Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, June 16, 2010

Apa Boleh buat..


Baru sahaja terima email daripada majikan.. oh sungguh aku sedih ketika membacanya, tapi sebagai kuli kepada kerajaan. kami terima itu sebagai arahan, nak marah atau nak boikot jauh sekali .. dengan status sebagai pekerja sementara.. so jgnlah nak bnyk argue.. cuma boleh ku luahkan disini. Apa boleh buat.. ya itu sahajalah yang dapat diberikan.

ceritanya begini.. penerimaan gaji setiap bulan di anjak lagi lambat setiap 15 hb, syukur alhamdulillah.. ( aku tetap bersyukur sebab sudah ditetapkan penerimaan gaji 15 hb, dan juga jika jatuh tarikh cuti penerimaan gaji akan dianjak pada waktu bekerja, bukannya terima awal OK! ) tapi harap2lah lepas ini tidak dianjak lagi ke tarikh yg lebih lambat selain selain alasan yg telah dinyatakan lah kan ).

Ini lah nasib pekerja kontrak yang tidak tahu apa kesudahannyakan.. rezeki semuanya dari Allah swt. tidak perlu takut dan risau.. janji kita sentiasa berikhtiar .. betul tak? dan buat semua geng fasilitator schoolnet, mungkin yang masih bujang itu tidak apalah tapi kasihanilah kepada mereka yang sudah bekerja dan bergantung harapan sepenuhnya kepada gaji daripada pekerjaan ini untuk sesuap nasi. Jangan disebabkan kesilapan kita orang lain pun terima padahnya kan. kalau boleh cubalah buat sepertimana di minta oleh majikan kita. Apapun fikirlah setiap pekerjaan kita ini adalah tanggungjawab dan Amanah buat kita. kalau rasa pekerjaan ini mendatangkan masalah buat anda.. tidak perlu tunggu .. quit sahaja bagi peluang untuk mereka yang betul2 perlukan pekerjaan ini kan.

oklah mood jadi tak tentu sahaja bila terima berita ini, agak2 kalau saya suarakan kepada PM kita PM kita boleh consider tak ?.. :)

pssst ( dengar2--> RMK10 ada peluang diwujudkan 10 juta org untuk kerja kosong,( kalau silap tolong perbetulkan ye ) rasa2 bnyk ke kerja kosong disabah ini akan diwujudkan untuk rakyat sabah sebab kalau bukan dari sabah rasanya tak menang BN neh.. hihi.. )

No comments: