selamat bertemu lg... druangan masak memasak, kali ini nak post resepi Assam Laksa Penang, yang ini atas permintaan kawan2 facebook.. jadi saya postkan tp yang ini saya copy resepi dari Myresepi kepunyaan junjs11@myresepi.com, sama jek resepinya tapi mungkin ada perbezaan dari segi kepekatan, yg macam saya jual untuk berniaga so ingredient mestilah banyak sikitkan, berbeza untuk bagi makan sendiri., so kengkawan enjoy the receipi hujung2 minggu bolehlah buat, tapi kalu susah2 jek pegi beli kat gerai saya sahaja di setiap Tamu Rabu, setiap petang di Dataran Tomborungus kudat.. kut2lah sapa2 yang nak datang ke kudat jangan lupa ke gerai kami. Terima kasih :).
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang
Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa
Cara-cara
- Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
- Isi ikan dikisar.
- Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
- Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
- Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas)