Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Sunday, February 6, 2011

Menu Sihat ke neh?

Salam..
Haiya.. mau post menu makan sihat guna magic cooker my mom, very simple kalu cukup bahan bolehlah try ye .. hihi

oleh kerana siang tadi saya langsung tak makan cuma awal pagi just makan 3 ketul pisang goreng then terus keluar pegi beli barang2 untuk mejual laksa malam selasa, amazing pulak rasanya inilah penangan sakit demam+ cirit birit aku semalam.. yelah apapun, sungguh berkhasiat rasanya makan nasi halia dengan fragrant ayam madu spicy yang aku main campak ikut bahan yang sedia ada dan diserikan pulak air roselle sejuk, buah roselle tu dapat daripada makcik yang dia tanam kat belakang rumah mmg heavenlah makcik dan anak2nya hari2 minum roselle yang kaya dengan khasiat anti penuaan , anti stress , anti cancer dan macam2lah boleh tanya MR GOOGle..

ok sini, aku sertakan sekali resepi nasi halia & fragrant ayam madu spicy versi aku.. very simple kalau ko orang nak masak leh try.. tupun sape2 yang rajin masaklah tiada paksaan,.. ok choww.






Resepi Nasi Halia
BAHAN

11/2 inci Halia
2 ulas bawang putih
1 tbsp minyak jagung

CARA MEMASAK
- Tumbuk halia & bawang putih hingga lumat
- cuci beras , ambil pati halia dan bawang putih
- letakkan air, minyak dan sukat air dalam periuk
- kalu letak hampas halia dan bawang putih pun ok boleh menyihatkan badan.

RESEPI FRAGRANT AYAM MADU SPICY
BAHAN
- 4 helai daun kesom
- 4 helai bunga kantan
- 3 ulas bawang putih ( ditumbuk dan dicincang )
- 1 inci halia ( tumbuk dan cincang)
- 1 biji bawang merah besar ( 1/2 ditumbuk hingga lumat )
- 3 biji cili padi ( ditumbuk hingga lumat )
- 3 biji lada merah besar

CARA MEMASAK
- tumis bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau
- letak daun kesom dan bunga kantan, cili padi
- letakkan sos tiram, kicap cair, serbuk perisa ayam,
- sedikit air, letak ayam
- masukkan 2tspn Madu, sos plum & juici lime
- Bila ayam dah masak, letak bawang merah, lada merah
dan sedikit minyak bijan, biarkan sekijap dan angkat..
sedia untuk dihidangkan.

p/s-- tips : sebenarnya rasa setiap bahan2 yang dikisar bersama, berasingan ditumbuk lumat, ditumbuk kasar tu akan mengeluarkan rasa yang berbeza, you tryle ye.


No comments: