Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Monday, January 10, 2011

Isu Kenapa Misbun Letak Jawatan?

Gambar ihsan daripada BeritaOnline

Ini lagi berita terhangit dalam dunia sukan Malaysia, family aku mmg tak pernah missed tgk pertandingan badminton.. CONFIRM!! emak aku conquer channel tv terus.. memang terkejut juga bila dapat tahu yg Jurulatih Badminton letak jawatan, padahal Datuk MIsbun lah yg banyak menaikkan nama pemain Malaysia seperti Dato Lee Chong Wei, Hafiz Hashim yang dari totally zero to Number 1 dan menjuarai All ENgland dan Sukan Komanwel.Isu Misbun Letak jawatan antaranya sebab BAM tak nak dengar nasihat dia supaya bagi peluang kat anak dia Ramdan Misbun tuk terus dilatih selama 3 tahun, Kasihan juga kan.. Tapi takpelah untuk maklumat lebey lanjut bacalah news neh.. ;)

Anak dikait kontroversi pengunduran Misbun

KUALA LUMPUR: Datuk Misbun Sidek memberi bayangan anaknya, Misbun Ramdan, 20, yang dikaitkan antara punca beliau nekad meletak jawatan sebagai jurulatih negara, mampu menawan dunia dalam tempoh tiga tahun lagi jika mendapat bimbingan dan latihan terbaik.

“Beri dia tempoh tiga tahun lagi,” katanya yang yakin Mis-bun Ramdan mampu menyaingi pemain dunia berikutan kejayaannya menundukkan pemain lebih ternama, Sony Dwi Kuncoro 21-13, 10-21, 21-16 pada pusingan pertama Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Indonesia, pada Oktober lalu.
“Itu adalah sasaran yang ditetapkan ke atasnya. Saya pasti kemenangan itu adalah satu titik tolak dan permulaan baik kepadanya. (Lee) Chong Wei juga terkejut dan hairan bagaimana dia boleh menewaskan Sony dalam pertemuan kali pertama, sedangkan berdasarkan pengalamannya, dia mengakui sukar menewaskan pemain Indonesia itu,” katanya.
Misbun berkata, sama seperti Hafiz Hashim yang dibentuknya daripada ‘kosong’ tetapi selepas tiga tahun mendapat bimbingannya, pemain kelahiran Kelantan itu menyerlah dengan menjuarai Seluruh England dan kemudian Sukan Komanwel.

“Daripada ranking 400 lebih, dia kini (Misbun Ramdan) berada pada ranking 100 lebih dunia,” kata Misbun yang melakukan kejutan sehari sebelum tahun baru apabila menghantar surat peletakan jawatan selaku jurulatih perseorangan negara kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Namun, jurulatih kontroversi yang genap 51 tahun bulan depan itu bagaimanapun tidak menyatakan alasan di sebalik keputusan drastik itu. Antara andaian punca beliau berbuat demikian kerana keengganan BAM memenuhi permintaan supaya anaknya yang disenaraikan dalam skuad pelapis dikendalikan Hendrawan, dimasukkan dalam skuad elit bagi membolehkannya membimbing anaknya itu.

Bagaimanapun, BAM tidak mahu melayan permintaan itu kerana Misbun Ramdan belum layak disenaraikan dalam skuad elit, selain tidak mahu dilihat pilih kasih kerana ada empat lagi pemain pelapis yang mempunyai ranking lebih baik daripada anaknya itu.

No comments: