Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Saturday, May 21, 2011

Resepi Assam Laksa

Assalamualaikum...

selamat bertemu lg... druangan masak memasak, kali ini nak post resepi Assam Laksa Penang, yang ini atas permintaan kawan2 facebook.. jadi saya postkan tp yang ini saya copy resepi dari Myresepi kepunyaan junjs11@myresepi.com, sama jek resepinya tapi mungkin ada perbezaan dari segi kepekatan, yg macam saya jual untuk berniaga so ingredient mestilah banyak sikitkan, berbeza untuk bagi makan sendiri., so kengkawan enjoy the receipi hujung2 minggu bolehlah buat, tapi kalu susah2 jek pegi beli kat gerai saya sahaja di setiap Tamu Rabu, setiap petang di Dataran Tomborungus kudat.. kut2lah sapa2 yang nak datang ke kudat jangan lupa ke gerai kami. Terima kasih :).


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang
Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
  5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas)



Assam Laksa siap untuk customer



Kuah Laksa yang still hangat dalam periuk


Kuah yang terakhir, yg ini kami yg makan.. hihi

p/s--> sesiapa yang ingin mengenali dan membeli produk kami di sekitar yang berdekatan area kudat jangan lupa contact kami ya. :)

Sunday, May 15, 2011

Resepi Ikan Belanak Masak Ampap

Salam semua..

pakabar semua geng blogger, hari ini baru boleh update content. Semalam ramai jg kawan2 tanya kenapa tak boleh access dalam blog dan update posting, rasanya server blogspot ada problem. mesti ramai kawan2 yang postpone posting kan.. hehe.. so hari ini nak masukkan resepi masakan orang sabah, very simple dan menu yang sihat. Parent aku mmg suka makan masakan ini lebih2 kalu dapat ikan yang masih fresh, bahan2nya pun senang dan mudah diperolehi. ok check it out.

IKAN BELANAK MASAK AMPAP
BAHAN-BAHAN

IKAN BELANAK ( potong )
6 Biji Asam Belimbing
1 pokok daun kemangi

BAHAN ( DITUMBUK LUMAT)
1/2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili api
2 Cawan air
3 sudu minyak makan

CARA MEMASAK
- panaskan kuali, letak minyak makan
- masukkan bahan kisar, sebatikan dan hingga naik bau
- letak 1 cawan air, dan ikan yang diperam dgn garam
-gaul hingga sebati, letak secawan air dan asam belimbing
- tutup tunggu hingga air mendidih
- sedia untuk dihidangkan

p/s = selalunya makan dengan kerabu mangga+ikan bilis+daun kemangi dan nasi panas. very simple dishes dan healthy ;)
*** kalau tiada ikan belanak guna ikan kerisi pun sedap ;)

Wednesday, May 11, 2011

Kepala Ikan Masin putih + kobis Masak Lemak Cili Api

Opss..

terlebey sudah.. Ok yg neh post gambar masakan yang lama dan nak post untuk resepi seterusnya. Memang sedap masak lemak kobis neh tapi saya modify letak kepala ikan masin putih.. wallaa.. tu belom letak isi ikan lagi.. kalu makan dgn ikan goreng, sambal belacan dan nasi panas neh mmg nanges laaa.. 1st time makan sayur kobis waktu study kat shah alam dulu, mmg pelikla jg rasanya sebab selama neh makan sayur kobis masak tumis takpun buat ulam je... hehehe.. takpe.. apapun layan ye..

SAYUR KOBIS KEPALA IKAN MASIN PUTIH LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN
2 KEPALA IKAN PUTIH MASIN
100 gram isi ikan putih
1/2 sayur kobis
1 batang sayur Lobak
600 ml air bersampur santan kotak

BAHAN KISAR
1 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 halia
10 biji cili padi
30 gram belacan
30 gram bilis

CARA MEMASAK
- panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau
- masukkan ikan masin,sebatikan
- tuangkan air santan, kecilkan api tunggu hingga mendidih
- masukkan lobak, letak air lagi
- akhir sekali masukkan sayur kobis
- tunggu 5 minit tutup api.