Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Monday, May 16, 2016

cari ikan...???

assalamualaikum
selamat malam
10.29 PM
16 Mei 2016

awal pagi suami ajak keluar pergi pasar, ya seperti biasalah bah kalau sudah start berniaga ini mahu enda mahu kena keluar cari bahan-bahan, keluar sahaja enda sempat sarapan, kalu sarapan lagi tu confirm2lah rehat, baring sekali keluar mahunya jam brapa? sebab tauke ikan tu dah cakap kalau mahu ikan bakulan / kayu kena datang awal pagi.. nah nasiblah waktu datang tu ikan kena punggah dari kapal so dapat lah ikan fresh tapi harga sudah rm5.00 sekilo, dan jenis ikan tuna tu pulak rm5.50, sotong dapat rm7.00.. syukur alhamdulillah sotong tu mahal dpt murah juga.



nah nampak kamu muka ku tuh.. menampakkan kepanasan yang melampau, dan pusat pemunggahan ikan belakang tu nampak kapal besar tuh, dan juga ikan bakulan / kayu yang segar bugar tuh.. penuh satu besen. amek ko, dalam plastik lagi. 45kg semua. haaa amekk.. belum campur sotong pensel jenis yg panjang2 tuh.. hehehe sedap ko buat sambal sotong makan dengan nasi lemak siapa mahu nanti aku delivery, nasi lemak dengan sambal sotong variasi medan. ngeee... confirm berasap2 telinga. weeee... dan dibawah tu lah gambonya lauk pauk

lauk pauk of today for dinner
sotongmasakitampedas
ikankayumasakterjun / masak rebus / masak pindang
sayur buncis goreng pon sodapp..

memandangkan tengahari sudah tahap kebulur memang nak tunggu balik rumah nanti sempat lagi perang lakibini so setelah dipersetujui dengan bajet2 yang ada kami makanlah diluar, bajet rm13 oklah kan. hehehe.

dan juga sempat merembat 3 parfum 10% discount, rm121. wawa terbang duit gue. nda pa lah lepas ini cari side income jual ais krim mangga pulak.

so ini jelah yg aku mau cerita, malas mo cerita panjang sangat dah terlalu panjang pon shizan, daaa.. good nite..

Sunday, May 15, 2016

Alhamdulillah.. Aku memblog lagi 2016 im come back

Assalamualaikum

hi selamat malam semua, punyalah lama tidak memposting kan.. since 2013 semenjak aku kehilangan orang yang paling aku sayang iaitu almarhum ayahanda ku. bukan senang melupai memori lama. apa lagi aku yang anak sulung, tiap kali menaip air mata turun macam air paip juga, boleh2 aku sibukan diri waktu kenduri almarhum ayahanda ku dengan apa seja aktiviti.. tau ramai yang mengata, anak apa tinggalkan kenduri tapi mereka sendiri tidak merasa apa yang aku rasa, tiap kali habis berniaga di pasar tamu. seolah olah aku terlihat arwah bapa sedang menunggu dihadapan pintu tanya "habiskah jualanmu".... alamak menaip ini menangis..Al Fatihah. bapa kolah sumber kekuatan ku..

2 mei 2014 pulak kisah hitam kami suami isteri dan anak angkat kami.. aduii ini pun payah mau cerita, eksiden berlaku.. ya Ampun.. Allah swt masih sayang kat kami tapi, anak angkat meninggal semasa perjalanan ke hospital.. sewaktu melalui fasa kehilangan kami diuji dengan tidak dipeduli kan, Allah sahaja tempat kami meletak pengharapan, di uji dengan kehilangan orang tersayang, di uji dengan kasih sayang tempat mengadu dan juga diuji dengan kasih sayang suami. masya Allah, memang indah kasihNya Allah kepada ku.

disember 2015, kami kehilangan orang yang tersayang lagi.. ibu mentua ku, nasiblah dengan izin Allah sempat juga bertemu denganya kali kedua sewaktu bercuti raya korban di medan. Allah cantik sungguh aturan mu walapun waktu tu kewangan ibarat cukup cukup makan tapi niat kerana berukhuwah itu ko permudahkan urusan kami. berjumpa lah dengan sanak saudara ahli keluarga adik beradik suami berkumpul beramai ramai, dan tarikh keramat itulah juga ibu mentua telah meninggalkan kami semua. alhamdulillah suami sempat menabur bakti sebelum mentua meninggal. dan Allah permudahkan aturan perjalanan suami dengan kewangan yang ciput. Allah Maha Suci Engkau Maha Pemurah dan Pengasihani. Kun Fa Ya Kun. mungkin agaknya kuasa visual dan niat itu yg dipermudakan oleh Nya.

apapun masa berlalu dengan pantas 2016. azam baru semuanya serba baru spendet pon baru.. hehehe..

oh ya. alhamdulillah 4 bulan kami stop berniaga. apapun satu peningkatan dalam hidup kami, orang rajin yang sentiasa berusaha meningkatkan kehidupan orang lain memang pintu rezeki sentiasa ada. itukan sudah janji Allah ya pastinya. banyak asam garam selama 4 bulan ini dan biarlah Allah swt sahaja maha mengetahui. dan yang pasti orang berilmu itu sentiasa move on secara positif, eh bukan aku yang cakap DR Azizan dan  itulah tindakan yang aku ambil bersama sang suami. rezeki itu hadir daripada doa, dan hadir  di tempat yang jelas. berniaga itu mengajar kita meletakan harapan sepenuhnya kepada Allah swt. tidak kisahlah berniaga apa.

PROJEK?.. syukurlah kalau ada rezeki melalui projek kan.. tapi biarlah.. harum apapun peluh yg menitis daripada tubuh kami dan berniaga ini biar Allah sahaja yang menilai. tidak perlu takut yang kita takut bila kita diberi kesenangan kita lupa tanggungjawab kita terutamanya 5 waktu kepada Allah SWT.

apapun ok cukup dulu.. start lagi membuat kerja walaupun tidak berbayar tapi adalah bayaran nya nanti.. hehehe..

la tahzan innallaha ma'ana
Man Jadda Wa jadda
Hasbunallah wanikmal wakeel
Rabbi Yassir wala tu assir, Rabbi tammim bi khair.

