlebey2 plak entry aku neh.. ok apapun check it out.. sapa2 yg nak try dan tak paham.. leh asked me ye.. insya allah akan dijawab .. ngeee

RESEPI IKAN PARI MASAK SINAGOL(SERUNDING) KERING

BAHAN -BAHANNYA
IKAN PARI YANG TELAH DIBERSIHKAN DAN DIPOTONG2 KECIL

BAHAN A
5 Inci kunyit**
6 biji bawang merah kecil**
3 ulas bawang putih**
1 inci halia**
10 biji cili padi merah** ( ikut suka kepedasan yg korang nak)
(** ditumbuk kasar)

BAHAN B
3 batang serai--- dititik
1 batang kayu manis
3 batang bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 batang cili kering---- di gunting kecil2 dan buang bijinya

BAHAN C
3 tbsp kicap cair**
2 tbspn kicap manis**
1 cawan air asam jawa**

garam, serbuk perasa, gula
minyak untuk menumis

cara- cara
1. masukkan minyak 1/4 cawan tumiskan bahan A, hingga naik bau,
2. masukan bahan b gaul dan sebatikan..
3.masukkan ikan pari yg telah dipotong dan gaul , letak bahan c yang bertanda..
4. biarkan seketika,gaul sehingga air hampir kering
5. dan isi ikan pari masak gaulkan hingga isinya terlerai2
6. agak2 isi ikan dah masak, dan isinya dah kering dan terbit minyak
bolehlah di angkat dan dihidangkan.

Nota kaki: mungkin ada sedikit melanggar resepi asli, minta maaf sebab bagi saya ini mengikut kesesuaian tahap kesegaran ikan, rempah 3 sekawan tu tujuan dicampurkan untuk menghilangkan bau ikan dan meningkatkan aroma masakan, yelah nak masuk tekak saya kan.. apapun enjoy dis resepi .. wallaa

resepi Nasi tomato & Ayam masak merah

Salam,

hehehe, hari ini memang pulun taip resepi sebab saya tak nak menghampakan permintaan customer, tidak mengapa sekali sekala kita boleh berkongsi resepi.. dan ucapan terima kasih banyak2 buat pelanggan saya yang masih tidak jemu2 dan serik membeli nasi tomato dan laksa walaupun kekadang ada rasa kekurangan tapi tetap gumbira rasanya sebab sedikt sebanyak telah menyumbangkan sesuatu kegumbiraan kepada mereka. yelah kenyang perut hatipun suka kan. so sukacitanya saya berkongsi resepi ini.



RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH

BAHAN

Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
2 s/b majerin
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak majerin hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil,bersihkan dan letak kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
2 S/B tomato sos


bawang besar,potong gelang
minyak masak
Garam, gula

Cara:
1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat

nota kaki: selamat mencuba ya.. :)

Ikan pari & terung masak kicap kantan

Sorry untuk sahabat fb saya yang dah request resepi ini since monday lagi.. maaf ya almaklum selasa saya berjualan so isnin memang saya bz2 yg tersangat tetapi apapun saya tetap online sebab internet lah tempat saya memasarkan produk dan bermarketing.. kekeke.. so yang ini masakan mmg pelik sikit.. yakah?? janji sedap dan menawan orang yg dsayangi kan. lagipun saya fikir masakan ini mudah.. sekaligus main campak sesuaiii sgtlah untuk mereka yang berkerja. cuma aroma dan rasa tu lain sedikit sebab penambahan bunga kantan. sekali sekala kenalah kasi lain2 sket rasa lidah tu kan.. kekeke so .. check it out.. ;)

IKAN PARI DAN TERUNG MASAK KICAP KANTAN


BAHAN-BAHAN
ikan pari dipotong
terung potong 1 inci bulat

BAHAN A
1 inci halia ( dihiris)
i biji bawang bombay ( hiris)
3 ulas bawang putih ( hiris)
2 inci kantan ( dihiris halus2)

BAHAN SOS
1 tbspn kicap pekat
1 tbspn kicap manis
1tbsp sos tiram
garam
gula

CARA MEMASAK
IKAN PARI diperam dengan serbuk kunyit, serbuk perasa maggie, dan sedikit cuka dalam 15 minit
selepas tu bolehla digoreng hingga garing, dan diikuti dengan terung yang dipotong digoreng separuh masak,
dan guna minyak menggoreng tadi, kurangkan minyak sekiranya banyak.
masukkan hirisan bawang, halia, b.putih hingga naik bau, dan masukkan hirisan bunga kantan,
masukkan bahan sos tadi.. sedikit air tepung dan boleh dimasukkan terung dan ikan pari akhir sekali letakkan lah bahan hiasan seperti tomato :).

nota kaki: penggunaan garam dan gula tu korang pandai2lah adjust ye sebab bahan2 sos tadi dan ada perasa2 dan tersebut, manalah tau nak rasa masin, manis atau seimbang rasanya boleh tambah2 dan kurang2kan. janji kita gumbira sihat sejahtera kan ;).selamat mencuba resepi saya ini.. terima kasih daun keladi.. len kali boleh cuba lagi.. hehehe


resepi ikan 3 rasa

Assalamualaikum & hai..

lamanya tak memblog.. hehehe.. sorry sahabat semua sebab sejak akhir2 ini ada big problem yang perlu diselesaikan dan alhamdulillah semuanya dah selesai. Apapun itu lah dugaan dan cubaan kehidupan yang mematang kan fikiran. oklah mau posting resepi dari masakan yang tidak seberapa ini semoga sahabat2 surirumah, bakal2 isteri dan tunangan orang dapat manfaat masakan dari tempat saya ini. masakan yang simple dan sedap. paling tak pun boleh mengenyangkan orang yang anda sayangi kan. so check it out! ;)





RESEPI BAWAL 3 RASA

BAHAN-BAHAN
ikan dibersihkan
1 camb tepung jagung
1 biji telur putih

BAHAN A
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang bombay ( bawang merah besar)
1 biji bawang holland ( yg warna kuning )
3 batang lada merah besar
1 tin nenas
( semua ini hiris2, ikut yg anda suka , potong kiub pon boleh )

BAHAN UNTUK SOS
1 camb sos tomato
2 camb sos cili
1 tbs camb cili boh
1 camb sos tiram
1 camb kicap cair
1 tbs sos ikan
gula dan garam
2 tbspn perahan limau kasturi/nipis
( boleh juga guna sos plum/ lemon sos )

CARA MEMASAK
perapkan ikan dgn tepung jagung, telur dan selama 15 minit
dan goreng hingga garing
panaskan kuali, masukkan bahan2 A tadi, kecuali bawang holland, nenas
bila bau dah naik, masukkan bahan2 sos kecuali jus limau , gaul hingga sebati
masukkan nenas , hirisan lada merah dan bawang holland
masukkan air bancuhan tepung gandum dan kacau sekejap dan perahan jus limau
kuah tadik bolehlah di tuangkan ke ikan2 tersebut.

nota kaki: leh juga kalu nak letak lada benggala, timun kiub, tomato dan boleh tabur dengan hirisan daun sup/ ketumbar.. lagi satu, selain ikan kita boleh juga ganti ayam dan seafood yang lain, tak perlu risau sebab kita masak untuk keluarga kita kan, cuma kalu seafood jangan masak terlalu garing nanti isi tak sedap nak rasa ;) selamat mencuba kawan2 semua ..

Saturday, May 21, 2011

Resepi Assam Laksa

Assalamualaikum...

selamat bertemu lg... druangan masak memasak, kali ini nak post resepi Assam Laksa Penang, yang ini atas permintaan kawan2 facebook.. jadi saya postkan tp yang ini saya copy resepi dari Myresepi kepunyaan junjs11@myresepi.com, sama jek resepinya tapi mungkin ada perbezaan dari segi kepekatan, yg macam saya jual untuk berniaga so ingredient mestilah banyak sikitkan, berbeza untuk bagi makan sendiri., so kengkawan enjoy the receipi hujung2 minggu bolehlah buat, tapi kalu susah2 jek pegi beli kat gerai saya sahaja di setiap Tamu Rabu, setiap petang di Dataran Tomborungus kudat.. kut2lah sapa2 yang nak datang ke kudat jangan lupa ke gerai kami. Terima kasih :).


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang
Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
  5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas)



Assam Laksa siap untuk customer



Kuah Laksa yang still hangat dalam periuk


Kuah yang terakhir, yg ini kami yg makan.. hihi

p/s--> sesiapa yang ingin mengenali dan membeli produk kami di sekitar yang berdekatan area kudat jangan lupa contact kami ya. :)

Wednesday, May 11, 2011

Daging Masak Black Pepper Berkentang

salam semua..

Lama sudah tidak memposting.. rindu sangat.. macam2 hal berlaku semenjak akhir ini tapi yang paling menyedihkan saya kecurian ketika menjual .. habis satu handbag saya dirembat.. mgkin juga akibat kelalaian kami suami isteri ketika menjual.. ataupun mgkin bukan hak saya atau rezky saya.. takpelah leave it to Allah SWT. mungkin ada hikmahnya. tapi rasa sedih sikit sebab kamera kesayangan turut jadi mangsa.. dgn iphone saya.. so now takde lah gambar masak2.. sementara neh kena guna kamera lama.. so kualiti pun faham sendiri sajala ye..

So hari ini, resepi Daging ("PAYAU" /RUSA )masak Blackpepper, menu neh dah lama saya masak tapi baru diposting.. mmg sedap rasa daging rusa ini, adik sepupu saya dapat ketika berburu dihutan ( apesal skema betul ayat aku neh ) hehehe.. apapun bule try masak.. simple jew tapi sedap.

DAGING RUSA BLACK PEPPER BERKENTANG
BAHAN-BAHANNYA
daging rusa yang telah dipotong
( ambil sedikit bahan kisar dan peramkan selama 20 minit)
2 biji lada benggala
3 biji ubi kentang manis

BAHAN SOS
1 T/S lada hitam ( disangai dan ditumbuk hingga lumat)
1 t/s sos tomato, kicap cair sos tiram, kicap manis
1 SUDU KECIL serbuk ketumbar

Hiasan
1 btg daun sup
1 batang lada merah
1/2 bawang holland

BAHAN KISAR
1 Biji Bawang merah besar
1/2 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 halia
3 helai daun pudina , daun sup, daun bawang

CARA MEMASAK
- panaskan kuali, letak minyak
- tuangkan bahan kisar tadi...
- letak bahan sos, sebatikan dan letak air asam jawa
- letak daging bila separuh masak, letak sedikit air dan masukkan kentang
- bila daging dan kentang masak, letakkan lada benggala , lada merah dan bawang holland
- angkat dan siap untuk hidang
- tabur dgn daun sup

SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI PANAS..

p/s--> jangan lupa minum teh o ice takpun chinese teh ya.. sebab blackpepper neh memanaskan badan.. hehehe.. selamat mencuba :) sharing is caring

Sunday, February 6, 2011

Menu Sihat ke neh?

Salam..
Haiya.. mau post menu makan sihat guna magic cooker my mom, very simple kalu cukup bahan bolehlah try ye .. hihi

oleh kerana siang tadi saya langsung tak makan cuma awal pagi just makan 3 ketul pisang goreng then terus keluar pegi beli barang2 untuk mejual laksa malam selasa, amazing pulak rasanya inilah penangan sakit demam+ cirit birit aku semalam.. yelah apapun, sungguh berkhasiat rasanya makan nasi halia dengan fragrant ayam madu spicy yang aku main campak ikut bahan yang sedia ada dan diserikan pulak air roselle sejuk, buah roselle tu dapat daripada makcik yang dia tanam kat belakang rumah mmg heavenlah makcik dan anak2nya hari2 minum roselle yang kaya dengan khasiat anti penuaan , anti stress , anti cancer dan macam2lah boleh tanya MR GOOGle..

ok sini, aku sertakan sekali resepi nasi halia & fragrant ayam madu spicy versi aku.. very simple kalau ko orang nak masak leh try.. tupun sape2 yang rajin masaklah tiada paksaan,.. ok choww.






Resepi Nasi Halia
BAHAN

11/2 inci Halia
2 ulas bawang putih
1 tbsp minyak jagung

CARA MEMASAK
- Tumbuk halia & bawang putih hingga lumat
- cuci beras , ambil pati halia dan bawang putih
- letakkan air, minyak dan sukat air dalam periuk
- kalu letak hampas halia dan bawang putih pun ok boleh menyihatkan badan.

RESEPI FRAGRANT AYAM MADU SPICY
BAHAN
- 4 helai daun kesom
- 4 helai bunga kantan
- 3 ulas bawang putih ( ditumbuk dan dicincang )
- 1 inci halia ( tumbuk dan cincang)
- 1 biji bawang merah besar ( 1/2 ditumbuk hingga lumat )
- 3 biji cili padi ( ditumbuk hingga lumat )
- 3 biji lada merah besar

CARA MEMASAK
- tumis bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau
- letak daun kesom dan bunga kantan, cili padi
- letakkan sos tiram, kicap cair, serbuk perisa ayam,
- sedikit air, letak ayam
- masukkan 2tspn Madu, sos plum & juici lime
- Bila ayam dah masak, letak bawang merah, lada merah
dan sedikit minyak bijan, biarkan sekijap dan angkat..
sedia untuk dihidangkan.

p/s-- tips : sebenarnya rasa setiap bahan2 yang dikisar bersama, berasingan ditumbuk lumat, ditumbuk kasar tu akan mengeluarkan rasa yang berbeza, you tryle ye.


Monday, December 6, 2010

IM BACK ..

salam..
alahai lamanya aku tak mengupdate posting..
sebab petang jumaat balik kg my mom dituaran ada perbincangan hal2 kekeluargaan sebelah my mom sempena majlis persandingan adik sepupu aku tuh...
dan paling best.. majlis yg terancang akan dihadiri oleh semua sepupu2 aku except my little num 3 brother aku yg dah masuk kolej oktober.. :(
disamping itu sempat jg lah berjalan2 di bandaraya kota kinabalu..
layan movie, pampered my body pegi bermassage... dan tut.. mcm biasalah shopping, ini yang bestnya kalu duduk kat small town leh jimat duit, tp bila ke bandaraya mcm2 laa yg nak dshopping kan.. tapi kena beringat jugalah since the price naik, terpaksa jugalah cut the expenses yg tak berkaitan dan yang paling penting jimat cermat. hohoho..

oklah layan neh gambo2 mesra rakyat aku sewaktu di kk.. sebab malas nak membuat ayat2 berjela2..


kebakaran di sinsuran petang jumaat


layan mee kuan loo ayam

with my adik sepupu patricia

hehe.. gie beli baju.. yay.. tgk sang suami suka sgt candid gambar huhu

makan2 di medan makan Suria shopping Mall

p/s-- alamak simple jek k.. neh gara2 takde mood nak menhupdate.. hoho

Tuesday, November 30, 2010

Masak :)


Salam
hehe.. resepi masak2??
sebenarnya aku asyik kekeringan idea sejak akhir2 neh.. mungkin sebab aku pening2 kepala atau lebih saintifik 'emo', tapi its ok.. sebab mcm biasa aku kena jenguk jg blog neh.. sebab sekarang neh aku dah ada ramai kawan.. kena jalan2 dblog dorang.. kecuali la kalu dah tak boleh online kan.. reason no internet ..
so boleh dikatakan aku neh mesra rakyat sikit. nasib baik lagilah tak jadi YB yek.. mesti yg ramai vote aku ini.. ( woowwww angkat bakul pulak ) sabar peminatt..
oleh kerana itu, aku saja nak posting hasil tangan ku ini.. aku banyak rujuk resepi kat myfrenlist masak2, kalau kebetulan ada bahan2 mentah so aku ikut resepi kalu takde aku suka2 hati jek nak modify. nak buat macamana betul2 terliur nak makan kan, nasib baik lagilah tak mengandung lg kalu tak ada jg ler yg merajuk memanjang.. OPpss . hihi

OKlah kawan2.. tengok2lah ye.. gambar masakan saya yg tak seberapa neh. siapa yang nak resepi nanti boleh masuk kat facebook saya ye.. hihi.. daaaaa..


ikan kembung+ asam belimbing + batang keladi Masak lemak cili Api

Ayam Masak Sweet Sour Blackpepper

Keu teow Laksa Nyonya Melaka

Roti Puding Sweet Sour

Nota kaki : sebenarnya yang paling membuat aku happy sangat2 bila dah reti masak kategori kuih muih neh.. hahaha walaupun setakat roti puding.. tp tetap membahagiakan aku sebab dah break record, yehaaaaaaaa... alhamdulillah

Monday, October 18, 2010

Seafood

Nyum... nyumm..

cerita pasal makan malam neh plak.. ttg seafood..
ramai yg giler makan seafood kan?.. lagi2 tempat daerah kelahiran aku ini mmg penghasil seafood ( heaven untuk seaffod juga
tapi aku tak leh makan sangat seafood..
udang, ketam, sotong.. siput sedut.. kupang, kerang, tiram.. hihi apa2 jelah yg sewaktu denganya.
baru-baru ini parent adalah buat steamboat seafood, gambar udang diatas tu dah tak larat nak perabiskan, stomachache terlebey sudah.. hihi.. walaupun aku allergic tp aku pon join makan sekali .. sebab dah siap bekalan ubat allergic.. yehaa.. so lepas neh.. nak makan apa2pun boleh janji ada ubat..

oklah dah nak tido.. saja nak gumbira kan hati ku ini.. enjoy the picca... ;)

Thursday, August 26, 2010

Masak2 laagii...

Salam semua..
dah jam 1.19..
ku lihat luar dan mendongak ke langit..
subhanallah.. cantik sungguh cahaya rembulan..
sumpah.. seindahnya juga bulan ramadhan.. ( itu kata2ku dlm shout dlm fb ku )
hihi..
sejak akhir2 neh mmg kekeringan idea nak posting
tapi nak tempel gambar2 memasak semasa bulan ramadhan neh..
eh.. takdelah fokus tang masak je ya dlm ramadhan neh.. tp sebab minat memasak..
Alhamdulillah.. sedap di lidah keluarga pon dah kira oklah kan..
menyenangkan hati suami..
Juadah 15 Ramadhan
Juadah 14 Ramadhan

eh hari neh dah friday.. next dah weekend.. planning nak buat apa ye?
nak gie bandar KK ke arr? blom dapat gaji lagi neh.. itulah nasib pekerja kontrak kan
tp Alhamdulillah.. tetap bersyukur.. sebab diberikan jodoh dgn kerja ku.

oklah.. taip2 punya taip tak ter post plak gambar masak2 yg tak teror neh.. hihi.. sahabat semua dah buat biskut raya ke?.,. saya? main tempah jek.. hihi

Tuesday, July 20, 2010

sambal udang dan bilis


Assalamualaikum... oh lamanya aku tidak memblog

untuk pengetahuan sahabat semua.. selepas seja majlis pelancaran 1komputer selesai... aku kembali membuzykan diri dengan task .. hihi (macamlah busy betul bah ) sebenarnya tiada idea sangat nak memblog asyik dok jalan2 blog sahabat2 maya tengok resepi.. entahlah nak dekat puasa ini.. macam nak mempelbagaikan juadah berbuka pulak.. hahaha adakah patut takdelah ini sampingan sahaja disamping kita meningkatkan ibadah kita kepadaNya. betul tak sahabat semua??...

oh hari ini.. masak asam pedas dan ayam masak coke tapi repair2 sket letak nenas.. gambar ?? lupa nak ambil.. minta maaf ya kawan2.. nak resepi?? nanti pmla.. saya pun takdelah teror sangat masak-masak ini.. sekadar memenuhi tekak suami yg teringin nak makankan.. :) Alhamdulillah.. janji suami suka.. hati isteri pon senang.. :)

oh ini interframe sket gambar sambel2 yang resepinya dari MIL dan repair sket nak tambahkan ummhnya.. sambel ini djual hasil dari cadangan suami saya. so baru test market. Alhamdulillah.. bolehlah.. takdelah untung sangat.. lagipun sambal ini masak dan tahan lama. sedap makan dengan ikan goreng.. yumm.. yumm...

oklah..oleh kerana keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan dan juga idea sangat tenat untuk post.. minta izin undur diri.. nanti sambung blog lagi ya..

Saturday, September 12, 2009

masak2 menu berbuka..


hehe.. yg ni post penting yg perlu aku masukkan.. menu time berbuka, well myhusband suka banget kalu isterinya masak sendiri untuk masuk dlm perutnya.. Alhamdulillah.. setakat neh..takde masakan yg hubby tak suka..semua pon dia suka..semua pon dia kata sedap..biasalah kalu perut dah lapar.. apapun leh balun kan abg.. abes la kalu dia baca entry aku kali neh.. hubby pon beriya2 sangat nak snap picture masakan aku neh.. dia kata nak masuk dlm photo FB dia.. nak promote lah tuh.. hinggakan satu ketika hubby cakap.. jomle syg qta wat restoren, biar abg yg jaga, takpun just a small kedai makan mcm kat esplanad tuh, syang just masak nasi ayam, nasi lemak with a little lauk pauk.., aku sendiri ckp.. leh fullfill selera orang kudat neh ke?.. hahaha.. apapun.. aku rasa bila aku masak niat untuk suami aku.. rasanya mesti sedap.. well check it out.. masak2 untuk sendiri bolehlah.. janji hubby bilang sedap.. Alhamdulillah.. kena pandai jaga perut suami kan mama zaliza.. ngeh..ngeh.. ;)
makan time.. hehehe...bnyk giler tuee

puding roti buah.. depan belakang shoot..



Nasi tomato kismis ( tak nmpk kismis dah, nipun lebihan semalam )
Ayam masak merah

Kari ketam ala mamak