macam bikin takut jak baca tajuk saya ini kan...hahahaha, inilah penangan terjaga di awal pagi. yalah tidur pon dah memang awal. suami dah merajuk sebab nak guna laptop ini tapi kebetulan kami tidur kat ruang tamu sambil layan tv. Aku pulak terus tertidur. suami malas mau kejut lah tu.. yeahhh... lepas tuh terjaga pulak jam 4 pagi subuh. sambil aku mandi sebab panas sangat dan berwudhu terus menghadap kat depan laptop ini. aduhai.. baiklah punya perangai. baiklah sebab aku terus terang.. hehehe
sejak sekian lama aku meninggalkan posting di blog, ini pon baru diberi kekuatan dan kerajinan untuk memblog semula, hehehe macamlah bz sangat. tak bz pun. tapi buat2 bz. selain berbuzniz jual laksa ini, sambil2 itu mengaktifkan diri ke arena sukan walaupun aku dah jarang bersukan sekarang ini. Alhamdulillah 24 febuari tuh dah suksess register persatuan bola jaring kudat. sekarang on the progress untuk mengatur takwim pulak. Ko orang ada cadangan tak aktiviti dan program netball untuk persatuan selain daripada pertandingan dan kursus jurulatih dan pengadil??.. agak2 kalau ada yang surfer termasuk kat blog aku dan rela hati nak kongsi idea bolehlah drop kat komen ye.
ops selain daripada itu, aku dan suami sibuk mengajar anak2 oleh kerana kepakaran dalam bidang yang berlainan, so ada ibu bapa jiran sebelah rumah minta tolong bagi kan tuition Math dan English aku pon ok je ingatkan untuk UPSR sekali tengok untuk anak PMR dan SPM, adoii lah dalam hati bolehkah aku mengajar dorang ini. nasiblah aku pon tak charge mahal2 harga standard dengan status aku bukan cikgu ini. hehehe lagipun aku faham situasi parent dorang. Apapun aku salute sebab mereka ada keinginan untuk memajukan anak2 dorang. Aku doakan moga2 anak mereka ini berjaya dalam peperiksaan dan boleh bantu2 keluarga dorang. dan juga berjaya dalam kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini. ( ayat skema sikit ).
oh ya. ingatkan aku nak post untuk kopi jantan natural herbs itu, yang ini side income kami suami isteri. Alhamdulillah walaupun pendapatan lambat sikit nak dapat, syukurlah sebab ada rezeki dari Allah swt. berkat suami aku yang memang peramah dan menjaga hubungan silaturrahim. Allah permudahkan rezeki kami letak kopi-kopi ini di restoren2 dan kedai. dan kemungkinan akan expand ke restoren dan kedai daerah lain lagi. semoga Allah swt juga mempermudahkan urusan dan murahkan rezeki sahabat2 semua. Amin...amin ya robb.
oklah... nak chow-chow dulu...
No comments:
Post a Comment