Friday, February 1, 2013

AKU DAH KURUS??? JOM BER VCO, CATALYST PRODUK

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT PAGI 2.22 AM SABTU

Sebenarnya tadik malam tertido awal, dah bentang toto kat ruang tamu ini, bila terjaga tengok suami dah tertido kat sebelah memang we all planning pun tidur kat ruang tamu hari ini sebab menonton dvd the expatriate. best gak citernya tu yang dah 2 kali dok tengok tuh. kekekekkee

opps menarik pulak tajuk ini kan, sebabnya dah ramai yang tegur kat saya, badan dah susut dipendekkan cerita saya ini memang keturunan badan yg punya tulang besar so adik beradik tu semua pun macam itu ye. dan antara adik beradik i la yg paling rendah even tinggi i dalam 5'7, kawan2 cakap aku nyer tinggi ini leh jadi model, nasiblah aku tak jadi model.

so.. sekarang ini tiap mana i pegi mesti ada orang tegur, izan badan dah susut ya makan hati ke? apa daaaa.. adalah lak makan hati.. alhamdulillah  tahun ini AURA saya adalah yang positif, itu je petuanya.


DIJADIKAN CERITA, Semenjak September 2012 saya dah amalkan makan Minyak Kelapa Dara  (VCO) produk Catalyst, itu jek.. kebetulan saya stokis dan alhamdulilah VCO ini kalau diamalkan secara konsisten dapat mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit yang lain, banyak kebaikan dan kehebatan VCO ini sebenarnya. dan yang paling penting harga juga mampu milik.

 Kesannya kat saya, perut yang buncit sekarang dah semakin flat, lelemak geleber kat paha dan lengan pun dah kurang, itu bukan saya yg cakap tapi kawan2 dan saudara mara.

tengokler leleamk kat lengan i tu meriah you
 Syukur sangat2.. ini saya upload gambar sebelum dan selepas,ala tomel2nya, tapi yang paling penting VCO ini kita amalkan sebagai supplement  harian.


 dan juga sesuai di ambil dengan  produk yang lain dalam catalyst. ( amboii dok promote pulak haku ini ). Selain untuk diguna sendiri, dapat juga kita menjana pendapatan kan,


so sesiapa YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI / MEMBER KAWASAN SABAH, PULAU BANGGI, PITAS DAN KUDAT ATAU MANA2 AREA BOLEH JEK PM I KAT NOMBOR TERTERA. :). JANGAN MALU DAN SEGAN YA. :) I LOVE CATALYST.

Monday, January 28, 2013

Assam laksa mariee

10.00 pm
isnin..

wow dah jam 10 rupanya, lewat hari ini hubby balik mesti lapar sekarang ini tengah tunggu suami yang dok praktis marhaban kat masjid. confirm dah sampai rumah ini makan macam orang kebulur setahun. Ampoon suamiku jangan mare ye.

so esok adalah "tamu"atau pun pasar malam istilah untuk orang melaya,memang hot spot untuk peniaga seperti kami ini, jual assam laksa sahaja, tapi berbungkus-bungkus kekadang sampailah dalam seratus lebih jualananya. dan semoga  Allah murahkan rezeki kami berdua untuk hari esok pulak, Aamin ya robb. suami adalah orang kuat atau tulang belakang pembantu terbaik ku di dapur.walaupun kekadang berperang juga. perkara biasa lah kan. so rasa masakan tu pun meriah juga.

orait suami dah sampai, nak prepare makanan dulu.. sup ayam dengan labu putih, ikan masin dan telur goreng jeklah lauk pauk hari ini. daaaa sambung esok ye.


Saturday, January 26, 2013

Happy weekend ..sunday :)

Assalamualaikum
12.52 PM
Sunday 27 Januari

selamat tenghari.. hari ini lepak2 kat rumah ingatkan nak pergi "tamu Ahad Di pekan sikuati"" rupanya terlajak tido pulak dah tu suami dok sibuk bersihkan kereta. so lepak kat rumah ajelah masak nasi, sarapan pagi teh tarik dan roti dengan telur dadar. dilayan...

lepas tu suami pulak dok layan bersihkan joran, then taraaaaa suami dah beli kan joran tuk saya. murah aje tu nak tangkap anak2 ikan kat tepi2 tu jek bukan yg leh lempar kat tengah laut tuh.. yelah sambil temankan dia baik saya layan memancing juga kan manale tau dapat ikan nanti.. ikan nemo ke.. kekeke banyakler ko punya ikan nemo.


okcay yg ini gambar mangga yang telah masak, i jeruk kan sahaja ye .. sedappp okcay makan tengahari ini macam orang mengidam pulak aku ye. Aamiin. ya robb. mangga ini hubby yang kutip, pokok dia kat belakang pelik juga sebab tengok takde pulak buah mangga tetiba  dah jatuh. dia tak bagi kita makan buah dia yang mentah kut. hahahha.. 

Beautiful sunset Mengkabong Tuaran
oklah nak rehat dulu kejap lagi nak masak lauk pauk tengahari,

Kiulu River , Tamparuli
Anyway tuk en suami. i love u so much. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kita suami isteri,

Sandy beaches The Tip of Borneo, Simpang Mengayau
hehehe puji2 suami dulu sebab dia dah tolong saya bersihkan dapur dan tandas. dan saya sertakan sedikit gambar yang saya ambil sepanjang jalan-jalan very beautiful scenery.. subhanallah.







VARIETY OF MY LAKSA ( tangkap lelehhh )

Assalamualaikum
7.51 PM
sengaja nak melewat2kan solat isyak apadaaa ko ini izan..

sebenarnya tengah tunggu waktu tapi dah terlajak waktu i means nak solat lah awal waktu kan, di sabah ini lebih lebih di area kudat, waktu solat memangler awal ye. heavenler aku kalu time bulan ramadhon. kekekee mengada2. sempat lagi. 

oppss.. sebenarnya nak mempost sahaja gambar2 versi laksa yang aku dah pernah buat. nyum2 ingat nak buat laksa kari lagi tapi memandangkan kami suami isteri dapat jemputan makan-makan di rumah parent anak mengaji dia so pergilah ye, cuma sekarang ini sambil dok tunggu suami balik daripada prektis marhaban dia sempena perarakan Maulud nabi 9 febuari. oklah saja nak bagi kawan-kawan terliur dengan koleksi gambar saya takdanya sedap gambar jak yang sedap. hehehe tapi alhamdulillah suami saya cakap dia suka masakan saya walaupun saya akui ummi aka mak mertua saya punya masakan lagi palinggg sadappppp macam di KK, orang sabah bilang. hehehehe.. ( takde unsur jealous tauu , ini lah kehebatan mak mertua saya )

citer saya hari ini, saya seharian temankan suami saya meng'TAN" kan kulit dengan memancing ikan, hehehe pree je kan, that why foreigner suka sangat kat malaysia ini sebab matahari dia sungguh ceria, alhamdulillah dapatlah ikan kerapu dan ikan batu kita orang panggil kecil jek pon baru nak belajar mengoratt.. alahai goreng pon sodap. oklah tu je pon yg saya nak hebohkan.. kekeke .. so enjoice the laksa.. ;)

my laksa penang

My Laksa Nyonya 
Assam Laksa with Telur mata kerabau

KEW TIAU CELUP 

lAKSA JOHOR ( TAKDE NENAS ULAMNYA TAPI SAJA TAMBAH2) 
MEE REBUS ( PEKAT SKET KUAHNYA I LOIKE )
KUE TIAU LAKSA MELAKA
Inilah hasil-hasil air tangan saya, syukur alhamdulillah penambat selera suami. so janganlah terkejut ye tengok perut suami saya nampak meriah sket, almaklumler makanan pun meriah sedikit. hehehe. oklah dah 8.21 pm. nak solat isyak dulu.. tatata...hehehe ;)

KOPI JANTAN STRONG MAN NATURAL HERBS


KOPI JANTAN STRONG MAN NATURAL HERBS TERHEBAT 2013

KOPI JANTAN NATURAL HERBS COFFEE

Natural Herbs Coffee Tongkat Ali adalah  campuran kopi eksotik yang di adun dari kopi terpilih dan diperkayakan dengan estrak Tongkat Ali, krimmer bukan tenusu dan stevia. Kopi yang penuh kelainan dan kelebihan. Nikmatilah Natural Herbs Tongkat Ali setiap hari dan rasailah perbezaannya.

KOPI JANTAN STRONG MAN NATURAL HERBS, INI ADA DUA JENIS YE. YANG MENGGUNAKAN GULA STEVIA SO KEBAIKAN DIA BERGANDA, YANG GAMBAR KAT BAWAH INI MEMPUNYAI STEVIA, YANG SATU LAGI TANPA GULA. SO RASA DIA ADALAH PAHIT SIKIT, UNTUK PENGGUNA PERTAMA KALI DI CADANGKAN MENGGUNAKAN SEPARUH PAKET DAN KESAN YANG PALING BAIK SEKALI MINUM PADA WAKTU ANDA NAK TIDUR. IN SHAA ALLAH. 

KOPI JANTAN NATURAL HERBS STRONG MAN STEVIA, 13 GRAM, 25 PAKET
MACA
  1. Menambahkan tenaga dan daya ketahanan diri
  2. Menambahkan stamina
  3. Membantu mengurangkan sindrom keletihan yang kronik
  4. Meningkatkan fungsi seksual lelaki / perempuan
  5. Meningkatkan kadar kesuburan bagi manusia
  6. Mengurangkan kesan ketidak seimbangan hormone ketika menopos dan andropos
  7. Membantu melancarkan fungsi hormone
  8. Membantu mengatasi  kemurungan dan memberikan ketenangan
  9. Mengurangkan stress dan kebimbangan
  10. Bertindakbalas terhadap sistem perjalanan darah, membuatkan kulit kelihatan muda
  11. Membantu mengatasi anemia, masalah tulang, osteomalacia dan kanser perut
  12. Baik untuk gigi dan tulang yang sihat
  13.  Bertindak sebagai pembasmi kulat dan bacteria
  14. Merupakan alternative kepada anabolic steroid, membantu pertumbuhan otot
  15. Tidak mengakibatkan ketagihan

GUARANA
  1. Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat
  2. Memerangi Radikal Bebas
  3. Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf
  4. Memperbaiki sistem penghadaman
  5. Mengaktifkan sel-se hati untuk mencegah keracunan makan, keracunan Alkohol
  6. Merendahkan kolestrol dan asid lemak
  7. Menguatkan sistem imunisasi
  8. Awet muda
  9. Melawaskan kencing, menguatkan keupayaan seksual
10.  Mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan
11.  Menghilangkan rasa lapar dan menguatkan badan

KOPI JANTAN STRONG MAN NATURAL HERBS, 25 GRAM, 20 PAKET.

PRODUK KOPI HERBA ASLI ( NATURAL HERBS COFFEE )
  1. Menambahkan tenaga
  2. Meningkatkan keupayaan seksual
  3. Meningkatkan kecergasan
  4. Mengurangkan tahap tekanan
  5. Membantu pesakit diabetes
  6. Mengurangkan kelesuan
  7. Merawat Menopos
  8. Mengurangkan sakti sendi
  9. Melancarkan pengaliran darah
10.  Membantu perkembangan sel otak
11.  Meningkatkan metabolism
12.  Melambatkan kesan penuaan

TIDAK SESUAI UNTUK : ( SILA AMBIL PERHATIAN YE )
  1. Individu yang mempunyai masalah jantung
  2. Wanita hamil
  3. Kanak-kanak
  4. Orang yang sensitive terhadap kafien
KHASIAT DAN FUNGSI :
  1. Melancar edaran darah
  2. Minuman kesihatan
  3. Menstabil status darah tinggi dan rendah ( Gandingan Guarano dan Ekstak TOngkat Ali )
  4. Mencuci Buah pinggang ( Ekstrak Macca Roots )
  5. Ransangan Seks untuk lelaki
PANTANG : AIR KELAPA, ARAK , ALKOHOL DAN ASAM LIMAU
CARA MENGAMBIL :
  1. 1 Jam selepas makan nasi
  2. Pastikan air betul2 panas
  3. Lepas minum , akan rasa panas dalaman atau pening ( ini adalah kebiasaan )

HUBUNGI :
MARKETING OSRAH ENTERPRISE
MUHAMMAD SUFYAN
0198604974
EMAIL : shiezanshop@gmail.com 

Teruskan meminum, sekurang-kurangnya 2 paket seminggu. Lagi banyak lagi bagus kerana akan memperbaiki urat saraf kita.

----> ZASSS iklan sekejap produk suami saya jual, sesiapa yang berminat boleh menghubungi dia ye. ini iklan berbayar tau sebab promote kat blog saya. hehehe

Friday, January 25, 2013

posto posto lagi...

Assalamualaikum 1.48 AM sabtu

Awal pagi dah ini mata tak leh lelap.. ya Allah ini lah penangan kopi RadiX Ping/ Ais . tadik malam temankan suami pergi memancing di Dataran Esplanad Kudat tepi laut, disinari sang rembulan 13 rabiualawal. Subhanallah.. romantik gue dating memancing dengan suami. kekeke walaupun cuma anak2 ikan dan ikan kerapu sebesar tapak tangan ku sahaja yg paling besar telah membuat suamiku kembang idung sekejap. hehehe.. syukurlah dapat jugalah nak goreng pon sodapppp.

SAYUR kampung, dalam plastik tuh ada pucuk ubi, bunga betik, sayur labu merah, labu putih aroma pandan, lada  hijau, dan pisang hijau yang sungguh sedap.

gambar diatas tuh, sayur2 yang saya beli dari pasar tamu rabu, buy one free one, beli labu putih free labu merah, beli pisang dapat lada hijau.rezeki kan alhamdulillah . Labu putih itu ada aroma bau pandan, bukannya letak daun pandan tau memang dah aroma dia macam tuh harga pun dah jatuh rm2.00. syukurlah selalunya harga dalam rm4.00 juga mungkin sebab penjual tak nak bawak jualan dia balik ye tak. bagi harga runtuh jek. pisang tu pulak besok nak buat cucur pisang sebab dah lembut sangat isi sebab dah masak sangat. 


ini pulak lauk pauk untuk hari ini for our dinner, hehehe cuma sup ayam dan labu putih, aiyaarrk harum semerbak pandan sup aku, air rozelle homemade, dan makan sekuali dengan suami hehehe sunnah ini. dan ikan kerapu yang suami aku pancing fuhhhh manis lagi isinya dan juga ikan terubuk masin dan wowww paling sadapppp orang sabah bilang tuang segala baki2 sambal pedas belacan tuh. bertambah2 suami aku makan. alhamdulillah. janji suami makan.


oppaaaa ... hahaha ini pulak gambar supper suami aku, balik2 dari memancing dia nak lagi menjamah sup ini nasiblah masak lebih kalau tidak, bertungkus lumus lagi lah saya ke dapur memasak sup ini, tapi mudah jek masak main campak je, oleh kerana buah labu air ini dia dah ada aroma pandan semula jadi so mudahlah saya nak memasak. hehehehe nak resepi tak?.. 

RESEPI SUP AYAM DAN LABU AIR AROMA PANDAN

BAHAN-BAHANNYA
LABU PUTIH POTONG 
3 INCHI HALIA
4 ULAS BAWANG PUTIH
BAWANG GORENG
SERBUK LADA PUTIH/HITAM
1 CAMCA MINYAK BIJAN
SERBUK PERASA
GARAM

CARA MEMASAK
REBUSKAN AIR, LETAK HALIA DAN BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH GORENG
BILA MERENEH AIR TERSEBUT TABURKAN SERBUK LADA PUTIH/HITAM
LETAK AYAM TUNGGU DAH MASAK LETAK
HIRISAN LABU PUTIH. CHICKEN BALL
BAHAN PERASA, GARAM DAN MINYAK BIJAN
KACAU HINGGA SEBATI 
DAN SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN.. 


TADA.... SIMPLE JEK KAN. OK PREN MATA DAH MENGANTUK. UARGHHHH.. BYE2 PREN. 






Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MAULUD NABI

Alamak rajin pulak ku memposting, sebenarnya a bit tense dlm 9/100 jer hehehe sebab picture dalam blog tidak appear, oh sedeynya gue.. kenapa? kenapa ? kenapa ?.. ada yang boleh membantu ke? kedua-dua gambar dalam blog saya tidak keluar.. adakah perlu membuat blog baru?? aiyarkk

sebenarnya hari ini we off berbusiness, sempena maulud nabi dan suami pergi jemputan kenduri. so pegi lah memenuhi  jemputan daripada jiran, saya pulak stay at home sebab ada cik bisul tumbuh oh tidakkk.... tapi sempat juga membuat projek jeruk jambu dan jeruk lada

Jeruk Jambu


dan yang paling penting nyum nyum pekena dengan bee hoon goreng black pepper.. fuhhh makan tengahari yang paling marbeles untuk saya. hahahaha sang suami kata dia pun nak  makan beehon goreng tu walaupun dah makan tengahari. huhu tamaha ( tamak ) betul...takpelah untuk kekanda pujaan hati hehehe.

Beehon Blackpepper Goreng

seharian dirumah, alhamdulillah dapat juga rezeki jual seaweed, murah-murah aja yang purple gred AAA saya jual rm55 termasuk postage dan yg kuning keemasan iaitu gred AA Rm45 jg termasuk postage. sesambil itu kononnya nak develop dan design website, cadangnya lah malangnya idea stuck . esok2 ajelah aku buat... klah ini rehat jap

Tuesday, January 22, 2013

ciceter lagi

Assalamualaikum...
selamat tengahari. hehehe letih semalam masih lagi terasa, tp alhamdulillah syukur sangat2 sold out lagi semalam disamping tempahan dari Maybank. Rasa macam tak larat sudah apa taknya since sabtu meeting dan isnin pula. malam isnin tu juga kena balik hometown rehat sekejap terus berperang di dapur. uhuk..uhuk kerana mencari sesuap nasi. sedih den..  apanya lah mau sedih kan. cari rezeki yang halal macam itulah. dan yang paling KEBERKATAN sesuatu rezeki itu yang paling penting untuk sebuah keluarga dan juga anak-anak dalam perut ini. Aaminn.. hehehhee.

Dipendekan cerita, sabtu tu bertolak dari kudat jam 8 pagi stuck sekejap di Kota Marudu ya Allah banjir nasib baiklah dapat limpas juga, hehehe dan terus ke Kota Kinabalu, jumpa kawan sat ke meeting Stokis Catalyst Product, alhamdulillah dapat jumpa dengan stokis2 yang selama ini cuma berhubung dan bersua muka di alam maya iaitu facebook. akan datang lah pelbagai program dan strategi bersama- sama dan akan bertemu lagi 23 Feb ini.. yeahhh tak sabar berkongsi passion dengan rakan2.


Ahad pulak, rehat di rumah, memandangkan hotel pree jek iaitu bertamu drumah my late grandpa dan my beloved aunty dengan sepupu.( Ampuun ) sempat juga  bertamu di Tamu Tuaran, macam-macam ada disitu. sempatlah merembat Gado2 dan Bakso.. aiyoyo.. sadap maaa macam rasa di Indo sahaja.. kekeke

Isnin.... awal pagi sudah bertolak ke kota kinabalu, sebelum tu sempat lagi merembat goreng cempedak dgn ubi keladi...memang fullblast bah perut..syukur alhamdulillah.. my aunty yang masak sambil borak dan menganyam ketupat... hahahaha.. banyakler ketupat yang dibuat.

oklah pren.. nanti kita jumpa lagi yer... next posting


Friday, January 18, 2013

Selamat Tahun 2013

Assalamualaikum Buat kawan-kawan blogger, punyalah letih membersihkan sawang-sawang yang berlambak-lambak dalam rumah blog.hehheehe ye2 je kan.. tiap kali dah dok taip2 mesti hilang semua kata-kata saya dalam blog ini. alahai sabar sejalah dan yg menyedihkan semua gambar dalam blog ini dah hilang. sedih betul lah. kenapa ye??.. oppss esok saya nak ke kota kinabalu, sebab ada meeting dengan Distributor Catalyst dengan kawan kawan stokis yang lain dan isnin nih pulak perjumpaan persatuan usahanita sabah dengan pengerusi usahanita sabah, datuk Azizah binti Dun. rasanya macam dah tukar pengerusi ini.. harap2 selasa ini dapatlah bertamu di Tamu Kudat, sumber rezeki kami berniaga beginilah terkejar sana sini mencari rezeki yang halal. OPpss lagipun nak kumpul duit nak join seminar berani 2013 Mei ini, oh Ya Allah permudakanlah. sedih juga sebab suami tak dapat join sama. itupun kalu i dapat join ler kan. Lepas balik ini pulak nak buat AGM dengan persatuan Netball.. Ya Allah permudahkanlah urusan2 ku... pening kepala jap pegang jawatan setiausaha2 di persatuan ini, tapi takpalah ilmu dan pengalaman baru untk saya.. :) oklah daaa

 psstttt---ok tak gambar ini.. ;)

Monday, June 11, 2012

Good Morning my love

uhuk2.. terbangun jam 3.00 pagi ini.

terus tak boleh nak lelap, kalau time aku bersih mesti bersungguh2 nak buat solat sunat ini. apapun alhamdulillah sebab aku masih diberikan peluang untuk bangun, mencari ketengangan di 1/3 malam sehinggalah aku berjaya untuk mencuci kain selimut yang tebal akibat ketembusan. memungut manga2 masak dan juga menyiram pokok bunga dan pokok lada ku. kasian ku lihat tanam-tanaman ku semuanya sudah seperti mau layu. itulah pemalas kan.. hehehe

well, mau cerita apa ya di awal pagi ini.?? oklah cerita tentang pertandingan netball hari itu. alhamdulillah berjaya juga. walaupun semuanya dibuat secara last minute tapi syukurlah berkat kerjasama wonder pet, eh bukan power puff girl akhirnya pertandingan tersebut berjalan dengan lancar sehinggalah ke hari penutupan/perasmian. Johan Anak Sabah Junior (1). bagus2 ada peningkatan apa yang penting kerjasama dan semangat sukan itu. main elok2 jangan gaduh2 enda best kan, pertandingan seperti ini juga salah satu untuk merapatkan ukhuwah dan meluaskan network. terutamanya siapa2 yang ada business itu, sila2 lah keluarkan kad buzniz dan boleh di edar kepada teman2 sepermainan dan juga yang lain2. hehehehe.

ok lagi cerita untuk persiapan Pesta Kelapa di Daerah Kudat pada 28-30 jun ini... alhamdulillah sebab dah awal booking tempat meniaga so sekarang ini nak short list keperluan untuk meniaga nanti, dan produk2 yang dijual laksa penang, nasi tomato dan rojak buah minuman2. hehehe. cuma kekangan kakitangan sahaja. harap2lah adik2ku ini mood bagus dan boleh tolong aku. well sesiapa sabahan yang duduk daerah lain, bolehlah datang tengok aktiviti dan program semasa pesta kelapa ini ya.

oklah rasa dah mengantuk, dah jam 6.53 am. nak tidur sekejap sebab hari ini nak masak2 banyak, malam tamu kan.. orait bebeh. till we meet again on my next post.

Monday, June 4, 2012

im back.. cecerita lagi..

Ok im coming back...

2 hari off, sabtu dan ahad balik ke kampung sebab adik sepupu buat kenduri nikah. Alhamdulillah semoga rumahtangganya sentiasa berada dalam sakinah, mawaddah dan warahmah. Amin ya robb. ikutkan hari ini naik rumah pihak lelaki ( belah sepupu kami ), singgah sekejap jak tadik kat rumah sepupu sebab hari ini isnin,. jam 1.00 kena bergerak balik ke kudat. Esok selasa kami nak buka gerai, di pasar tamu kudat. sumber rezeki kami suami isteri. kebetulan stok kopi jantan baru jek sampai.. bzlah sikit nak mengurusnya. rabu kena hantar kepada stokis kami di Kota Marudu. Untung sikit sahaja.. tapi Alhamdulillah, terasa sangat berkat duit perniagaan kami..

ikutkan malam isnin ini aku ada tuition class untuk anak-anak jiran ku tapi terpaksa cancel dulu kerana dek keletihan.. semua last minute nak buat kerja, sandi juga mau asingkan isi ikan dari tulang, blender isi2 ikan kan. nasiblah ada dua pembantu kecil kami, bolehlah nak rehat2kan badan sambil lekatkan sticker kat paket kopi dan juga promote kuih-kuih kering kak ipar ku. tolong menolong orang kampungkan.

sandinya... mau habiskan cerita ini.. oklah here i post my piccas.. sapa2 sabahans yang berminat bolehlah pm saya ya ... hehehe..



kuih kering yang di bungkus harga rm2.00

kopi jantan natural herbs with stevia 13 gram sepaket. kopi gred A+ ini..

Friday, June 1, 2012

Happy Weekend!its holiday..

salam.. I'mBack

lama dah menghilang dari dunia blog, rindu nak mencurahkan perasaan hati diruangan ini.. opss jangan jadikan blog untuk luahan perasaan ye. hehehehe

hari ini, dah sabtu supposed semalam dah kena bertolak balik kampung sebelah bapa sebab anak mama tua ku nak buat kenduri nikah, tapi tak dapat atas masalah kereta ini. tayar dua belah dah nipis sangat tadik pagi sempat lagi suami aku tunjuk bukti tayar kereta dah nipis.. sebelum bugdet diluluskan . hehehehe.. biasalah wife ini kan multi position dalam rumah, aku merangkap menteri kewangan bila dah tengok dan juga boleh membahayakan keselamatan kami terus approved budgeting negara. ok suami pon dok senyum2 sebab boleh tukar tayar ( itupun cari tayar budget tapi berkualiti ye ).

Tadik awal pagi dah terjaga sebab terdengar alunan zikr Hafiz Hamidun best sangat dengar dan suami kejut aku suruh packing barang apa2 yang patutu dan barang pertama yg aku packing iaitu kain baju kotor. hehehe.. cuci jekkat kampung besttt..air banyak bukan macam kat daerah aku ini.. tekanan air rendah.. huhuhu..budget air nanti susah pulaktime aku nak berniaga. banyak nak guna air.

klaa.. nak jalan dah.. tata..

Monday, April 16, 2012

Kopi terhebat 2012 KOPI JANTAN NATURAL HERBS


KOPI JANTAN NATURAL HERBS COFFEE


Natural Herbs Coffee Tongkat Ali adalah  campuran kopi eksotik yang di adun dari kopi terpilih dan diperkayakan dengan estrak Tongkat Ali, krimmer bukan tenusu dan stevia. Kopi yang penuh kelainan dan kelebihan. Nikmatilah Natural Herbs Tongkat Ali setiap hari dan rasailah perbezaannya.

MACA
1.       Menambahkan tenaga dan daya ketahanan diri
2.       Menambahkan stamina
3.       Membantu mengurangkan sindrom keletihan yang kronik
4.       Meningkatkan fungsi seksual lelaki / perempuan
5.       Meningkatkan kadar kesuburan bagi manusia
6.       Mengurangkan kesan ketidak seimbangan hormone ketika menopos dan andropos
7.       Membantu melancarkan fungsi hormone
8.       Membantu mengatasi  kemurungan dan memberikan ketenangan
9.       Mengurangkan stress dan kebimbangan
1.   Bertindakbalas terhadap sistem perjalanan darah, membuatkan kulit kelihatan muda
1.   Membantu mengatasi anemia, masalah tulang, osteomalacia dan kanser perut
1.   Baik untuk gigi dan tulang yang sihat
1.    Bertindak sebagai pembasmi kulat dan bacteria
1.   Merupakan alternative kepada anabolic steroid, membantu pertumbuhan otot
1.   Tidak mengakibatkan ketagihan

GUARANA
1.      Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat
2.      Memerangi Radikal Bebas
3.      Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf
4.      Memperbaiki sistem penghadaman
5.      Mengaktifkan sel-se hati untuk mencegah keracunan makan, keracunan Alkohol
6.      Merendahkan kolestrol dan asid lemak
7.      Menguatkan sistem imunisasi
8.      Awet muda
9.      Melawaskan kencing, menguatkan keupayaan seksual
1.  Mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan
1.  Menghilangkan rasa lapar dan menguatkan badan


PRODUK KOPI HERBA ASLI ( NATURAL HERBS COFFEE )
1.      Menambahkan tenaga
2.      Meningkatkan keupayaan seksual
3.      Meningkatkan kecergasan
4.      Mengurangkan tahap tekanan
5.      Membantu pesakit diabetes
6.      Mengurangkan kelesuan
7.      Merawat Menopos
8.      Mengurangkan sakti sendi
9.      Melancarkan pengaliran darah
10.  Membantu perkembangan sel otak
11.  Meningkatkan metabolism
12.  Melambatkan kesan penuaan

TIDAK SESUAI UNTUK :
1.      Individu yang mempunyai masalah jantung
2.      Wanita hamil
3.      Kanak-kanak
4.      Orang yang sensitive terhadap kafien

KHASIAT DAN FUNGSI :
1.      Melancar edaran darah
2.      Minuman kesihatan
3.      Menstabil status darah tinggi dan rendah ( Gandingan Guarano dan Ekstak TOngkat Ali )
4.      Mencuci Buah pinggang ( Ekstrak Macca Roots )
5.      Ransangan Seks untuk lelaki

PANTANG : AIR KELAPA, ARAK , ALKOHOL DAN ASAM LIMAU
CARA MENGAMBIL :
1.      1 Jam selepas makan nasi
2.      Pastikan air betul2 panas
3.      Lepas minum , akan rasa panas dalaman atau pening ( ini adalah kebiasaan )
4.     
MARKETING OSRAH ENTERPRISE

MUHAMMAD SUFYAN
0198604974
Teruskan meminum, sekurang-kurangnya 2 paket seminggu. Lagi banyak lagi bagus kerana akan memperbaiki urat saraf kita.








Sunday, April 15, 2012

APA SAYA BUAT INI?

macam bikin takut jak baca tajuk saya ini kan...hahahaha, inilah penangan terjaga di awal pagi. yalah tidur pon dah memang awal. suami dah merajuk sebab nak guna laptop ini tapi kebetulan kami tidur kat ruang tamu sambil layan tv. Aku pulak terus tertidur. suami malas mau kejut lah tu.. yeahhh... lepas tuh terjaga pulak jam 4 pagi subuh. sambil aku mandi sebab panas sangat dan berwudhu terus menghadap kat depan laptop ini. aduhai.. baiklah punya perangai. baiklah sebab aku terus terang.. hehehe

sejak sekian lama aku meninggalkan posting di blog, ini pon baru diberi kekuatan dan kerajinan untuk memblog semula, hehehe macamlah bz sangat. tak bz pun. tapi buat2 bz. selain berbuzniz jual laksa ini, sambil2 itu mengaktifkan diri ke arena sukan walaupun aku dah jarang bersukan sekarang ini. Alhamdulillah 24 febuari tuh dah suksess register persatuan bola jaring kudat. sekarang on the progress untuk mengatur takwim pulak. Ko orang ada cadangan tak aktiviti dan program netball untuk persatuan selain daripada pertandingan dan kursus jurulatih dan pengadil??.. agak2 kalau ada yang surfer termasuk kat blog aku dan rela hati nak kongsi idea bolehlah drop kat komen ye.

ops selain daripada itu, aku dan suami sibuk mengajar anak2 oleh kerana kepakaran dalam bidang yang berlainan, so ada ibu bapa jiran sebelah rumah minta tolong bagi kan tuition Math dan English aku pon ok je ingatkan untuk UPSR sekali tengok untuk anak PMR dan SPM, adoii lah dalam hati bolehkah aku mengajar dorang ini. nasiblah aku pon tak charge mahal2 harga standard dengan status aku bukan cikgu ini. hehehe lagipun aku faham situasi parent dorang. Apapun aku salute sebab mereka ada keinginan untuk memajukan anak2 dorang. Aku doakan moga2 anak mereka ini berjaya dalam peperiksaan dan boleh bantu2 keluarga dorang. dan juga berjaya dalam kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini. ( ayat skema sikit ).

oh ya. ingatkan aku nak post untuk kopi jantan natural herbs itu, yang ini side income kami suami isteri. Alhamdulillah walaupun pendapatan lambat sikit nak dapat, syukurlah sebab ada rezeki dari Allah swt. berkat suami aku yang memang peramah dan menjaga hubungan silaturrahim. Allah permudahkan rezeki kami letak kopi-kopi ini di restoren2 dan kedai. dan kemungkinan akan expand ke restoren dan kedai daerah lain lagi. semoga Allah swt juga mempermudahkan urusan dan murahkan rezeki sahabat2 semua. Amin...amin ya robb.

mendoakan kedua orang tua juga salah satu kita dipermudakan dapat rezeki  dan rezeki ini bukan sahaja daripada wang ringgit tapi daripada nikmat Allah swt yang berikan kepada kita ( kesihatan yang baik, keberkatan ilmu, makanan dan minuman yang sentiasa mencukupi ) 


oklah... nak chow-chow dulu...

Friday, April 13, 2012

our 3th Anniversay

assalamualaikum Macam biskut chipsmore,kejap ada kejap tiada. yalah namanya pon sudah blog aku kan.. so dipendekkan cerita, happy birthday to my beloved husband on 4 april dan our anniversary 11 april hari itu. My pray semoga suamiku sentiasa di pelihara dan di lindungi Allah SWT, diri dan imannya agar bisa membimbing dan mendidik aku ke jalan yang benar. Amin..amin ya robb. dan juga semoga pernikahan kami kekal hingga kesyurga. terlalu banyak duggan dan cabaran hidup bersama semoga kami sentiasa menjadikan sabar dan Agama sebagai panduan yang paling utama. tiada hadiah yang paling berharga kecuali kasih sayang dan cinta keranaNya. hari itu pun cuma pergi ke pantai TIndakon, private beach di kudat ini. cool. memang cantek tempat itu.. best betul mandi sampai lebam muka2.. naaa amekk ko! hahahaha, yang penting we had spend our together disamping dengan budak2 tuh yang merangkap pembantu kecil kami. memang cantek dan tenang betul the beach. Subhanallah. Antara beach2 yang paling aku suka dan sesuai sekali untuk mandi manda. insya Allah tiada apa2, cuma kemudahan air dan tandas yang tidak berapa terjaga.memang tidak sia2 pegi disitu..so sapa2 yang mau cari kelainan pantai,trylah tempat ini manatau sesuai kan untuk honeymoon. hehehe so enjoy this piccas.. ;)
the best view Tindakon resort beach



Wednesday, February 15, 2012

kembali lagi yeahhh

assalamualaikum dan selamat tahun 2012 ( masih belum terlewat wish kan.... )

punyalah lama tak mengupdate blog i ini.. ini dah nenek labah2 dah duduk kat blog saya.. hahahaha.. anyway.. tahun baru dan tahun lama meninggalkan banyak kenangan buat saya. Alhamdulillah Allah swt permudahkan saya melaluinya dengan hati yang lebih tenang dan tenteram. semoga kenangan saya ini menjadi kenangan terindah walaupun pahit kena telan juga kan. ingatkan nak tutup dah blog ini sebab hati betul2 tak berkenan dengan blog ini.. chewaah tapi AAK.. blog saya nak buat apa pon tak kisahlah.. nak buang tapi banyak kenangan terindah dan terpahit di dalam. Nak ganti blog resepi jek.. boleh ker?...

