Lama sudah tidak memposting.. rindu sangat.. macam2 hal berlaku semenjak akhir ini tapi yang paling menyedihkan saya kecurian ketika menjual .. habis satu handbag saya dirembat.. mgkin juga akibat kelalaian kami suami isteri ketika menjual.. ataupun mgkin bukan hak saya atau rezky saya.. takpelah leave it to Allah SWT. mungkin ada hikmahnya. tapi rasa sedih sikit sebab kamera kesayangan turut jadi mangsa.. dgn iphone saya.. so now takde lah gambar masak2.. sementara neh kena guna kamera lama.. so kualiti pun faham sendiri sajala ye..
So hari ini, resepi Daging ("PAYAU" /RUSA )masak Blackpepper, menu neh dah lama saya masak tapi baru diposting.. mmg sedap rasa daging rusa ini, adik sepupu saya dapat ketika berburu dihutan ( apesal skema betul ayat aku neh ) hehehe.. apapun bule try masak.. simple jew tapi sedap.
DAGING RUSA BLACK PEPPER BERKENTANG
BAHAN-BAHANNYA
daging rusa yang telah dipotong
( ambil sedikit bahan kisar dan peramkan selama 20 minit)
2 biji lada benggala
3 biji ubi kentang manis
BAHAN SOS
1 T/S lada hitam ( disangai dan ditumbuk hingga lumat)
1 t/s sos tomato, kicap cair sos tiram, kicap manis
1 SUDU KECIL serbuk ketumbar
Hiasan
1 btg daun sup
1 batang lada merah
1/2 bawang holland
BAHAN KISAR
1 Biji Bawang merah besar
1/2 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 halia
3 helai daun pudina , daun sup, daun bawang
CARA MEMASAK
- panaskan kuali, letak minyak
- tuangkan bahan kisar tadi...
- letak bahan sos, sebatikan dan letak air asam jawa
- letak daging bila separuh masak, letak sedikit air dan masukkan kentang
- bila daging dan kentang masak, letakkan lada benggala , lada merah dan bawang holland
- angkat dan siap untuk hidang
- tabur dgn daun sup
SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI PANAS..
daging rusa yang telah dipotong
( ambil sedikit bahan kisar dan peramkan selama 20 minit)
2 biji lada benggala
3 biji ubi kentang manis
BAHAN SOS
1 T/S lada hitam ( disangai dan ditumbuk hingga lumat)
1 t/s sos tomato, kicap cair sos tiram, kicap manis
1 SUDU KECIL serbuk ketumbar
Hiasan
1 btg daun sup
1 batang lada merah
1/2 bawang holland
BAHAN KISAR
1 Biji Bawang merah besar
1/2 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 halia
3 helai daun pudina , daun sup, daun bawang
CARA MEMASAK
- panaskan kuali, letak minyak
- tuangkan bahan kisar tadi...
- letak bahan sos, sebatikan dan letak air asam jawa
- letak daging bila separuh masak, letak sedikit air dan masukkan kentang
- bila daging dan kentang masak, letakkan lada benggala , lada merah dan bawang holland
- angkat dan siap untuk hidang
- tabur dgn daun sup
SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI PANAS..
p/s--> jangan lupa minum teh o ice takpun chinese teh ya.. sebab blackpepper neh memanaskan badan.. hehehe.. selamat mencuba :) sharing is caring
1 comment:
terlir pulak tgk blackpepper dgg tu..
Post a Comment