Unforgettable Day




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, June 8, 2011

RESEPI SINAGOL PARI

SALAM dan selamat malam

ok.. Apa itu sinagol?.. hehehe one of sabahan dishes, tapi tak semua sabahan pandai makan makanan dan ikut tempat dan suku kaum tertentu sahaja yang reti nak makan lauk pauk jenis neh.. sinagol neh one of our family favorite dish juga, kalau di daerah kudat, pasti ada gerai makanan di pasar malam yang akan jual lauk ini, dan ikan yang digunakan iaitu ikan pari dan ikan yu, sinagol ini merupakan makanan tradisional suku kaum bajau semporna, dan kalau dikudat di panggil suku kaum ubian yg dimakan dgn putu( ubi kayu yg diparut dan dikukus).

Tetapi untuk masak sinagol kali ini guna ikan pari.. ikan yu tak jumpa dan yg paling expert masak resepi ini iaitu my dad, kalu dulu hampir setiap minggu juga makan lauk sinagol neh. tapi sekarang dah jarang2 dah gambar dalam pic neh pun bapa saya yg masak, a bit yellow sket sebab terlebey kuncit tp mmg sedapkan rempah ratus nya pun yg asli. dan saya pernah juga terbaca yang sinagol ini dipanggil serunding mungkin sebab lauk ini perlu di masak kering,( TAPI TAKDELAH KERING ST) sometimes ada juga saya nmpk yg ada kuah.. hehehe tp mmg tak leh masuk tekakla bg saya yg berkuah neh.. better buat asam pedas pari kan. tp terserah lah pada sesiapa.. eh terlebey2 plak entry aku neh.. ok apapun check it out.. sapa2 yg nak try dan tak paham.. leh asked me ye.. insya allah akan dijawab .. ngeee

RESEPI IKAN PARI MASAK SINAGOL(SERUNDING) KERING

BAHAN -BAHANNYA
IKAN PARI YANG TELAH DIBERSIHKAN DAN DIPOTONG2 KECIL

BAHAN A
5 Inci kunyit**
6 biji bawang merah kecil**
3 ulas bawang putih**
1 inci halia**
10 biji cili padi merah** ( ikut suka kepedasan yg korang nak)
(** ditumbuk kasar)

BAHAN B
3 batang serai--- dititik
1 batang kayu manis
3 batang bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 batang cili kering---- di gunting kecil2 dan buang bijinya

BAHAN C
3 tbsp kicap cair**
2 tbspn kicap manis**
1 cawan air asam jawa**

garam, serbuk perasa, gula
minyak untuk menumis

cara- cara
1. masukkan minyak 1/4 cawan tumiskan bahan A, hingga naik bau,
2. masukan bahan b gaul dan sebatikan..
3.masukkan ikan pari yg telah dipotong dan gaul , letak bahan c yang bertanda..
4. biarkan seketika,gaul sehingga air hampir kering
5. dan isi ikan pari masak gaulkan hingga isinya terlerai2
6. agak2 isi ikan dah masak, dan isinya dah kering dan terbit minyak
bolehlah di angkat dan dihidangkan.

Nota kaki: mungkin ada sedikit melanggar resepi asli, minta maaf sebab bagi saya ini mengikut kesesuaian tahap kesegaran ikan, rempah 3 sekawan tu tujuan dicampurkan untuk menghilangkan bau ikan dan meningkatkan aroma masakan, yelah nak masuk tekak saya kan.. apapun enjoy dis resepi .. wallaa

resepi Nasi tomato & Ayam masak merah

Salam,

hehehe, hari ini memang pulun taip resepi sebab saya tak nak menghampakan permintaan customer, tidak mengapa sekali sekala kita boleh berkongsi resepi.. dan ucapan terima kasih banyak2 buat pelanggan saya yang masih tidak jemu2 dan serik membeli nasi tomato dan laksa walaupun kekadang ada rasa kekurangan tapi tetap gumbira rasanya sebab sedikt sebanyak telah menyumbangkan sesuatu kegumbiraan kepada mereka. yelah kenyang perut hatipun suka kan. so sukacitanya saya berkongsi resepi ini.



RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH

BAHAN

Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
2 s/b majerin
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak majerin hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil,bersihkan dan letak kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
2 S/B tomato sos


bawang besar,potong gelang
minyak masak
Garam, gula

Cara:
1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat

nota kaki: selamat mencuba ya.. :)

Ikan pari & terung masak kicap kantan

Sorry untuk sahabat fb saya yang dah request resepi ini since monday lagi.. maaf ya almaklum selasa saya berjualan so isnin memang saya bz2 yg tersangat tetapi apapun saya tetap online sebab internet lah tempat saya memasarkan produk dan bermarketing.. kekeke.. so yang ini masakan mmg pelik sikit.. yakah?? janji sedap dan menawan orang yg dsayangi kan. lagipun saya fikir masakan ini mudah.. sekaligus main campak sesuaiii sgtlah untuk mereka yang berkerja. cuma aroma dan rasa tu lain sedikit sebab penambahan bunga kantan. sekali sekala kenalah kasi lain2 sket rasa lidah tu kan.. kekeke so .. check it out.. ;)

IKAN PARI DAN TERUNG MASAK KICAP KANTAN


BAHAN-BAHAN
ikan pari dipotong
terung potong 1 inci bulat

BAHAN A
1 inci halia ( dihiris)
i biji bawang bombay ( hiris)
3 ulas bawang putih ( hiris)
2 inci kantan ( dihiris halus2)

BAHAN SOS
1 tbspn kicap pekat
1 tbspn kicap manis
1tbsp sos tiram
garam
gula

CARA MEMASAK
IKAN PARI diperam dengan serbuk kunyit, serbuk perasa maggie, dan sedikit cuka dalam 15 minit
selepas tu bolehla digoreng hingga garing, dan diikuti dengan terung yang dipotong digoreng separuh masak,
dan guna minyak menggoreng tadi, kurangkan minyak sekiranya banyak.
masukkan hirisan bawang, halia, b.putih hingga naik bau, dan masukkan hirisan bunga kantan,
masukkan bahan sos tadi.. sedikit air tepung dan boleh dimasukkan terung dan ikan pari akhir sekali letakkan lah bahan hiasan seperti tomato :).

nota kaki: penggunaan garam dan gula tu korang pandai2lah adjust ye sebab bahan2 sos tadi dan ada perasa2 dan tersebut, manalah tau nak rasa masin, manis atau seimbang rasanya boleh tambah2 dan kurang2kan. janji kita gumbira sihat sejahtera kan ;).selamat mencuba resepi saya ini.. terima kasih daun keladi.. len kali boleh cuba lagi.. hehehe


resepi ikan 3 rasa

Assalamualaikum & hai..

lamanya tak memblog.. hehehe.. sorry sahabat semua sebab sejak akhir2 ini ada big problem yang perlu diselesaikan dan alhamdulillah semuanya dah selesai. Apapun itu lah dugaan dan cubaan kehidupan yang mematang kan fikiran. oklah mau posting resepi dari masakan yang tidak seberapa ini semoga sahabat2 surirumah, bakal2 isteri dan tunangan orang dapat manfaat masakan dari tempat saya ini. masakan yang simple dan sedap. paling tak pun boleh mengenyangkan orang yang anda sayangi kan. so check it out! ;)





RESEPI BAWAL 3 RASA

BAHAN-BAHAN
ikan dibersihkan
1 camb tepung jagung
1 biji telur putih

BAHAN A
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang bombay ( bawang merah besar)
1 biji bawang holland ( yg warna kuning )
3 batang lada merah besar
1 tin nenas
( semua ini hiris2, ikut yg anda suka , potong kiub pon boleh )

BAHAN UNTUK SOS
1 camb sos tomato
2 camb sos cili
1 tbs camb cili boh
1 camb sos tiram
1 camb kicap cair
1 tbs sos ikan
gula dan garam
2 tbspn perahan limau kasturi/nipis
( boleh juga guna sos plum/ lemon sos )

CARA MEMASAK
perapkan ikan dgn tepung jagung, telur dan selama 15 minit
dan goreng hingga garing
panaskan kuali, masukkan bahan2 A tadi, kecuali bawang holland, nenas
bila bau dah naik, masukkan bahan2 sos kecuali jus limau , gaul hingga sebati
masukkan nenas , hirisan lada merah dan bawang holland
masukkan air bancuhan tepung gandum dan kacau sekejap dan perahan jus limau
kuah tadik bolehlah di tuangkan ke ikan2 tersebut.

nota kaki: leh juga kalu nak letak lada benggala, timun kiub, tomato dan boleh tabur dengan hirisan daun sup/ ketumbar.. lagi satu, selain ikan kita boleh juga ganti ayam dan seafood yang lain, tak perlu risau sebab kita masak untuk keluarga kita kan, cuma kalu seafood jangan masak terlalu garing nanti isi tak sedap nak rasa ;) selamat mencuba kawan2 semua ..