Insya allah nanti saya nak juga update resepi-resepi saya tuh, since tak berkamera ini memang hati dah malas sangat nak update blog, lagipun nak meluah perasaan lebih kepada yang negatif anyway kalau ada orang yang baca blog ini yang bernama tutt......, terima kasih sebab kerana awaklah saya banyak berubah. mudah-mudahan awak pun berubah ke arah kebaikan. sebab kita sama2 punya hati dan perasaan. Moga Allah membalas semua perbuatan awak kepada saya kerana saya tahu hati dan perasaan itu terlalu unik dan apabila disakiti terlalu pahit untuk membuatnya kembali seperti sedia kali. Ya moga awak belajar dari kesilapan ini ya dan juga saya. insya Allah. ;). tutt............ Amin ya Robb

Nampak gaya, azam lama masih banyak lagi yang tak terlaksana, so tahun ini dah start atur strategi.. mudah2an tahun ini tahun bertuah buat saya dan suami. Amin ya robb.. banyak perancangan tapi kami hanya mampu merancang Allah jugalah yang menentukan dan mungkin ada hikmah disebaliknya kan. dan yang penting kena positif. Ya positif.. kena set dalam mind... yakin boleh... hehehehe...

Oklah.. penutup tahun 2011.. Alhamdulillah.. dan pembuka 2012 hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. :) senyum2 dan positif, hati kena kuat, hati kena tabah dan banyak2 bersabar... Innallaha Ma` asobirin . yakin Allah swt sentiasa bersama hambanya.

Thursday, November 10, 2011

111111--nice date... ;)

cantek date tuh.. dan tengok dalam blog, kebanyakkan tajuk utama yang sama macam aku..itu belum lagi shout out dalam twitter dan facebook, meriahhnya makcik. hehehe tak kisah lah bah masing2 punya blog kan. jadi aku pon tumpang juga mau letak tajuk ini tiada yang istimewa pon cuma yang berkatnya jatuh hari jumaat. masing2 nikah dan melahirkan anak amek berkat jumaat.. mudahan-mudahan kita diberi keberkatan oleh Allah SWT. Amin ya robb.

tadik bangun pagi jak terus shout out pasal tarikh ini, lepas tu rasa bersyukur2 sangat dengan Allah swt sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat dan kurnian dariNya. yalah biasa manusia tidaklah semaksum nabi, kadang2 ada rasa putus asa menguasai perasaan sedangkan baru diuji sedikit sudahlah mengeluh, tak cakap sesiapa pun aku cakap untuk diri aku sendiri. padahal apa sahaja yang diberi itu adalah sebab Dia masih prihatin kepada kita. Ya Allah terima kasih banyak2. walaupun keadaan sekarang tidak seberapa tapi aku masih ada Mu untuk bersama aku.

Tadik sempat juga ke pasar, beli mee kuning, tauhu, fishcake, sayur taugeh tempe dan specialnya durian. rezeki hubby aku lah ini. memang hantu durian, peniaga tu dah cop muka hubby terus offer rm10 for 4, tanpa tawar menawar terus bungkus. haiyaaaa fahamilah kehendak suamimu wahai isteri terchenta..degup jantung suami ku bilang. hihi.. tu tak termasuk lagi bahan2 niaga yang lain dibeli.. terbang duit... hari ini jak tau.. esok stop shopping just window shopping jak.


planning hari ini, nak tambah produk terbaru, since ikan dah naik harga sempena cuti2 ikan sebab dah 15hb kalendar arab, so takde bahan untuk buat kuah laksa, ikan yang lain ada tapi pembeli dah imun dengan rasa kuah isi ikan kembung takkanlah kita nak tipu pulak kan, jadi cadangnya nak buat mee rojak dan laksa nyonya melaka, yang terbaru bubur ayam ala2 Mekdi mendapat sambutan. Alhamdulillah. kawan2 blogger yang lain bagilah saya idea yg penting simple2 dan kira komersial dan mampu beli oleh pembeli daripada pelbagai lapisan. ewah2.. ;)


oklah nak stop dulu... nak prepare bahan jualan dulu, selamat menjamu selera di tengahari jumaat. gambar ini lauk pauk semalam. hari ini baru nak masak. neway enjoy your lunch.

daging kentang goreng kunyit, sup daging acar timun bertelur.

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Sup daging + air isi kelapa



Bahan A BUMBU sup( blender)
5 biji bawang merah
4 ulas  bawang putih
2 inchi halia, lengkuas
3 batang serai
2 biji sup bunjut ( buka kain )
1 s/k jintan manis
1 sudu besar biji lada hitam
2 sudu besar serbuk lada putih
1 paket serbuk sup
1 s/k kerisik
2 sudu besar gula merah
garam

Bahan B
* 1 kg tulang lembu
* 3 batang serai
* 2 inci halia 
* 3 biji kentang
* 2 biji kelapa muda ( ambil isi dan air)
*daun sup / bawang
* 1 paket kecil bawang goreng

Bahan C ( sambal kicap )
* 20 biji cili padi ,3 ulas bawang putih, 3 biji bawang merah, belacan, gula dan garam dan kicap manis 
( blend sekali dan masak sekijap sehingga terbit minyak )

Cara memasak
* sementara itu, masukkan minyak dan tumis bahan A hingga terbit minyak matikan api
* tumis juga bahan C sehingga terbit minyak.
* rebus tulang dan isi lembu dengan serai dan halia sehingga lembut, masukkan kentang , masukkan separuh bumbu ( 1/2bahan A yg telah dimasak ), sedikit bawang goreng , daun sup, daun bawang , letak garam dan serbuk perasa dan letak air kelapa dan juga isi kelapa. masak dalam 20 minit dan boleh dimakan. ;)

*letak separuh Bumbu / perencah yang dimasak, bakinya boleh digunakan untuk memerap daging, ayam dan boleh di panggang / disalai atau digunakan semula untuk dijadikan bumbu sup. 
* untuk sup daging kelapa bakar, bakar kelapa sehingga hangus, keluarkan isi dan air dan letak dalam periuk yang berisi daging tadik. dan tak dicampur bumbu yg banyak mcm yang saya letak ini.
* tapi saya prefer sup daging kelapa tanpa dimasak. :)


Selamat mencuba